Thursday, February 9, 2017

Israel Berdepan Kritikan Antraabangsa

BAITULMAQDIS 7 Feb. - Israel berdepan dengan kritikan antarabangsa ekoran tindakan meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan 4,000 penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah milik penduduk Palestin.

Britain, Perancis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jordan adalah antara negara yang lantang menentang undang-undang berkenaan. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pro-Palestin berkata, mereka akan menggesa Mahkamah Tinggi untuk meminda atau membatalkan undang-undang berkenaan, manakala pemimpin pembangkang, Isaac Herzog memberi amaran bahawa pelaksanaan itu hanya bakal menyebabkan pegawai Israel dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perancis menganggap undang-undang itu sebagai suatu serangan terbaharu kepada penyelesaian antara Palestin dan Israel manakala Britain menyifatkan tindakan Israel itu hanya menjatuhkan martabat mereka dengan rakan sekutu antarabangsa. - AFP sumber

Serangan Udara di Idlib, 30 Terkorban

AMMAN 7 Feb. - Lebih kurang 30 orang terbunuh dalam satu siri serangan udara terbesar sejak beberapa bulan kebelakangan ini di bandar dikuasai pemberontak, Idlib.

Menurut anggota pasukan menyelamat dan saksi yang enggan dikenali berkata, kira-kira lapan serangan dipercayai dilakukan oleh jet pejuang Rusia membedil beberapa bangunan bertingkat di kawasan kediaman di barat laut bandar berkenaan.

 Walau bagaimanapun, menurut laporan agensi berita Interfax, Kementerian Pertahanan Rusia menafikan bahawa mereka melancarkan serangan tersebut.

Dalam pada itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria memberi amaran angka kematian dijangka meningkat berikutan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan masih dijalankan. - REUTERS sumber

KH Ma'ruf Amin : Ulama Jangan Hanya Duduk di Pesantren

Rais Aam Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) KH Ma’ruf Amin meminta ulama jangan hanya diam di pesantren, tetapi mesti bergerak keluar untuk lebih mengabdikan dirinya kepada masyarakat.

Sungguhpn demikian, dia menggarisbawahi seruannya tersebut jangan dikonotasikan ulama meninggalkan pesantren seutuhnya. Bagaimanapun peran ulama di pesantren tetap penting, untuk mencetak kader atau regenerasi ulama.

Menurut Ma’ruf yang juga ketua umum Majelis Ulama Indonesia (MUI) tersebut, untuk menjaga negara perlu ada kerja sama yang baik antara ulama dan umara. sumber

Abu Zulfiqar - Ma'rifat Rasulullah Tentang Faqir

Hamas Masih Tawan 4 Askar Zionis

Brigade Izzudin Al-Qassam mengumumkan menolak dengan tegas proposal pertukaran tawanan melalui perantara regional dan internasional yang ditawarkan penjajah Zionis Israel.

Dalam keterangannya kepada Aljazeera, seorang komandan Al-Qassam mengatakan bahawa tawaran yang diajukan penjajah Zionis Israel tidak menyentuh sedikit pun tuntutan dari pejuang Palestin.

“Pernyataan penjajah Zionis Israel yang mengatakan bahawa kami bersedia melakukan pertukaran tawanan untuk memudahkan perdagangan itu tidak benar. Keberadaan para tawanan ini di tangan kami adalah sebagian daripada perang psikologis agar mereka waspada terhadap pelanggaran terbaru yang dilakukan kepada tahanan Palestin,” ujar sumber yang minta dirahsiakan identitinya.

Pernyataan ini dikeluarkan beberapa hari setelah sejumlah komandan Hamas mengunjungi Kaherah, Mesir. Kunjungan ini merupakan kali pertama sejak terjadi kudeta militer di Mesir pada tahun 2013.
Menurut sejumlah sumber, pertemuan antara komandan Hamas dan pegawai penjajah Zionis Israel di antaranya membahas pertukaran tahanan. Dan Mesir akan menjadi bagian pengawas pertukaran tahanan tersebut.

