Thursday, January 19, 2017

Barat Jatuhkan Gaddafi kerana Emas

Satu dokumen rahsia milik pesaing presiden terpilih Amerika Syarikat dalam pilihanraya 8 November 2016, Hillary Clinton, kembali mengungkapkan kebusukan Barat dan NATO dalam konflik di kawasan Dunia Arab, setelah adanya kesepakatan bersama untuk menjatuhkan bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi.

Tujuan utama negara-negara NATO menyingkirkan Muammar Gaddafi adalah untuk menghilangkan mata wang Afrika yang bersandarkan emas, menurut Sputnik dari Foreign Policy Journal dalam terbitannya hari Rabu (18/01).

Dengan cadangan emas yang diperkirakan mencapai 143 tan, dan jumlah yang sama dari perak dengan nilai total $ 7 billion, Gaddafi merancang mengubah mata wang Afrika dengan instrumen dasar dinar emas Libya yang akan menggantikan mata wang alternatif franc Perancis di negara-negara Afrika.

Dan inilah yang membuat Presiden Perancis saat itu, Nicolas Sarkozy, memimpin negara-negara NATO untuk menyingkirkan Gaddafi. Selain ambisi lain dari NATO di Libya untuk menguasai cadangan minyak mereka. (Sputnikarabic/Ram) sumber

Saturday, January 14, 2017

Lindsay Lohan Memeluk Islam?



PELAKON popular Hollywood Lindsay Lohan, telah 'membersihkan' akaun media sosialnya iaitu Twitter dan Instagram dan meninggalkan ucapan Assalamualaikum.

Memetik laporan Muslimcouncil, tindakan itu dibuat Lohan dipercayai selepas beliau dilaporkan mahu 'membuat perubahan' selepas berpindah ke Dubai, UAE.

Menurut pihak pengurusan Lohan, pelakon The Mean Girls yang berusia 30 tahun itu berencana untuk menghabiskan masanya dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan di kem-kem pelarian Turki serta mahu menubuhkan syarikat produksi sendiri di Dubai.

"Saya sangat teruja untuk membuka lembaran baru dalam hidup saya!," Lohan memberitahu akhbar Daily Mail mengenai penghijrahannya ke Dubai.

Terdahulu, Lohan dalam wawancaranya bersama CNN memberitahu Dubai kini menjadi rumahnya sekarang.

"Saya telah bertemu dengan wanita yang menakjubkan di sini, Dubai, yang benar-benar kuat dan telah mengajar saya banyak perkara," katanya.

Lohan mula berpindah ke Dubai pada Disember tahun lalu. Menceritakan pengalamannya di sana, Lohan berkata, pada awal tahun ini, beliau telah mempelajari Bahasa Arab serta menghabiskan banyak masa di kem-kem pelarian Syria.

Bercakap tentang agama Islam, Lohan dilaporkan berkata, kitab suci al-Quran banyak membawa perubahan kepada dirinya kini.

"Al-Quran membuka pintu untuk saya mengalami rohani, untuk mencari satu lagi maksud sebenar. Ini adalah siapa saya," katanya. sumber

Friday, January 13, 2017

5 Diplomat UAE Terbunuh di AFGHANISTAN

Lima diplomat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara 13 yang terbunuh dalam satu serangan pengeboman di sebuah pejabat gabenor di wilayah Kandahar, Afghanistan semalam.

Kerajaan UAE menerusi Naib Presidennya, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al-Maktoum yang mengesahkan insiden berkenaan hari ini memaklumkan, pihaknya bersedih dengan kematian lima diplomat tersebut yang berada di negara ini bagi misi kemanusiaan, pendidikan dan pembangunan. -  sumber

Lapangan Terbang Tentera di Damsyik Bergegar

BEIRUT: Beberapa siri letupan memusnahkan lapangan terbang tentera di pinggir barat Damsyik, pada malam Jumaat, lapor siaran televisyen Syria. Wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian terdengar beberapa letupan dan menyaksikan api besar menyelubungi kawasan Lapangan terbang Tentera Mazzeh. Kepulan asap turut kelihatan di seluruh negara.

Agensi berita SANA turut melaporkan kejadian letupan itu dan ambulans dikatakan bergegas ke tempat kejadian. Menurut SANA TV yang dikatakan rapat dengan regim, melaporkan lapangan terbang itu diletupkan.

