Sunday, December 30, 2018

Ditemukan Gunung Raksasa di Dasar Samudera Dekat Bengkulu

 Pakar Geologi dari Pusat Geotekhnologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Danny Hilman Natadidjaja membenarkan adanya gunung raksasa di bawah laut Sumatera. Kata Danny, letak gunung tersebut berada di laut lepas Pantai Bengkulu.
Danny memastikan bahwa gunung raksasa tersebut tidak berbahaya. Sebab, berdasarkan penelitian, gunung yang ada sejak ratusan tahun lalu tersebut sudah tidak aktif.
“Berita lama itu, iya ada di lepas Pantai Bengkulu. Ya benar ada tapi sudah enggak aktif, sisa-sisa yang dulu jutaan tahun yang lalu. Udah enggak aktif‎. Enggak berbahaya,” kata Danny Hilman saat berbincang dengan Okezone, Sabtu (29/12/2018).
Menurut Danny, gunung tersebut sudah ada sejak ratusan tahun lalu di bawah perairan Sumatera dan pernah aktif pada masanya. Namun, saat ini, gunung tersebut sudah mati dan tidak berbahaya.
“Dulunya jelas ada, pernah aktif, tapi sekarang sudah enggak aktif, itu ada di tengah laut, gunung api, di bawah laut. Intinya enggak berbahaya, sudah enggak aktif, sudah mati, jadi mumi,” terangnya.
Sebelumnya diketahui, ‎tim yang terdiri dari gabungan para pakar geologi Indonesia, AS, dan Perancis berhasil menemukan gunung api raksasa di bawah perairan barat Sumatera. Gunung api tersebut berdiameter 50 km dan tinggi 4.600 meter dan berada 330 km arah barat Kota Bengkulu.
Para ahli geologi yang menemukan gunung tersebut berasal dari Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia ( LIPI), Departemen Energi dan Sumber Daya Mineral, CGGVeritas dan IPG (Institut de Physique du Globe) Paris.
“Gunung api ini sangat besar dan tinggi. Di daratan Indonesia, tak ada gunung setinggi ini kecuali Gunung Jayawijaya di Papua,” kata Direktur Pusat Teknologi Inventarisasi Sumber Daya Alam BPPT Yusuf Surachman. [okz]

https://www.eramuslim.com/berita/nasional/ditemukan-gunung-raksasa-di-dasar-samudera-dekat-bengkulu.htm#.XChwUVwzbIU