Hingga saat ini Hamas masih menahan 4 askar Zionis Israel dalam agresi terakhir tahun 2014 lalu. Tentara tersebut ditawan ketika beristirehat di dalam wilayah Jalur Gaza. (Kiblat/Ram) sumber

Saturday, February 4, 2017

8 Hari Hilang ke Alam Lain

TUMPAT, 3 Feb — Lapan hari dilaporkan hilang, seorang daripada lima mangsa mendakwa “masuk ke alam lain” dan “ditutup hijab” ketika menjawab misteri kehilangan ganjil itu. Ilham Kamaruddin, 35, mendakwa beliau bersama empat lagi ahli keluarganya menaiki kereta sehingga ke Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur dalam tempoh itu, lapor Harian Metro. Mereka hanya ditemui ketika membeli roti canai di kedai makan di kampung Neting, Pengkalan Kubor dekat sini kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

 “Sejurus itu, saya segera memaklumkan kepada pihak polis dan sepasukan anggota ke sana membawa kelima-limanya ke balai polis untuk diambil keterangan. “Saya bersyukur mereka ditemui selamat dan sihat kerana sudah puas mencari mereka selama lapan hari. Malah keliru dengan cara kehilangan mereka,” kata abang mangsa Mafauzi Kamaruddin, 38.

Kelima-lima hilang pada 25 Januari lalu selepas menaiki kereta Perodua Alza dari rumah di Pengkalan Kubor untuk makan di kedai berhampiran kira-kira jam 4.30 petang.

Mafauzi berkata adiknya mula berubah, menjadi “pendiam dan seperti dipukau”, selepas mendapat rawatan tonsil dengan seorang bomoh di Terengganu. “Saya juga tidak sangka kejadian yang menimpa Ilham itu turut berjangkit kepada mereka yang menaiki kereta bersamanya sebelum hilang,” katanya.

 Sementara itu, polis Tumpat menolak sebarang perbuatan jenayah dalam kejadian pelik itu. Kelima-lima mereka sudah memberi keterangan kepada polis. - sumber

Misteri : Ghaib ke Alam Lain?

Sudah 18 tahun berlalu. Kalau Ting Song Sheng masih hidup, usianya kini 27 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia? Kepada yang tidak mengetahui kisah ini, untuk pengetahuan anda, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya? Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng?

Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik. Pagi itu Zulaiha Muhamad, 6, bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, dua setengah tahun, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah. Oleh kerana sakit perut, Kamariana meninggalkan mereka dan bergegas ke tandas.

Namun sekembalinya Kamariyana ke halaman, didapatinya Zulaiha tiada. Ke mana menghilangnya Zulaiha? Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut. Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat memberikan jawapan. Usaha mencari dilakukan segera. Pihak polis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri Sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, akhirnya operasi itu terpaksa dihentikan.

Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang sebegitu cepat? Ada pendapat mengatakan kanak-kanak itu pergi ke Sungai Semantan dan lemas. Persoalannya, kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang melihatnya sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana. Zulaiha lemas di sungai? Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa mayatnya tidak dijumpai? Dia diculik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raungan atau kesan pergelutan.

 Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada seseorang telah membawa Zulaiha pergi. Andaian yang tinggal sekarang sangat aneh. Ada pihak yang mengatakan, Zulaiha sebenarnya telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dalam dunia ghaib oleh makhluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar! Apatah lagi menurut bapa kanak-kanak tersebut, Muhamad Petah, 42, berlaku kejadian-kejadian pelik sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari. Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan.

 Seorang bomoh yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.

Kalau kisah itu belum cukup misteri, bagaimana dengan peristiwa ini pula. Pada pukul sekitar pukul 10.30 pagi, 6 November 2004, Baharudin Sallehuddin, 6, bersama adiknya, Budin, 5, dan Asmira, 3, hilang ketika bermain-main berhampiran pondok yang dibina oleh bapanya di ladang getah Felcra Mambang Seberang, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

 Misterinya ialah ketiga-tiga beradik ini ditemui semula lima hari kemudian di sebuah pulau kecil dipenuhi belukar dan dikelilingi paya, enam kilometer dari pondok tempat kali terakhir mereka dilihat! Apa yang berlaku kepada mereka? Kisah yang diceritakan oleh tiga beradik ini sangat pelik. Kata Baharudin, akibat leka bermain, mereka telah berjalan hingga 1.5 kilometer dari pondok tersebut. Ketika itulah mereka terserempak dengan seorang lelaki berbadan sasa yang membawa seekor anjing berwarna hitam.

Lelaki itu mengarahkan Baharudin, Budin dan Asmira duduk di belakang anjing tersebut, lalu haiwan itu membawa mereka bersiar-siar. Sampai di suatu tempat, anjing tersebut melompat melepasi sebatang parit selebar 10 meter yang memisahkan Felcra Mambang Seberang dengan kawasan sekitarnya. Tiga beradik tadi terus dibawa bersiar-siar sehingga sampai di Tanjung Cempaka, Lepar, enam kilometer dari Felcra Mambang Seberang. Lewat petang, lelaki berbadan sasa yang dipenuhi bulu itu mengarahkan pula anjingnya berenang merentasi sebuah paya.