 Sumber Syria melaporkan beberapa serangan udara Israel ke atas wilayah Syria ketika perang saudara meletus, termasuk di kawasan Mazzeh itu. Ketika dihubungi AFP, tentera Israel engga mengulas laporan itu. - AFP sumber

Kuliah Abu Zulfiqar - Kitab Zuhud

Roket Israel Bedil Pangkalan Tentera SYRIA

DAMSYIK: Serangan misil Israel menyebabkan beberapa letupan di pangkalan tentera berhampiran ibu negara Syria sebelum Subuh, hari ini, menurut tentera.

"Pesawat Israel melancarkan serangan dari utara Tasik Tiberias (Laut Galilee) pada jam 12.25 pagi waktu tempatan," kata sumber tentera kepada agensi berita SANA.

 "Tentera Syria memberi amaran kepada Israel mengenai akibat pencerobohan terang-terangan itu dan bertekad meneruskan perang untuk menghapuskan keganasan," kata sumber itu.

Sementara itu, askar Israel tidak memberi sebarang komen berhubung serangan itu apabila dihubungi AFP hari ini. Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian memberitahu mendengar beberapa letupan dan kebakaran di pangkalan udara Mazzeh di pinggir barat Damsyik dengan asap tebal boleh dilihat sehingga ke ibu negara. Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, serangan udara itu turut memusnahkan tempat simpanan peluru di pangkalan udara terbabit. - AFP sumber

11 Juta Anak Dara Tua di ALGERIA

Data statistik terbaru menunjukan jumlah anak dara tua di Algeria meningkat menjadi 11 juta orang pada akhir tahun 2016. Angka ini merupakan angka yang melebihi jumlah penduduk 5 negara Arab sekaligus.

Sekitar 6 juta anak dara berumur melebihi 25 tahun, dan bakinya sebanyak 5 juta anak dara berusia di atas 35 tahun, tulis akhbar al-Nahar Jadid dalam terbitannya hari Khamis (12/01).

Menurut al-Nahar Jadid dari laporan data pemerintah menyatakan bahawa setiap tahun jumlah wanita yang belum menikah di Algeria meningkat sekitar 200 ribu orang.

Angka rasmi yang diterbitkan oleh Biro Statistik Nasional Aljazair sekitar 3 tahun yang lalu menyatakan sekitar 4 juta wanita belum menikah meskipun telah berusia tiga puluh tahun ke atas.

Sementara itu untuk kes perceraian, sebanyak 56 ribu kes terjadi di Algeria pada tahun 2016 di mana sebagian besar terjadi di kalangan pasangan berusia 20 sampai 30 tahun. sumber

Saturday, January 7, 2017

Parti Islam Anjur Himpunan Sokong RUU355 18 Februari

PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.

Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.

Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.

"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.

"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.

"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam. sumber

Friday, January 6, 2017

Bekas CIA : Saddam Hebat

LONDON 4 Jan. - Gambaran dan persepsi negatif yang diwar-warkan oleh media Amerika Syarikat (AS) terhadap bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ini ternyata tidak benar sama sekali. Sebaliknya, ia adalah merupakan muslihat dan penipuan yang dilakukan oleh AS di bawah pentadbiran bekas Presiden George W. Bush dan sekutunya untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

 Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu, John Nixon yang bertanggungjawab menyoal siasat Saddam selepas penangkapannya di Tikrit, Iraq pada bulan Disember 2003. Nixon dipilih untuk menyoal siasat bekas presiden Iraq kerana beliau dianggap sebagai pakar setelah mengkaji Saddam sejak mulai menyertai CIA pada tahun 1998.

 Ketika diwawancara oleh rangkaian BBC baru-baru ini, beliau yang bersara dari CIA pada tahun 2011, mendedahkan, rata-rata laporan dan ‘cerita’ yang seringkali dikaitkan dengan Saddam sebenarnya tidak betul. “Apa yang digambarkan oleh media kami adalah tidak benar (bercanggah) berbanding apa yang saya lalui ketika menyoal siasat pemimpin itu. Bekas pre­siden itu sebenarnya mempunyai nilai perikemanusian yang tinggi. “Lelaki itu merupakan pe­mimpin paling berkarisma yang pernah saya temui dalam kehidupan saya selama ini, Beliau boleh menjadi sangat sopan, kelakar, baik dan menawan hati sesiapa sahaja.

