Wednesday, November 8, 2017

PPIM ke Kopi Pak Belalang

Eksperimen Berjaya tetapi...


PETALING JAYA:
Seorang bapa tidak keruan apabila anaknya yang berusia tiga bulan kerap merenggek semasa ketiadaan si ibu yang kembali bekerja sejak sebulan lalu.

Namun pada Selasa, Uzaini Mohd Amin, 35, terfikir satu idea untuk melakukan eksperimen bagi 'menenangkan' anak ketiganya itu.
Memandangkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Caireen Delisyaa itu amat rapat dengan ibunya, maka terlintas di fikiran Uzaini untuk mencetak wajah isterinya, Adhzura Ismail pada kertas bersaiz A4 yang kemudiannya ditampal pada botol.
"Anak ketiga saya ini memang rapat dengan ibu dia, lagipun dia masih menyusu badan. Tiap kali ibunya tiada disisi dia akan menangis.
"Tiba-tiba saya terfikir idea untuk cetak wajah isteri dan tampal pada botol. Jadi hari ini saya buat trick sikit nak tengok apa respons dia," katanya kepada mStar Online.



Bagaimanapun, Uzaini berkata eksperimen tersebut berjaya menenangkan anaknya selama 10 minit sebelum kembali menangis.

"Tak sangka eksperimen itu berjaya kerana dia nampak ibunya ada di sisi. Tapi lepas tu dia merenggek semula mungkin dia pun tahu itu bukan ibu dia yang sebenar.

"Saya rasa naluri seorang anak terhadap ibunya amat kuat. Biasalah ibu segala-galanya untuk anak-anak. Lagipun itu hanya gambar semata-mata, mana ada kasih sayang sebenar seorang ibu," katanya.
Pada masa sama, Uzaini yang menetap di Klang, Selangor berkata, dia tidak menyangka gambar yang dimuat naik secara suka-suka di laman Facebooknya menjadi tular.

"Saya post gambar tu pun untuk suka-suka sahaja. Tak sangka jadi viral," katanya.
Malah, dia turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mengalami masalah sama sepertinya untuk mempraktikkan kaedah tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh cuba, mana tahu ia mungkin berkesan juga untuk mereka. Namun yang pastinya anak-anak tetap mahukan ibu mereka yang original," katanya. sumber

FILIPINA - Rakyat MALAYSIA Jadi Pemimpin Militan

MANILA 6 Nov. – Pihak berkuasa Filipina kini memburu seorang rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi pemimpin baharu kepada kumpulan-kumpulan militan di Asia Tenggara.
Amin Baco
AMIN BACO
Setiausaha Pertahanan Fi­lipina, Delfin Lorenzana berkata, pihak berkuasa negara ini sedang mencari seorang individu yang dikenali sebagai Amin Baco.
“Amin Baco merupakan rakyat Malaysia dan dia disyaki menjadi pemimpin baharu atau ‘emir’ kepada kumpulan-kumpulan militan di seluruh Asia Tenggara,” katanya.
Ketua Polis Filipina, Ronaldo dela Rosa menyatakan beliau mendapat maklumat bahawa Amin mempunyai kepakaran membuat bom dan telah dipilih menjadi ketua baharu kumpulan militan.
Maklumat itu diperoleh selepas penahanan seorang rakyat Indonesia di Marawi pada minggu lepas.

Kumpulan pakar pula menjelaskan Amin sebelum ini dilatih oleh anggota militan warga Malaysia iaitu Zulkifli Hir atau dikenali sebagai Marwan sebelum dia terbunuh dalam satu pertempuran di wilayah Maguinda­nao pada tahun 2015 dan turut menyaksikan seramai 44 anggota polis terkorban.

Dalam pada itu, berdasarkan sumber ketente­raan Filipina, Amin mungkin berada di pulau Jolo atau berhampiran Maguindanao dan menyatakan lelaki yang sudah lama memasuki negara ini mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah.

“Amin dilaporkan telah berkahwin dengan anak perempuan pemimpin kumpulan militan tempatan dan dipercayai sebelum ini pernah menyalurkan dana, senjata api dan merekrut ahli baharu dari Indonesia dan Malaysia.

“Amin dikatakan bakal menjadi pemimpin baharu rangkaian kumpulan militan baharu berdasarkan hubungan baiknya dengan beberapa puak pelampau daripada pelbagai kumpulan di Mindanao,” jelas sumber tersebut.