 Sambil membawa tiga beradik itu di atas belakangnya, anjing tersebut berenang sehinggalah sampai di sebuah pulau yang dipenuhi belukar. Sekeliling pulau itu hanyalah paya yang sedalam 1.2 meter. Baharuddin dan adik-adiknya diturunkan dari belakang anjing berkenaan. Menjelang senja, datang seorang nenek dan memberikan mereka buah-buahan.

Di situlah Baharudin, Budin dan Asmira terdampar, hinggalah ditemui oleh polis lima hari kemudian, iaitu pada pukul 5.45 petang 10 November 1995. Pembaca sekalian, apa yang berlaku ini memang misteri. Akal yang waras tidak dapat menjawab persoalan bagaimana tiga beradik itu boleh sampai di pulau berkenaan. Mustahil juga mereka boleh pergi ke tempat sejauh itu dan melintasi parit selebar 10 meter, kalau tidak dibantu oleh `sesuatu.’  SUMBER

Abu Zulfiqar - FAQIR DUNIA, FAQIR HAKIKI

IRAN Tak Gentar Kemarahan Trump

ANKARA: Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata republik Islam itu tidak gentar dengan ancaman Amerika Syarikat susulan ujian peluru berpandu negara itu, baru-baru ini.

 "Iran tidak gentar dengan ancaman demi untuk melindungi keselamatan rakyat. Kami tidak akan memulakan peperangan, tetapi hanya bergantung kepada kemampuan diri," tulis Zarif menerusi laman Twitternya.

Tulisan itu dilihat sebagai tindak balas terhadap kenyataan Trump menerusi Twitter yang menyifatkan tindakan Iran itu seolah-olah menguji kesabaran pemimpin baharu AS itu.

 "Iran bermain dengan api dan mereka tidak menghargai kebaikan Presiden Obama terhadap mereka. Tetapi bukan saya!" katanya menerusi laman Twitter.

 Tindakan Iran melakukan ujian peluru berpandu memaksa Trump merancang mengenakan sekatan kepada beberapa entiti Iran, bertujuan untuk memberi tekanan sambil berusaha mencari strategi baharu untuk menentang tindakan yang disifatkannya boleh menjejaskan kestabilan. - REUTERS sumber

Hina Cicit Syeikh Al-Bantany, Berjaga2 Ahok

Keluarga Besar Kerabat dan Sahabat Kesultanan Banten mengecam dan menuntut terdakwa kes penodaan agama Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok meminta maaf kepada Ketua Majlis Ulama Indonesia KH Ma’ruf Amin.

“Setelah mengamati dan mencermati perkembangan yang saat ini bahwa Ahok pada persidangan ke-8 kemarin, yang kami nilai tidak sepatutnyamenghina kehormatan ulama dan sekaligus Guru Besar kami KH Ma’ruf Amin,” demikian sidang media Kerabat dan Sahabat Kesultanan Banten Tubagus Soleh yang diterima wartawan, Rabu (1/2).


Ketua MUI KH. Ma’ruf Amin merupakan salah satu cicit dari Syekh Nawawi Al-Bantany

KH Ma’ruf Amin, ujar dia, selain sebagai Ketua MUI juga sebagai Guru Besar Babad Kesultanan Banten sekaligus Ulama Keturunan Sultan Banten dan Rois Am PBNU. “Kami sangat tersinggung dengan herdikan Ahok terhadap KH Ma’ruf Amin.”

Pernyataan ini, katanya, jangan sampai disangkut pautkan dengan proses persidangan kes penistaan agama dengan terdakwa Ahok. “Kami menghormati proses undang2 yang sedang berlangsung, kami tidak akan ikut campur dalam proses tersebut.”

Meskipun sudah ada bantahan dari pasukan peguambela mahupun tim pemenangan Ahok-Djarot, dia menegaskan, tetap melayangkan protes keras.

“Kerana itu, Babad Kesultanan Banten menyerukan kepada seluruh Dzuriyyat, Sahabat, Kerabat dan Simpatisan Babad Banten untuk bersatu menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi.” (kl/akt) sumber

MALAYSIA Kesal BANGLADESH Halang Misi Kemanusiaan

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Malaysia kesal dengan keputusan kerajaan Bangladesh menghalang misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar daripada menghantar bantuan kepada pelarian etnik Islam Rohingya yang berada di negara tersebut.