 “Mungkin ada sekali dua beliau menjadi marah dan menakutkan tetapi ia hanya pada awal-awal ketika Saddam masih lagi bersikap dingin dan enggan bercakap kerana mempunyai banyak syak wasangka. Beliau pula yang menyoal siasat saya,” katanya. Bekas CIA yang kini menu lis pengalamannya dengan pe­mimpin Iraq itu turut mengakui dirinya berasa sangat ‘malu’ dengan apa yang berlaku di Iraq sejak penggulingan Saddam. “Saya selalu fikir apa yang kami di CIA katakan adalah sesuatu yang penting dan presiden (AS) akan dengar, hakikat sebenar, tanggapan ini salah.

“Pandangan kami (CIA) tidak penting, apapun agenda politik lebih utama,” kata Nixon sambil menambah setelah mengenali kedua-duanya presiden, beliau merasakan lebih bersedia untuk menghabiskan masa dengan Saddam berbanding Presiden Bush yang disifatkannya berada dalam keadaan terasing daripada realiti yang sebenar. Tambah Nixon, pentadbiran Bush tidak pernah terfikir atau kisah apa yang akan terjadi kepada Iraq selepas penggulingan Saddam, ini termasuk dengan kebangkitan militan Daesh yang mempergunakan nama Islam untuk melakukan keganasan.

 Nixon turut menambah Saddam telah lama menghentikan program senjata nuklear di negaranya dan tidak mempunyai sebarang niat untuk memulakannya semula, tindakan itu, bagaimanapun diputar belit oleh AS.  sumber

Bom di Luar Mahkamah TURKI, 2 Maut

ANKARA 5 Jan. - Seorang anggota polis dan seorang pekerja mahkamah terbunuh apabila sebuah bom kereta meletup di luar kawasan mahkamah di bandar Izmir, barat Turki, lapor agensi berita tempatan.

Menurut agensi berita Dogan, sekurang-kurangnya 11 orang cedera selepas bom kereta dikatakan meletup di luar pintu masuk yang menjadi laluan pendakwa raya dan hakim di bandar berhampiran Laut Aegean itu.

 Polis Turki dilaporkan berjaya menembak mati dua pengganas yang terlibat dalam insiden letupan berkenaan dan masih cuba mengesan seorang lagi suspek. - AFP - sumber

SYRIA - Bom Kereta, 10 Maut

AMMAN 5 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam insiden letupan bom kereta di pusat bandar Jableh, Syria dalam wilayah perairan Latakia, berhampiran Laut Mediterranean yang menjadi lokasi dua pangkalan tentera Rusia, lapor media tempatan.

 Media kerajaan melaporkan, beberapa buah kereta dan kedai berhampiran turut musnah dalam letupan di kawasan komersial di sebuah bandar di kawasan mazhab minoriti Alawiyah, yang merupakan tempat asal Presiden Bashar al Assad.

 Pegawai perubatan kanan Ghassan Findi berkata, angka kematian dijangka meningkat dengan operasi menyelamat masih diteruskan dan puluhan mangsa yang cedera masih dikejarkan ke hospital berhampiran. - REUTERS sumber

Askar AS Boleh Berserban, Berjanggut dan Berhijab

WASHINGTON 5 Jan. – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan satu peraturan baharu yang memberikan kelonggaran kepada anggota tentera lelaki berjambang dan berserban manakala tentera wanita pula berhijab.

Peraturan itu dinyatakan oleh Setiausaha Ketenteraan, Eric Fanning bertujuan membolehkan anggota melakukan tuntutan agama masing-masing di peringkat briged.

“Ini merupakan satu perubahan besar bukan hanya untuk komuniti Sikh Amerika tetapi juga semua anggota masyarakat negara ini,” kata seorang ahli Kongres, Joe Crowley mengalu-alukan arahan Fanning. – BERNAMA sumber

Wednesday, January 4, 2017

Istana Ratu Silvia Berhantu

STOCKHOLM: Ratu Silvia dari Sweden menegaskan istana yang didudukinya ketika ini berhantu, menurut dokumentari yang disiarkan kepada umum Khamis ini.

"Ada rakan-rakan kecil, hantu. Mereka peramah tetapi kadang-kadang berasa anda tidak berseorangan. "Ia mengujakan tetapi tidak menakutkan," katanya dalam dokumentari yang disiarkan SVT. Istana Drottningholm, yang berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO, dibina pada 1600-an di pulau Lovon di Stockholm.