Terengganu sambut tahun baharu acuan Islam

KERAJAAN Terengganu memutuskan untuk mengadakan program sambutan Tahun Baharu 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak bermula 31 Disember sehingga tengah malamnya dengan beberapa pengisian penting. Sebelah pagi akan dimulakan dengan kayuhan basikal bersama YAB MB dan peminat sukan berbasikal. Petang pula diisikan dengan sedikit hiburan yang berkonsep Islam dan kesederhanaan untuk keseronokan anak-anak muda bersama Ustaz Muzaini Abdul Rahman dan beberapa selebriti lain. Manakala malam diawali dengan kuliah maghrib oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, juga solat hajat dan munajat di seluruh masjid surau di Terengganu agar Allah mencucuri berkat pada negeri dan rakyat Terengganu jauh daripada musibah dan malapetaka. Kita juga memohon untuk dibukakan hati pemerintah Pusat supaya royalti terus jadi milik Kerajaan Negeri, tidak lain, bagi kepentingan rakyat Terengganu. Kemudian Ustaz Azhar Idrus dan beberapa selebriti akan memeriah malam tersebut diikuti dengan ucapan YAB Menteri Besar Terengganu dan doa selamat.
1 Januari merupakan hari-hari yang ditetapkan oleh Allah. Tahun Baharu masihi adalah tahun yang berasaskan kiraan pusingan matahari. Allah menjadikan matahari dan bulan sebagai salah satu tanda kebesaran-Nya. Ia adalah sama sebagaimana hari-hari yang lain. Sambutan ini diadakan bukan untuk menyambut Tahun Baharu secara khusus atau mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani tetapi atas tujuan pemurniaan dan islah (pembaikan). Jika Sultan Muhammad al-Fateh telah berjaya mengubah gereja Agia Sofia menjadi masjid di Istanbul, Turki, kami Kerajaan Negeri pula mahu mengubah sikap dan perangai ummah akhir zaman untuk menyambut awal tahun baharu dengan cara yang sesuai dengan Islam.
Apa-apa perayaan yang bukan keagamaan, Islam tidak menghalang kita meraikannya. Oleh itu kita bukan membuat sambutan untuk menyerupai kaum kafir tetapi kita mahu membendung umat islam mengisi malam tahun baharu mengikut cara mereka. Sudah menjadi kebiasaan sambutan tahun baharu diisi dengan kelalaian dan kelekaan serta banyak juga yang berunsur maksiat. Corak ini mesti diubah. Cara dan sikap ini mesti dimurnikan dengan keindahan untuk membuktikan ianya dibolehkan Islam, tetapi mesti tepat kaedahnya. Inilah antara maksud utama Kerajaan Negeri mahu mengadakan program ini.
Cara ini cara kita, bukan sunnah, juga tiada kaitan dengan ibadat khusus agama kita dan juga penganut agama lain. Jika penganut Kristian mahu menyambut mengikut cara mereka, ianya bebas dan tiada penghinaan serta kritikan buat mereka. Dan untuk itu, sewajarnya, penganut non-Muslim khusus DAP tidak sibuk mempertikaian cara dan kehendak kami. Kami tahu, ada sebahagian mereka bersifat rasis dan cuba memaksa umat Islam berperangai seperti mereka serta asyik mahu mencampuri urusan Muslim. Kami akan mengingatkan umat Islam tentang sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sungguh kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Nabi S.A.W menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Riwayat Muslim)
Kerajaan negeri juga berhasrat untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu dan hari Sabtu pula untuk keluarga. Rakyat yang berilmu adalah tunggak kepada kerajaan yang terbaik. Kami memerlukan rakyat dan rakyat memerlukan kami. Kita semua ada tanggungjawab kepada Allah dan manusia, ‘Hablun Minallah, Hablun Minanaas’. Oleh itu kedua-dua hari ini adalah penting bagi rakyat mengisinya dengan hal yang sepatutnya kepada Allah dan keluarga supaya hidup kita lebih bermakna dan gembira.
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, 
Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu
22 Rabiulakhir 1440/30 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 30/12/2018  

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/9253-terengganu-sambut-tahun-baharu-acuan-islam

Siapa kata PAS rasis dan anti agama?

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti rasis.
Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012. Saya telah membantu PAS Sabah dalam gerak kerja pilihan raya ke-13 dan ke-14.
Saya menjadi ahli dalam PAS ini dengan kesedaran dan secara sukarela apabila melihat semua pimpinan dan negeri yang pernah diperintah oleh PAS tidak pernah terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Saya, walaupun berbeza agama dengan mereka, langsung mereka tidak pernah menyuruh saya memeluk Islam. Malah saya berbangga dengan semua ahli PAS kerana mereka mempunyai akhlak sangat baik.
Dalam mana-mana program yang mereka adakan, sembahyang mereka tidak pernah lupakan.
Malah PAS Sabah bersama-sama dengan DHPP Sabah pernah menganjurkan Sambutan Pesta Kaamatan dengan cara yang sangat harmoni. Dalam program tersebut kami memperagakan pakaian pelbagai kaum di Sabah.
Saya dengan ikhlas hati mengatakan sangat berbangga berada di bawah organisasi PAS dan saya berdoa supaya saya kekal dalam parti ini.
Saya beranggapan PAS merupakan parti masa depan yang sepatutnya menjadi pemerintah Malaysia. Hanya orang yang tidak kenal dengan PAS secara dekat sahaja yang akan membuat tuduhan melulu kepada PAS dan Presiden PAS.