Biarpun kerajaan Filipina sebelum ini mengumumkan Marawi sudah bebas daripada militan, pasukan tentera masih bertempur dengan anggota-anggota militan yang didakwa bersembunyi di bandar tersebut dan pertempuran itu menyebabkan sembilan anggota militan terbunuh. – REUTERS

IRAN Beri Amaran kepada SAUDI

TEHRAN: Presiden Hassan Rouhani memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa ia tidak akan mencapai apa-apa dengan mengancam kekuatan Iran, ketika perang mulut antara kedua-dua negara memuncak.

"Anda tahu kekuatan dan kedudukan republik Islam ini. Mereka yang lebih kuat daripada anda pun tidak mampu berbuat apa-apa terhadap rakyat kami.

"Amerika Syarikat dan sekutunya menggerakkan semua kemampuan mereka menentang kami dan tidak mencapai apa-apa," katanya. - AFP sumber

Gereja AS Diserang, 26 Maut

TEXAS 6 Nov. - Selepas ‘dihantui’ dengan beberapa insiden serangan ganas sepanjang tahun ini, penduduk Amerika Syarikat (AS) semalam digemparkan lagi de­ngan tragedi pembunuhan beramai-ramai di sebuah gereja di sini.

Insiden terbaharu itu berlaku apabila seorang lelaki dikenali sebagai Devin Kelley, 26 membawa senjata jenis rifle AR-556 melepaskan beberapa das tembakan rambang mengorbankan sekurang-kurangnya 26 nyawa dan mencederakan 20 yang lain.
Difahamkan, suspek itu mengenakan pakaian serba hitam dan memakai jaket kalis peluru ketika men­yerang Gereja First Baptist, Sutherland Springs, terletak kira-kira 65 kilometer (km) ke timur San Antonio.
Menurut agensi berita AP, serangan Kelley yang tinggal di pinggir bandar San Antonio bagaimanapun tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana rangkaian kumpulan pengganas setakat ini.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa serangan terdiri daripada individu berusia antara lima hingga 72 tahun.

Seorang penduduk tempatan dikatakan sempat menembak suspek dalam usaha untuk menghentikan keganasan itu, tetapi lelaki terbabit sempat melarikan diri sebelum ditemukan meninggal dunia di Guadalupe, tidak jauh dari sini.

“Kami sedang mengendalikan kes tembakan terbesar dalam sejarah negeri ini,” kata Gabenor Texas, Greg Abbott yang mendakwa pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada suspek mati akibat kecederaan atau membunuh diri.

Media tempatan juga memetik kenyataan saksi kejadian sebagai berkata, sekurang-kurangnya 20 das tembakan dilepaskan ke arah gereja tersebut ketika bila­ngan sebenar pengunjung berada dalam kawasan itu ketika kejadian masih belum dapat dipastikan. 

Dalam perkembangan ber­kaitan, Presiden AS, Donald Trump yang kini berada di Jepun sempena lawatan selama 12 hari ke Asia dikatakan memantau perkembangan terkini berhubung ‘tragedi berdarah’ itu dan mengarahkan supaya bendera AS dikibar separuh tiang sebagai tanda ber­kabung.
Pada masa yang sama, beliau mendakwa bahawa insiden itu sebenarnya berpunca daripada masalah mental yang dihadapi oleh penduduk negaranya dan menafikan ia mempunyai kaitan dengan kelonggaran permit mendapatkan senjata di AS ketika ini. – REUTERS/AP

Putera Mahkota SAUDI Dituduh Terlibat Rasuah

Dalam usahanya membersihkan Arab Saudi dari korupsi dengan menangkap puluhan putera dan mantan menteri yang disyaki terlibat, rumor tak sedap muncul yang mengatakan putera mahkota Pengeran Mohamed bin Salman telah menyuap presiden AS Donald Trump untuk mendapatkan dukungan dari pemimpin negara itu.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman secara peribadi menyuap Donald Trump dengan wang sebesar $ 1 billion selama kunjungan presiden AS tersebut ke Riyadh pada bulan Mei lalu, ujar seorang komentator Saudi anonim, yang menggunakan akaun Twitter Mujtahidd. sumber

Thursday, November 2, 2017

Putin Tiba di IRAN


TEHERAN 2 Nov - Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Teheran dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini yang dijangka bakal memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai krisis di Syria dan perjanjian nuklear Iran. 

Putin dilaporkan akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak bersama Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev selain mengadakan perbincangan berasingan dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - AFP

Ambon Dijangka Tsunami Sehebat Tsunami Acheh

Kalau taufan Haiyan menghancurkan PFiilipina karana badai tropis, maka pulau Ambon dan pulau-pulau di sekitarnya diancam oleh badai gempa. Tsunami diprediksi kuat bakal melanda, skalanya sama dengan Banda Aceh, akibat siklus tektonis yang terjadi sekali dalam beberapa ratus tahun.