 Ia adalah kediaman tetap Raja Carl XVI Gustaf dan Ratu Silvia, 77, anak kepada ahli perniagaan Jerman dan wanita Brazil. Mereka berkahwin 40 tahun lalu, menjadikan beliau ialah ratu paling lama berkhidmat di negara itu. Iparnya, Puteri Christina, turut menyokong dakwaan Istana Drottningholm berhantu.

"Terlalu banyak tenaga dalam rumah ini. Ia pasti pelik jika tidak muncul dalam bentuk samaran. "Ada kisah mengenai hantu dalam rumah lama. Mereka sudah mempengaruhi orang ramai sejak beberapa abad. Tenaga itu kekal," Christina dipetik sebagai berkata dalam dokumentari itu. - AGENSI  sumber

Gunting Tertinggal dalam Perut 18 Tahun

HANOI 3 Jan. – Sepasukan doktor di Vietnam berjaya mengeluarkan sebilah gunting bedah yang terbiar di bahagian perut seorang lelaki sejak 18 tahun lalu dalam satu pembedahan yang berlangsung selama tiga jam, baru-baru ini.

 Akhbar Tuoi Tre yang dipetik portal BBC melaporkan, pembedahan mengeluarkan gunting sepanjang 15 sentimeter itu berlangsung di sebuah hospital di wilayah Thai Nguyen, utara negara ini dengan dibantu oleh doktor pakar yang diterbangkan khas dari Hanoi. Pesakit berusia 54 tahun itu hanya menyedari kewujudan gunting berkenaan apabila menjalani ujian ultra bunyi di hospital selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, bulan lalu. Ujian itu menunjukkan terdapat perkakas tajam di perut kiri­nya dan pemeriksaan susulan me­ngesahkan kewujudan sebilah gunting bedah.

 Lelaki itu, Ma Van Nhat yang dipetik Vietnam Express berkata, gunting itu mungkin tertinggal se­masa dia menjalani pembedahan pada 1998 di Hospital Besar Bac Khan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Katanya, sejak pembedahan itu, dia tidak berasa apa-apa sehinggalah mengalami sakit perut luar biasa yang masih tidak sembuh walaupun selepas mengambil ubat tahan sakit.

Pakar bedah berkata, gunting berkenaan tersangkut pada beberapa organ berhampiran perut mangsa. Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan Hospital Besar Bac Kan membuat laporan bagi mengambil tindakan terha­dap pihak yang cuai sehingga perkara berkenaan boleh berlaku. Pengarah Hospital, Trinh Thi Luong berkata, beliau akan menyiapkan laporan itu namun doktor di pusat perubatan berkenaan jarang menyimpan rekod pesakit lebih daripada tempoh 15 tahun. Van Nhat masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan bagi memastikan dia sembuh sepenuhnya.  sumber

SYRIA - Gencatan SEnjata Terbatal

BEIRUT 3 Jan. - Perjanjian gencatan senjata yang diharap dapat membuka lembaran baharu untuk penduduk Syria mungkin tinggal impian ketika ini. Situasi itu berlaku apabila tentera Syria dilihat kembali memperhebatkan serangan terhadap kubu yang dikuasai kumpulan pembe­rontak berhampiran Damsyik.

Lebih malang, sebanyak 10 kumpulan pemberontak yang dijadual mengadakan rundingan berkaitan perkara yang sama di Astana, Kazakstan hujung bulan ini juga bersetuju menarik diri daripada rundingan tersebut. Penarikan diri itu dibuat selepas tentera Syria di­dakwa mencabul perjanjian gencatan senjata yang ba­ru dilaksanakan selama empat hari.

 “Secara umumnya, kami menghormati usaha mewujudkan perjanjian gencatan senjata di seluruh Syria. “Namun, keengganan tentera Syria serta kroni mereka untuk menghentikan pertempuran, memburukkan keadaan khususnya di Wadi Barada dan Ghouta Timur,” kata kumpulan pemberontak itu dalam satu ke­nyataan bersama. Tambah pakatan kumpulan tersebut, mana-mana pelanggaran perjanjian tersebut yang tidak boleh memulihkan keada­an asal dianggap sebagai terbatal dan tidak sah. Rancangan perjanjian gencatan senjata antara kerajaan dan kumpulan pemberontak itu dicetuskan Rusia dan menerima sokongan daripada sekutu mereka iaitu Syria, Turki dan Iran.