SATAIL MAJUNGKAT adalah Pengerusi, Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah.
https://www.malaysiakini.com/letters/458007

Perwakilan Bersatu cadang Dr M kekal PM hingga PRU15

Salah seorang perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mencadangkan agar jawatan perdana menteri yang disandang Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15. 
Menurut sumber, cadangan itu dibuat perwakilan Kelantan, Zulkifli Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar presiden parti, Muhyiddin Yassin.
"Ada orang cadang, tak adalah sampai lapan perwakilan yang cadang, tapi pertama sekali yang keluar daripada Kelantan.
"Ini kumpulan orang lama yang cadangkan," kata sumber itu kepada pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Untuk rekod, Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini dinamakan sebagai individu yang akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.
Cadangan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal berikutnya juga pernah dibangkitkan sebelum ini oleh Bersatu Setiawangsa.
Bagaimanapun, pada 3 Nov lalu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar selepas dua tahun.
Sementara itu, bagi usul hari ini, ia disahkan oleh salah seorang Majlis Kepimpinan Tertinggi Bersatu yang enggan namanya didedahkan.
Beliau juga mengulangi pendirian Bersatu untuk menyokong peralihan kuasa yang telah dipersetujui sejak penubuhan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/458207

Jutaan kelapa tempatan tak laku!

GEORGE TOWN: Kelapa tempatan terbiar di ladang-ladang dan gudang-gudang di negara ini, berikutan kelapa yang diimport dari negara-negara jiran menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana harganya lebih murah.
Keadaan itu mencetuskan bantahan dalam kalangan pembekal kelapa tempatan kerana mereka perlu menghabiskan stok sebelum buahnya rosak atau bercambah.
Seorang pembekal A. Anbarasan, 64, berkata, ini adalah kali pertama perkara sedemikian berlaku sejak dia menceburi perniagaan itu 27 tahun lalu.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––
"Tahun ini sahaja, jualan kelapa merosot lebih daripada tiga kali.
"Biasanya, saya boleh mengedar secara purata 350,000 biji kelapa sebulan, tetapi sekarang saya hanya boleh jual antara 100,000 dan 120,000 biji sebulan sejak April.
"Di Perak sahaja, saya mempunyai kira-kira 70,000 biji yang disimpan di Sitiawan dan kira-kira 300,000 perlu dicabut sabutnya di ladang di Bagan Datuk," katanya dalam satu temuramah.

Anbarasan menganggarkan "beberapa juta" kelapa tidak dijual kerana ramai pembekal di negeri lain mengatakan mereka mengalami nasib yang sama.
Anbarasan, yang juga menjual kelapa segar di dua kedai di Jalan Penaga dan Jalan Abu Siti di Pulau Pinang, percaya pasaran dibanjiri kelapa murah dari Indonesia dan Thailand, sehingga menyebabkan lebihan bekalan di pasaran tempatan.

"Perladangan tempatan kita menghasilkan kelapa yang cukup untuk pengguna. Tetapi kerana yang tempatan lebih berkualiti, harganya lebih mahal. Dan pengguna hanya mahu mendapatkan kelapa murah," katanya.
Anbarasan berkata, harga pasaran bagi kelapa Malaysia adalah antara RM1.20 dan RM1.50 sebiji, tetapi kelapa dari Indonesia boleh mencapai serendah 80 sen sehingga RM1 sebiji.

"Jika anda mengimport kelapa dari Indonesia, satu tan atau kira-kira 1,000 buah kelapa hanya berharga RM550, atau 55 sen sebiji," katanya.
Anbarasan dan isterinya, P. Sarasvathy, 60, yang membantu menjual minuman kelapa di Lorong Abu Siti, menggesa kerajaan untuk meneliti perkara tersebut secara serius dan menghentikan kelapa import bagi menjamin industri kelapa tempatan.
Seorang lagi pembekal kelapa, A. Loganathan, 49, di Lorong Selamat, juga berhadapan dengan kesuntukan masa.