 Kekesalan itu dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam pertemuannya bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Shahidul Islam di Putrajaya dekat sini hari ini. Anifah dalam satu kenyataan berkata, Malaysia bimbang dengan nasib yang menimpa etnik minoriti itu di Myanmar yang kini menjadi pelarian di negara-negara asing.

 Menerusi pertemuan itu, Md. Shahidul memahami kebimbangan yang dirasai oleh Malaysia dan berjanji akan mendapatkan keterangan lanjut daripada kerajaan Bangladesh. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini bersama-sama menyempurnakan pelepasan kapal Nautical Aliya yang akan memulakan pelayaran ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

 Misi bantuan kemanusiaan tersebut merupakan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).  sumber

Friday, February 3, 2017

Selamat Jalan Misi ke MYANMAR



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Firman Allah:

Apakah yang menghalang kamu sehingga kamu tidak keluar untuk berjuang pada jalan Allah (menegakkan agama kamu) padahal di sana ada orang-orang yang lemah ditindas di kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang merayu kepada Allah. "Wahai tuhan kami selamatkanlah kami daripada negeri yang penduduknya berlaku zalim terhadap kami, wujudkanlah dari sisi-Mu pembantu dan penolong". (An-Nisa': 75)


Bersama dengan ayat ini, saya mengucap selamat kepada rombongan NGO dan lain-lain yang menyertai misi bantuan ke Myanmar, mudah-mudahan mereka dapat menyempurnakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat ini, mereka diberi fadhilat dan kelebihan oleh Allah SWT bukan sahaja selamat dalam perjalanan di laut bahkan mendarat, mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.

Saya iringi dengan doa, iringi dengan dukungan yang sepenuhnya, mudah-mudahan langkah yang diambil ini dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang perikemanusiaan di seluruh dunia, supaya memberi perhatian kepada mereka yang tertindas di Myanmar. Mudah-mudahan diselamat semua. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaukum.



----
Laman PAS Pusat

PM KANADA Hadiri Pengkebumian Mangsa Serangan di Masjid

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menghadiri majlis pengebumian dua rakyat Algeria dan seorang Tunisia yang terbunuh bersama tiga yang lain, dalam serangan di sebuah masjid di Quebec.

Kira-kira 5,000 orang memenuhi arena hoki di Taman Olimpik Montreal untuk menyaksikan majlis pengebumian, manakala jutaan lain di seluruh Kanada menyaksikannya menerusi televisyen. Bagi kebanyakan penduduk di negara itu, ia adalah kali pertama mereka menyaksikan upacara berkenaan. Solat jenazah turut dilakukan untuk tiga mangsa lain.

Menurut pejabat Perdana Menteri, Trudeau dijangka memberikan ucapan pendek pada majlis berkenaan. Jenazah tiga mangsa itu dibawa pulang ke negara kelahiran masing-masing untuk dikebumikan. Sokongan mencurah-curah diterima untuk masyarakat minoriti Islam Kanada susulan serangan pada malam Ahad lalu yang turut mencederakan lapan lain.

"Kita semua menderita. Bukan hanya masyarakat Islam, bukan hanya penduduk Quebec, namun semua terjejas," kata Datuk Bandar Montreal, Denis Coderre. - AFP  sumber

Abu Zulfiqar - ZUHUD TOLAK DUNIA?

Rundingan Damai SYRIA Ditangguh

WASHINGTON 1 Feb. – Rundingan damai yang diterajui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu Syria ditangguhkan sehingga 20 Februari ini bagi membolehkan gencatan senjata dilakukan dan masa diberikan kepada pihak pembangkang untuk mewujudkan sebuah barisan bersatu.

Rundingan ini dijadualkan bermula pada 8 Februari ini tetapi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengumumkan penangguhannya minggu lalu, tanpa memberikan alasan. Duta khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura memberitahu, mesyua­rat tertutup Majlis Ke­selamatan yang memutuskan untuk menangguhkan rundingan itu dijangka dapat membantu meningkatkan persediaan supaya konflik di Syria dapat ditamatkan dengan segera.

 “Kita mahu memberi peluang kepada kedua-dua kerajaan supaya lebih serius dalam perbincangan ini dan pembangkang juga diberikan peluang untuk membentuk barisan bersatu,” kata de Mistura kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut. Minggu lalu, Rusia, Iran dan Turki mengadakan perbincangan di Astana, Kazakhstan dalam usa­ha untuk mengukuhkan usaha gencatan senjata di Syria, setelah menyaksikan lebih 10,000 nyawa terkorban setakat ini.