Semalam, tentera Syria didakwa melancarkan serangan udara dan tembakan meriam di pinggir Ain al-Fijeh iaitu kawasan yang menempatkan sumber air utama penduduk di situ. Ketua Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, selain kumpulan pemberontak dan tentera negara ini, pertempuran itu turut melibatkan bekas kumpulan rangkaian al-Qaeda, Barisan Fateh al-Sham walaupun pembabitan tersebut dinafikan kumpulan pemberontak. – AFP sumber

TURKI Lanjutkan Darurat 3 Bulan Lagi


Lawmakers raise their hands to offer a vote of confidence for the news government at the parliament in Ankara, November 30, 2015. / AFP / ADEM ALTAN        (Photo credit should read ADEM ALTAN/AFP/Getty Images)

Selasa malam 3 Januari 2017, Parlimen Turki sepakat memperpanjang masa keadaan darurat di seluruh wilayah hingga 3 bulan akan datang yang akan dimulai pada 19 Januari, demikian menurut Anatolia.

Ini adalah lanjutankedua yang dilakukan pemerintah Erdogan setelah 11 Oktober lalu Parlimen dengan suara majoriti menyetujui perpanjangan masa keadaan darurat hingga awal tahun 2017.
Pemerintah Turki beralasan bahawa masa perpanjangan darurat untuk melanjutkan penyelidikan terkait dengan kudeta yang gagal pada 15 Julai 2016, di mana Fethullah Gulen yang kini tinggal di Amerika Syarikat didakwa bertanggung jawab atas kudeta tersebut.

Masa keadaan darurat diberlakukan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada tanggal 20 Juali 2016 selama tiga bulan, setelah kudeta gagal yang dilakukan sebagian oknum militer Turki berkerjasama dengan organisasi pimpinan Fethullah Gulen yang kini tinggal di Amerika Syarikat.

 (Dostor/Ram) sumber

Tuesday, January 3, 2017

TURKI dan FSA Buka Kembali Sekolah2

Di samping berusaha untuk membantu pasukan pejuang Syria dalam melawan ISIS, Turki juga telah terus memberikan kontribusinya untuk membangun kembali kota-kota yang telah diambil dari kelompok teroris.

 Pembangunan sekolah-sekolah telah diutamakan dalam proses pembangunan kembali kota-kota tersebut, dan Yayasan Maarif Turki telah membuka dua sekolah di Jarablus yang telah dibebaskan oleh Tentera Pembebasan Syria(FSA) daripada ISIS. Sekolah-sekolah tersebut – salah satunya yang diubah menjadi penjara oleh ISIS ketika kelompok itu mengambil alih kota Jarablus- telah direnovasi dan diperbaharui.

Akan ada lebih banyak sekolah lagi yang akan dibangun di kota-kota lainnya yang telah dibebaskan dari kelompok teroris. Birol Akgün, ketua Maarif Foundation, mengatakan bahawa pihaknya membangun sekolah untuk melawan perekrutan oleh kelompok teroris terhadap para pemuda dan kanak-kanak.

“Kami membangun sekolah agar anak-anak [Syria] tidak jatuh dalam ‘perangkap teroris’,” kata Akgün, sebagaimana dilansir Daily Sabah, Selasa (3/12/2016).

 Maarif Foundation, yang mengelola sekolah-sekolah yang ditaja Turki di seluruh dunia, membuka dua sekolah bagi 2.500 siswa di Jarablus. Jarablus adalah salah satu kota pertama yang dibebaskan oleh FSA yang didukung Turki selama Operasi Perisai Eufrat di Suriah. Setelah sebelumnya nampak seperti kota hantu akibat perang, kini Jarablus yang berpenduduk sekitar 2.000 warga, telah mulai bangkit setelah warga Syria kembali dari Turki dan dari daerah-daerah yang lebih aman di Syria - sumber

30 Warga Awam Aleppo Dirawat di TURKI

Jumlah orang awam yang cedera dari Aleppo, Syria, yang dikirim ke hospital di Turki telah mencapai 360 orang, menurut pihak berkuasa Turki. Warga Aleppo telah tiba di Turki setelah dipindahkan dari kota Aleppo di bawah kesepakatan.

Akhir bulan lalu, pasukan pembangkang Syria dan rejim mencapai kesepakatan gencatan senjata, yang ditengahi oleh Turki dan Rusia. Warga Aleppo kemudian dipindahkan dari Aleppo timur ke Idlib.