"Saya mempunyai lebih 200,000 kepala di pokok dan hanya kira-kira sebulan saja lagi tinggal untuk memetiknya.
"Susah nak jual sekarang ni. Bila kelapa-kelapa ini sudah bercambah, ia tidak boleh dijual kerana susunya hanya sesuai untuk penghasilan minyak," katanya, sambil menambah bahawa kelapa tidak dipetik terlebih dahulu bagi menjaga kesegarannya.
Loganathan yang berkecimpung dalam perniagaan ini selama 25 tahun berkata, dia kecewa ramai pembeli memilih kelapa dari Indonesia.

"Kualiti kelapa dari Indonesia 'tak berapa ok', tetapi orang kita tidak kisah kerana harganya lebih murah.
"Kalau anda pergi ke pasar, anda boleh lihat kelapa tempatan jauh lebih baik dan lebih banyak air," katanya. - The Star

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/12/27/kelapa-tak-terjual/#BycHPqWgIbHHeT81.99

Thursday, December 27, 2018

Shahidan kongsi formula Dr M kekal berkuasa tanpa PKR, DAP

Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim berpandangan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan dapat mengekalkan kuasa sekiranya DAP dan PKR keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Bekas menteri besar itu berkata, Dr Mahathir boleh terus memerintah dengan sokongan parti Melayu dan bumiputera.
“Kalau DAP dan PKR keluar (PH) maka perdana menteri boleh memerintah dengan sokongan parti Melayu dan bumiputera.
“129 kerusi dan sekiranya 20 kerusi PKR keluar maka PM tetap akan dpt 149 atau dua pertiga majoriti. (Jadi) Perdana menteri dah cukup kuat,” tulisnya di Facebook.
Jumlah 129 yang diberikan Shahidan itu adalah berdasarkan 221 kerusi parlimen (tanpa mengira Cameron Highland) yang ditolak dengan 50 kerusi PKR dan 42 kerusi DAP.
Sejak pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, seramai 16 orang MP telah keluar Umno dan 12 yang menjadi wakil rakyat bebas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pakatan Harapan (PH) kini berbaki 29 lagi kerusi untuk meraih majoriti dua pertiga di parlimen.
Setakat ini, parti komponen PH yang terdiri daripada Bersatu, Amanah, PKR dan DAP menguasai 119 daripada 222 kerusi parlimen, sementara 9 dipegang Warisan yang merupakan rakan sekutu mereka.
Manakala kedudukan Umno dan PAS pula masing-masing 38 dan 18.
Justeru, Anggota Parlimen Arau itu berkata, Dr Mahathir juga boleh menggabungkan semua parti tanpa adanya pembangkang.
“Kehebatan perdana terletak pada usaha satukan Melayu bumiputera, (orang) bukan Melayu akan hormat pada kesatuan Melayu bumiputera yang kuat.
“Bukan Melayu sudah bersatu dengan majoriti yang berada dalam DAP,” katanya lagi.
Bekas Pengerusi Umno Perlis itu turut mengakhiri tulisan itu dengan berkata: “Siapa perdana menteri selepas Dr Mahathir akan dibentang nanti,” katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/457850

Kementerian siasat KFC dan McDonalds

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dilapor akan membuat pemeriksaan terhadap KFC selepas dakwaan tular mendakwa harga makananya naik.
Satu lagi rangkaian restoran makanan segera McDonalds akan turut disiasat selepas Astro Awani melaporkan tinjauannya turut mendapati harga makanan di restoran itu juga meningkat.
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, bermula hari ini pegawainya telah mulakan pemeriksaan terhadap restoran KFC.
“Kita dah mulakan siasatan dan pagi ini, pegawai saya telah mula mendapatkan maklumat daripada KFC, kenapa naik harga,” beliau dipetik berkata ketika dihubungi Astro Awanihari ini.
Menjawab soalan Malaysiakini, QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik KFC, semalam berkata sejak bulan ini, harga yang dipaparkan mereka termasuk enam peratus SST.
KFC juga menjelaskan penyelarasan harga dibuat untuk memastikan mereka terus memberikan kualiti yang sama tanpa perlu berkompromi.
Dalam kenyataan lain hari ini, QSR Brands bagaimanapun berkata kenyataannya berhubung penyelarasan harga produk jualannya telah disalah tafsir.
Kata KFC, penyelarasan harga tidak mempunyai kaitan dengan SST, kerana kadar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini juga dikenakan pada pelanggan mereka.
https://www.malaysiakini.com/news/457853

Warkah Cordova, cinta politik 3 segi?