Bahaya sekali, akan ada Banda Aceh 2 (Banda Aceh berikutnya) saya yakin itu,” ujar pakar gempa, Prof Ron Harris dari Brigham Young University, Utah, Amerika Syarikat kepada Ambon Ekspres, Ahad (17/11).

Pakar geologi yang meneliti gempa berdasarkan data geologi dan arkeologis itu menyatakan, Ambon dan pulau-pulau sekitarnya terancam gempa di atas daripada 8 skala richter kerana adanya akumulasi energi di pertemuan tiga kawasan kerak bumi. sumber

Wednesday, November 1, 2017

Meletusnya Gunung Tambora kerana Pembunuhan Seorang Arab

Beberapa naskah tradisional menyebutkan Gunung Tambora di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, meletus lantaran Abdul Gafur, raja kerajaan Tambora, melakukan kesalahan. Dia memerintahkan pembunuhan seorang warga keturunan Arab dengan alasan telah menghina kerajaan.

Dalam Syair Kerajaan Bima karya Khatib Lukman, sebagaimana termuat dalam Kerajaan Bima dalam Sastra dan Sejarah karya Henri Chambert-Loir, orang yang dibunuh itu bernama Haji Mustafa. Syair mengisahkan tentang Haji Mustafa yang segala permintaannya selalu dikabulkan Allah kerana dirinya pernah mengunjungi Baitullah. Penduduk setempat meyakininya sebagai orang keramat.
Cerita musabab letusan Tambora pun hadir dalam Asal Mulanya Meletus Gunung Tambora karya Roorda van Eysinga, terbitan 1841, yang disusun berdasarkan kisah perjalanan C.G.C Reinwardt dan H. Zollinger. Keduanya mendapatkan gambaran tentang bencana Tambora dari Ismail, Raja Bima 1819-1854.

Menurut cerita ini, seorang Arab dari Bengkulu bernama Said Idrus singgah di Kerajaan Tambora untuk berniaga. Ketika pergi ke mesjid, dia melihat ada seekor anjing di sana. Lalu disuruhnya penjaga mesjid untuk mengusirnya. Si penjaga berkata bahwa raja adalah empunya anjing itu.
Said Idrus menjawab, “Siapa yang memasukan anjing di dalam mesjid, orang kafir itu.” Merasa tak punya kuasa, pergilah sang penjaga anjing itu menghadap raja. Raja tak terima disebut kafir, lalu memerintahkan orang untuk membunuh Said Idrus.

Akibatnya, Allah murka atas ulah raja. Meletuslah Tambora. Api menyala dari pusat letusannya, mengejar para pembunuh di kota, hutan hingga ke laut yang juga ikut menyala. Lalu turun hujan abu.
Kala itu langit gelap gulita, abu dan api berkuasa. Mulai 11 April 1815, selama tiga hari dua malam Tambora meletus bergemuruh tiada henti. Catatan dari Kerajaan Bima, Bo Sangaji Kai, menyebutkan akibat letusan Tambora, Kerajaan Tambora dan Kerajaan Papekat lenyap dari muka bumi. Kedua kerjaan itu dibanjiri lahar, ditimbun batu dan pasir.

Letusan Tambora pun menyebabkan terjadinya tsunami. Kerajaan lain di Sumbawa, yakni Kerajaan Dompo, Sanggar, Sumbawa, dan Bima juga mengalami duka. Menurut Adrian B. Lapian dalam “Bencana Alam dan Penulisan Sejarah” termuat pada Dari Babad dan Hikayat Sampai Sejarah Kritis, diperkirakan Pulau Sumbawa kehilangan 85,000 warganya yang terbunuh kerana letusan, waba penyakit, kelaparan, serta meninggalkan Sumbawa untuk pergi ke pulau lain.

Syair karya Khatib Lukman pun menceritakan malapetaka letusan Tambora berakhir kerana orang sembahyang dan meminta ampun pada Allah. Tetapi kemelaratan, kelaparan dan wabak penyakit tidak dapat dihindarkan. Banyak orang meninggal tergeletak di jalan, tak dikubur dan tak disembahyangkan.

Kedatangan para pedagang dari pulau sekitar Sumbawa dan Maluku serta pedagang Arab, Tionghoa dan Belanda, kemudian menyelamatkan Bima. Mereka membawa beras, gula, sagu, jagung, dan kacang kedelai yang dapat dibarter dengan piring mangkok, kain tenunan, senjata, barang emas dan perak, sereh, gambir, serta budak. [kl/historia] sumber