 Sejauh ini telah 44,000 orang yang dipindahkan, menurut pihak berkuasa Turki.  sumber

Selepas MESIR, JORDAN Lancarkan Teksi untuk Wanita


pink-taxi-di-mesir

Setelah menjadi primadona bagi kaum wanita di Mesir sejak dilancarkan Pink Taxi pada akhir tahun 2015 lalu, kini giliran ibukota Jordan, Amman, meluncurkan teksi khusus penumpang wanita yang diberi nama yang sama seperti di Mesir.

Keselesaan dan keamanan menjadi alasan utama kaum wanita di wilayah ibukota Amman lebih memilih Pink Taxi menuju tempat tujuan.

Seperti pendahulunya di Mesir, Pink Taxi dilengkapi dengan GPS dan kamera pengawas yang dapat memantau keberadaan taxi, Pink Taxi juga dilengkapi dengan butang kecemasan yang berfungsi memberhentikan kenderaan secara mendadak dan memberikan tanda peringatan kepada pihak pengurusann. sumber

Abbas Yakin PALESTIN Merdeka Tahun Ini

RAMALLAH 1 Jan. – Presiden Pa­lestin, Mahmoud Abbas yakin Palestin akan merdeka tahun ini juga selepas Majlis Keselamatan Per­­tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini meluluskan resolusi menentang pembinaan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.

 Beliau yang mengalu-alukan keputusan itu begitu yakin berkata demikian memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini isu berkenaan berpihak kepada Palestin. Mahmoud turut mengutuk tindakan rejim Tel Aviv yang cuba memesongkan fakta dan masyarakat antarabangsa tentang isu tersebut dan pada masa yang sama memperluaskan jajahan mereka di wilayah Palestin.

 “Israel mesti menghentikan pembinaan pe­nempatan haram dan mengubah demografi di tanah yang dijajah,’’ katanya semasa berucap sempena sambutan ulang tahun ke-52 pembentukan pergerakan Fatah di sini kelmarin. Menurut laporan portal Presstv, Mahmoud turut berkata, bahawa 2017 adalah tahun kemerdekaan Palestin. Penduduk Palestin berusaha membentuk negara yang merdeka di wilayah Tebing Barat, Baitulmaqdis timur dan Genting Gaza dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. Lebih 230 penempatan haram Israel telah dibina di wilayah Pa­lestin sejak 1967. Pembinaan haram itu turut menjejaskan usaha mewujudkan perdamaian di Asia Barat.

Pada November 2012, perhimpunan agung PBB mengundi untuk menaik taraf status Palestin daripada entiti pemerhati bukan anggota kepada negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu walaupun menerima tentangan hebat daripada Israel. Buat pertama kalinya juga, bendera Palestin dikibarkan di ibu pejabat PBB di New York pada September 2015.- sumber

Daesh Dakwa Erdogan Menentang Kepentingan Islam

ANKARA: Sebuah video kumpulan Daesh yang menggesa serangan ke atas Turki beberapa hari sebelum pembunuhan beramai-ramai di sebuah kelab malam di Istanbul, menunjukkan Presiden Recep Tayyip Erdogan bersama pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi, merancang kerjasama untuk menentang kepentingan umat Islam, dakwa kumpulan itu.

Video durasi 19 minit dalam bahasa Arab dan Turki, bertajuk The Cross Shield itu memuatkan rakaman ngeri dua tentera Turki yang ditangkap dan dibakar hidup-hidup oleh pejuang Daesh di Syria. Rakaman itu bermula dengan serangan ke atas Erdogan berikutan pembabitan beliau dalam perang di Syria dan menyeru kepada kemusnahan di Turki. Ia turut merujuk keadaan di Afghanistan sambil memaparkan Erdogan dan pemimpin Turki bersama pemimpin dunia lain yang didakwa Daesh sedang bekerjasama menentang Islam dan kepentingan umat Islam. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Presiden Russia, Vladimir Putin, Presiden Syria Bashar al-Assad, Pope Francis, bekas Presiden Myanmar Thein Sein, pemimpin Israel dan ulama serta Modi turut dipaparkan dalam video berkenaan.

Video itu disiarkan di laman web kumpulan Daesh beberapa hari sebelum 39 orang ditembak mati di sebuah kelab malam di Istanbul pada malam Tahun Baru. Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Agensi  sumber

Bom Bunuh Diri, 7 Polis IRAQ Terbunuh

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya tujuh pegawai polis Iraq terbunuh apabila pengebom bunuh diri meletupkan bom tali pinggang di dua balai polis dekat kota Samarra.