SHAH ALAM - Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah Anwar dikirim secara terbuka melalui media sosial oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid diolah netizen dengan pelbagai sudut sehingga menarik perhatian ramai penggiat politik.

Salah seorangnya, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan beliau dilihat tertarik dengan infografik Warkah dari Cordova yang disunting netizen dari satu drama popular di sebuah stesen televisyen tempatan kemudian mengembangkannya menjadi satu plot drama berkisar politik.

Menurutnya, tiba-tiba sahaja perkataan adinda dan kekanda menjadi popular, bahkan ada satu infografik filem bertajuk Kekanda di Cordova.

“Ada gambar Dr Mujahid berlakon sebagai kekanda, Nurul Izzah sebagai adinda, Anwar (Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai ayahanda, Wan Azizah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai bonda.

“Tidak tahu pula KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar) memegang watak apa, walaupun ada gambar beliau di sebelah Nurul Izzah.

“Betulkah Mujahid bercinta dengn Nurul Izzah sampai tidak tidur malam? atau baru mahu melamar atau memang akan berkahwin?,” katanya melalui perkongsian di Faceboknya hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Puad juga mempunyai kreativitinya sendiri dan mengaitkan apa yang berlaku itu adalah cerita tentang perkahwinan politik semata-mata.

“Saya yakin ia hanya cerita perkahwinan politik. Mujahid risau Nurul Izzah akan bercerai politik daripada PH apabila meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua PKR Pulau Pinang.

“Sebab itu dia mengajak Puteri Reformasi itu berkahwin dengan Amanah. Kenapa Nurul Izzah mahu bercerai politik daripada PH.

“Mungkin dia tidak tahan dengan Pak Mertua dia (Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad) yang cuba membawa ramai lelaki gelandangan (bekas pemimpin Umno) yang tidak ada hala tuju masuk Bersatu,” katanya.

Mohd Puad memberitahu, situasi peletakan jawatan Nurul Izzah dalam PKR telah mengganggu perasaan Anwar dan menjejaskan peluang menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi yang amat risau dengan perceraian politik Nurul Izzah ini sudah tentu yang berlakon watak ayahanda, iaitu Anwar.

“Perceraian itu boleh menyebabkan hubungan dengan besannya (Tun M) renggang dan menjejaskan peluang beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mohd Puad turut mengandaikan tentang peranan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang wajahnya juga ada dalam infografik yang disunting netizen.

“Apa pula peranan KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar)? Mungkin dia mengajak Nurul Izzah berkahwin mutaah dengannya iaitu menubuhkan gagasan 'Anak Muda' yang melangkaui sempadan parti politik.

“Sebab itu dengan pelakon yang sama, ada yang buat filem berjudul “Cinta Tiga Segi”. Marilah kita sama sama menonton filem “Box Office” ini yang akan mula masuk panggung tahun hadapan untuk mengetahui 'endingnya'.

“Mujur watak kekanda tidak dipegang oleh Abang Mat Sabu,” katanya lagi.

Kelmarin, Mujahid yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar ketika dalam perjalanan dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah dan ia tular di media sosial.

Namun, sehingga semalam, Nurul Izzah dilihat mengambil langkah berdiam diri tanpa memberi sebarang maklum balas kepada pertanyaan media yang menghubunginya dan beliau juga dilihat tidak memuat naik sebarang status di media sosial peribadinya.

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/12/warkah-cordova-cinta-politik-3-segi.html