 “Jika gencatan senjata dipertahankan, kami harap ia akan dapat membantu rundingan ber­kenaan,” kata duta berkenaan. Ketika rundingan di Astana, Rusia yang mewakili kumpulan pembangkang Syria membentangkan draf Perlembagaan tetapi ditolak oleh Iran dan Turki. Ini kerana langkah hanya sebelah pihak yang cuba dilaksanakan oleh Rusia boleh mencetuskan kebimbangan di negara-negara Barat.

Dalam pada itu, kuasa-kuasa Barat mempersoalkan tujuan rundingan Astana sebelum ini dan bimbang perbincangan di Geneva bakal diketepikan begitu sahaja. “Amat penting jika ada sebarang pengesahan daripada PBB bahawa mereka yang akan mengetuai rundingan seterus­nya. PBB perlu menjadi tunjang utama dalam proses berkenaan,” kata Duta Perancis, Francois Delattre. – AFP  sumber

Kembar Berpegangan Tangan dalam Kandungan

LONDON 1 Feb. – Sepasang bayi kembar seiras mendapat perhatian ramai baru-baru ini selepas selamat dilahirkan ‘dengan penuh kebimbangan’ apabila tangan ke­dua-duanya saling berpegangan ketika berada dalam kandungan ibu.

Portal mirror.co.uk melaporkan, ibu pasangan kembar itu, Hayley Lampshire, dari Oxfordshire, mendedahkan anak kembarnya berkongsi kantung amniotik, tidak seperti kebiasaan iaitu seorang bayi berada dalam kantungnya sendiri. Menurut Lampshire, doktor memberi amaran, satu-satunya cara untuk mereka terus hidup semasa kehamilan adalah de­ngan tidak meninggalkan satu sama lain atau mungkin berdepan masalah tali pusat berpintal.

 Wanita berusia 27 tahun itu mengakui amat bimbang namun terkejut apabila melihat dua anak lelakinya itu kekal berpelukan dan berpegangan tangan setiap kali imbasan dilakukan. Malah Lampshire berkata, ketika pasangan kembar Rowan dan Blake dilahirkan menerusi pembedahan pada 25 Ogos tahun lalu, kedua-dua­nya masih tetap berpelukan.

“Disebabkan mereka berada di dalam kantung amniotik yang sama, tali pusatnya boleh berpintal jika mereka bergerak, sekali gus menghalang oksigen dan bekalan makanan. Jadi, mereka langsung tidak boleh berenggang. “Kami lega apabila mereka selamat dilahirkan dan kini dalam keadaan sangat baik. Saya dan suami pada mulanya amat takut, tetapi kami ingin berkongsi cerita ini untuk meyakinkan orang lain untuk tidak putus harapan,” jelasnya.  sumber

Misi Food Flotila For MYANMAR

KLANG 3 Feb. - Misi Food Flotilla For Myanmar yang menyatukan dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah perlambangan kepada penyatuan ummah khususnya bagi umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, atas semangat kemanusiaan dan ukhwah sesama Islam, Malaysia tidak rela melihat etnik Rohingya selaku saudara setauhid terus dizalami, dibunuh, dibakar dan diperkosa.

 “Saya sudah kata sebelum ini cukup sudah Rohingya dizalimi dan hari ini merupakan detik bersejarah buat Malaysia apabila kira-kira 2,200 makanan dan ubat-ubatan dihantar ke Myanmar,” katanya ketika berucap merasmikan perlepasan flotila di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

sumber

PKB Ingatkan Ahok akan Pengaruh Nahdatul Ulama

Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) ikutan geram gara-gara perlakan Basuki Tjahaja Purnama dan pasukan peguamnya yang seakan-akan merendahkan posisi KH Ma’ruf Amin sebagai ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang juga Rois A’am PBNU dalam persidangan kaes dakwaan penistaan agama baru-baru ini.

Ahli politik PKB, Muhammad Lukman Edy bahkan mengingatkan Basuki alias Ahok untuk tidak kaget apabila kaum Nahdliyin tidak lagi pasang badan dan berbalik menyerang gara-gara perlakuan Ahok dan pasukan yang dianggap menghina KH Ma’ruf Amin.

“Sepertinya kalau ada aksi pembelaan terhadap Fatwa MUI berikutnya, anda jangan kaget kalau akan menjadi dahsyat dan signifikan kerana Nahdliyin ikut di dalamnya,” jelas dia dalam emel yang dikirimkan ke redaksi, Khamis malam (2/2). sumber