Menurut sumber keselamatan semalam, pertempuran masih berlangsung di kedua-dua balai polis di pusat bandar Iraq itu. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Iraq, Saad Maan berkata, berlaku serangan di balai polis Mutawakil, dan tentera Iraq sedang mengepung mereka.

 Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Mutawakil melalui agensi berita Amaq, yang dikaitkan kumpulan pengganas.

 Seorang pegawai polis tempatan berkata, setakat ini lima pengebom bunuh diri yang memakai bom tali pinggang terbunuh, dan pasukan tentera tambahan sudah dikerahkan. sumber

Daesh Sokong Serangan di Istanbul

ANKARA: Polis Turki mengeluarkan imej suspek serangan maut di kelab malam dekat Istanbul ketika operasi memburu suspek giat diteruskan. Menurut agensi berita negeri Anadolu semalam, gambar-gambar itu dirakam kamera keselamatan di lokasi yang tidak didedahkan. Media Turki, Haberturk turut menyiarkan rakaman yang didakwa memaparkan penyerang itu.

 Setakat ini, polis menahan lapan orang yang disyaki ada kaitan dengan pembunuhan beramai-ramai ketika sambutan Tahun Baru itu. Polis turut menyerbu sebuah rumah di daerah Zeytinburnu Istanbul lewat semalam berkaitan serangan itu.

Terdahulu, kumpulan pengganas Daesh Takfiri mengaku bertanggungjawab melakukan serangan awal pagi Ahad lalu apabila seorang lelaki bersenjata yang memakai pakaian Santa Claus, melepaskan tembakan di kelab malam Reina di kawasan Besiktas, Istanbul membunuh 39 orang kebanyakannya pelancong dan mencederakan 69 yang lain.

Antara yang maut ialah seorang wanita Israel, tiga warga India, tiga Lubnan, seorang wanita dengan dua kewarganegaraan Perancis-Tunisia dan suaminya warga Tunisia, dua Jordan dan masing-masing seorang warga Belgium, Kuwait dan Kanada. - Agensi  sumber

Hakim Kanan MESIR Bunuh Diri

KAHERAH 3 Jan. - Seorang hakim kanan kerajaan Mesir yang ditahan kelmarin atas dakwaan rasuah ditemui mati tergantung dalam bilik penjara malam tadi.

Mangsa, Wael Shalaby yang merupakan Timbalan Ketua Hakim Sistem Mahkamah Pentadbiran dipercayai telah bertindak membunuh diri kerana tertekan ketika proses soal siasat sejurus selepas penahanan beliau Sabtu lepas. Menurut peguamnya, Sayed Beheiry, Wael bertindak menggantung dirinya dengan menggunakan skaf yang dipakainya apabila selesai sesi soal jawab.

 “Amat sukar untuk menjadi seorang hakim penting dalam kerajaan dan tiba-tiba, kamu hilang segala-galanya,” kata Sayed. Agensi berita kerajaan, MENA melaporkan, Wael membunuh diri dan pendakwa raya sudah mengarahkan bedah siasat dijalankan. Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan penjara gagal dihubungi untuk memberi kenyataan berhubung kejadian itu. - Reuters sumber

Sunday, January 1, 2017

Petrol dan Diesel Naik 20 Sen

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Jan ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

"Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter," katanya. Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85). - BERNAMA  sumber

Penyanyi Adel Memeluk Agama Islam

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Penyanyi, Adel atau nama sebenarnya Adeline Joyce Masidah, 23, mengakui keluarganya memberi sokongan kepadanya untuk memeluk agama Islam. Menurutnya, dia memeluk agama Islam bulan lalu selepas dilamar oleh seorang ahli perniagaan, Muhammad Affan Jumahat, 29.

 “Lama juga saya fikir untuk memeluk Islam dan bila sudah yakin, saya beritahu pada keluarga dan mereka memberi sokongan. “Cuma saya masih baru bergelar seorang Muslim. Baru sebulan dan masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan lakukan dengan perlahan-lahan,” katanya ketika dihubungiAdel selamat bergelar isteri kepada Muhammad Affan, 29, kira-kira pukul 11 pagi tadi di Taman Seri Gaya, Sabah.

Mereka berkenalan dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu dan bertunang pada 3 Disember lalu. Muhammad Affan yang juga seorang duda mempunyai tiga orang anak iaitu Putri Arfa 5, Putri Khadijah, 3 dan Putri Sarah, 1. Ditanya mengenai status suaminya yang juga seorang duda, jelas Adel, dia tidak kisah jika ada yang ingin bercakap negatif mengenai perkara itu.

“Hubungan saya dengan semua orang baik sahaja. Jadi, tidak timbul masalah dalam perkahwinan ini dan saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan. “Saya juga selesa dengan ketiga-tiga anak suami saya. Mula-mula memang kekok tetapi kini hubungan saya dan anak-anaknya mesra sahaja,” katanya.

Buat masa ini, jelas Adel, dia masih lagi belum memikirkan lokasi untuk berbulan madu kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Majlis resepsi mereka akan diadakan di Laya Laya, Tuaran, Sabah pada 1 Januari ini. Dalam pada itu, jelas Adel, kerjaya nyanyiannya masih diteruskan seperti biasa tanpa halangan daripada suami. sumber

Serangan di Kelab Malam TURKI

ISTANBUL: Dua penyerang bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab malam dekat sini pada malam sambutan tahun baru, mencederakan puluhan orang, lapor agensi berita tempatan.

Agensi Anadolu melaporkan serangan itu berlaku di kelab malam Reina dalam daerah Ortakoy. Beberapa rakaman video di tempat kejadian menunjukkan terdapat enam ambulans berada di hadapan premis dan beberapa orang awam sedang dibawa keluar.

Cable News Network (CNN) Turki melaporkan, penyerang masuk ke kelab malam itu dengan pakaian Santa Claus dan melepaskan tembakan secara rambang. Setakat ini tiada angka rasmi kecederaan mahupun kematian dilaporkan polis.

Pihak berkuasa juga masih belum mengesahkan sama ada ia tindakan pengganas. Media tempatan melaporkan kawasan kelab malam sudah dikepung polis dan operasi pemeriksaan sedang dijalankan - sumber

Isu Panjat Papan Tanda Ipoh, MBI Bertindak

IPOH 31 Dis. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat laporan polis terhadap sekumpulan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda 'Ipoh' di Jalan Kuala Kangsar di sini.

 Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut sebelum membuat laporan polis. Katanya, siasatan itu bagi membolehkan pihak MBI mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

 "MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda Ipoh kerana ia amat membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar.

 "Ini kerana struktur papan tanda yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.  sumber

Khatam Kitab Cinta Allah

Aksi Panjat Papan Tanda Ipoh

Letupan di Baghdad, 29 Terkorban

BAGHDAD 1 Jan. - Dua letupan melanda kawasan pasar di tengah ibu kota menyebabkan 29 orang terkorban manakala 53 yang lain cedera.

Agensi berita Amaq melaporkan dua pengebom bunuh diri tersebut merupakan anggota kumpulan pengganas Daesh.

“Kebanyakan mangsa adalah mereka yang berada di sekitar kedai barangan terpakai dan berkumpul di sebuah gerai menjual sarapan apabila letupan itu berlaku,” kata pemilik sebuah kedai, Ibrahim Mohammed Ali. - AFP sumber

Video Bunga Api Meletup

Bunga Api Meletup, 10 Cedera di Pandamaran

PELABUHAN KLANG 1 Jan. - Sebanyak 10 individu melecur akibat terkena letupan bunga api di kawasan Kompleks Pandamaran di sini malam ini. Difahamkan, kesemua mangsa sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baharu.

 Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.10 tengah malam dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian. Menurutnya, setibanya di lokasi terdapat tujuh mangsa melecur ringan di kaki dan tiga lagi agak parah.

 "Tujuh yang cedera ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut, " katanya. - UTUSAN ONLINE sumber

Banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Mangsa banjir di tiga daerah iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah terus meningkat kepada 1,758 mangsa sehingga jam 9 malam ini. Semua mangsa berkenaan dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sejak pagi tadi.

Berdasarkan portal e-Banjir, Jeli mencatatkan bilangan mangsa paling tinggi iaitu seramai 878 mangsa yang dipindahkan di lima pusat pemindahan termasuk Dewan Sungai Satan, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1, SK Kuala Balah dan SK Legeh serta SMK Ayer Lanas. Ini diikuti seramai 651 mangsa daripada 203 keluarga di Kuala Krai yang dipindahkan di 11 pusat pemindahan dan 229 mangsa dari Tanah Merah dipindahkan di tiga pusat pemindahan.  sumber