Wednesday, January 31, 2018

Taliban Aktif di 70 Peratus AFGHANISTAN

WASHINGTON: Militan Taliban aktif secara terbuka di 70 peratus daerah di Afghanistan, menguasai sepenuhnya empat peratus daripada negara itu dan menunjukkan kehadiran secara fizikal di 66 peratus wilayah lagi, menurut kajian yang disiarkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Anggaran BBC, yang berkata ia berdasarkan perbualan dengan lebih 1,200 sumber tempatan di semua daerah di negara itu, lebih tinggi berbanding penilaian terkini oleh pasukan antarabangsa diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai kehadiran Taliban.

NATO berkata semalam, Taliban menguasai cuma 44 peratus daripada daerah di negara itu sehingga Oktober 2017.

Afghanistan goyah sejak sembilan hari lalu susulan siri keganasan yang meningkatkan strategi kawalan dan strategi disokong Amerika Syarikat lebih agresif dan terkini untuk mengukuhkan tentera negara itu dalam memerangi Taliban selama 16 tahun.

Bom yang disembunyikan dalam ambulans menggegarkan pusat bandar raya itu dalam membunuh lebih 100 orang, seminggu selepas serangan di Hotel Intercontinental, juga di Kabul, menyebabkan lebih 20 maut, termasuk empat warga AS.

Walaupun BBC mengira 399 daerah, kiraan NATO pula meliputi 407 daerah.

Kajian BBC menyebut, kerajaan Afghanistan mengawal 122 daerah, atau 30 peratus negara itu.
Namun kajian menyatakan itu tidak bererti ia bebas daripada serangan Taliban. - Reuters sumber

Kereta Cat Dog Makin Popular



KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kereta berkepala dua yang menyerupai animasi 'Cat-Dog' tular di serata dunia apabila kemunculannya di sekitar Sukajadi, Bandung berjaya dirakam orang ramai.
Menurut portal berita Detikoto, kereta tersebut direka oleh seorang mekanik Indonesia, Roni Gunawan, yang turut menambah kenderaan tersebut direka bukanlah untuk kegunaan harian.

"Saya memotong dua bahagian kenderaan dan mencantumkan pada bahagian hadapan sahaja.
"Kos penyelenggaraan yang diperlukan untuk memodifikasi kenderaan ini adalah sekitar 60 juta Rupiah (RM17,645)," ujarnya.

Kenderaan ciptaan Roni, 71, dilihat sangat kreatif dan ‘gila’ tambah-tambah lagi belum pernah ada mana-mana individu yang cuba tampil menghasilkan rekaan yang sama.
"Selain memiliki dua nombor plat, kereta itu tetap mengekal dua enjin, dua transmisi dan dua pedal pada bahagian hadapan masing-masing," ujar Roni.

Walau bagaimanapun menurut portal Detikoto yang memetik laporan The Sun, kereta berkenaan telah ditahan oleh polis tempatan kerana tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.

Channel News Asia turut melaporkan seorang anggota polis Indonesia, Hilman Rawalasi mendakwa kereta itu telah melanggar peraturan lalu-lintas termasuk tidak menggunakan lampu isyarat dan lampu keselamatan dengan betul. - UTUSAN ONLINE
  


Kereta Cat-Dog

Pertempuran tentera TURKI, Daesh dan Kurdish

ANKARA 24 Jan. - Sekumpulan sukarelawan asing dilaporkan menyertai militan Kurdis untuk menentang tentera Turki yang menyerang wilayah Afrin, di barat laut Syria.

Sukarelawan yang dipercayai seramai 20 orang terdiri daripada rakyat Britain, Amerika Syarikat (AS), Perancis, Asia, Jerman dan Sepanyol sebelum ini menyertai pihak Kurdis untuk memerangi Daesh.

Ini merupakan satu perubahan ketara dalam pembabitan pihak asing dalam perang di Sy­ria.
Sementara itu, Turki men­dakwa telah membunuh se­ku­rang-kurangnya 260 orang militan Kurdis dan Daesh dalam operasi ketenteraan selama empat hari di wilayah Afrin yang dikuasai etnik Kurdis.
Pada masa yang sama, pentadbiran Ankara menegaskan bahawa mereka tidak mahu berlakunya sebarang pertempuran dengan tentera AS, Rusia atau Syria.

Di sebalik kebimbangan AS dan Perancis tentang tindakan Turki menyerang militan Kurdis yang diterajui Unit Perlin­dungan Rakyat Kurdish (YPG), sekutu AS dalam memerangi penganas Daesh, Turki menegaskan untuk melakukan apa sahaja bagi ke­selamatannya.

Serangan udara dan darat yang dilakukan Turki telah membuka satu barisan baharu dalam perang saudara melibatkan pelbagai pihak di Syria dan mungkin mengancam rancangan AS mewujudkan kestabilan dan membina semula sebahagian besar kawasan di timur laut Syria yang berada di luar kawalan Presiden Bashar al-Assad selepas pentadbiran membantu YPG untuk mengusir militan Daesh.

AS dan Rusia, masing-masing mempunyai pasukan tentera di Syria menyokong pihak-pihak yang bertentangan.

Menurut pegawai kanan pentadbiran Trump yang enggan mendedahkan namanya, Turki menyampaikan maklumat bertentangan tentang skop operasi terbabit.

“Kita perlu melihat bagaimana ia berlaku di lokasi serangan dan kami akan hargai serta menggesa mereka membataskan serangan seberapa mungkin,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Erdogan telah memaklumkan operasi berkenaan kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan menegaskan pihaknya seboleh-bolehnya mahu mengelakkan serangan ke atas orang awam di Afrin.

Presiden Turki itu pada masa sama menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan menegaskan integriti dan kedaulatan Syria perlu dihormati.

Turki menegaskan operasi ketenteraan diselesaikan dengan pantas tetapi jurucakap Erdogan membayangkan kempen yang merentasi sempadan akan berakhir hanya selepas kira-kira 3.5 juta pelarian Syria di Turki dapat kembali ke tanah air mereka dengan selamat. – REUTERS

Kabul Terus Berdarah

BUMI Kabul, ibu negara Afghanistan, memang tidak pernah sunyi daripada peristiwa berdarah, serangan demi serangan yang dilancarkan militan, mengorbankan banyak nyawa.

Serangan ‘bom ambulans’ berdekatan bangunan pejabat delegasi Kesatuan Eropah (EU) beberapa hari lepas meragut lebih 100 orang manakala ratusan yang lain cedera.

Terbaharu semalam, pasukan keselamatan menjadi sasaran seterusnya dalam serangan pengebom bunuh diri berhampiran Universiti Pertahanan Kebangsaan Marshal Fahim di pinggir Kabul, 15 dilaporkan terbunuh termasuk empat militan.

Seminggu sebelumnya, serangan di Hotel Intercontinental menyaksikan korban berpuluh-puluh lagi nyawa.

Siri serangan ini membangkitkan rasa takut berterusan dalam kalangan penduduk selain ada yang sudah putus asa dan bangkit dengan ‘nada marah’ kerana tiada lagi jaminan keselamatan di negara ini.

Malah ada juga yang kebingungan untuk meneruskan hari mendatang, sama ada perlu keluar mencari rezeki dan berdepan pelbagai ancaman, atau duduk sahaja ‘diam-diam’ di dalam rumah.
“Bagaimana kami mahu meneruskan kehidupan? Ke mana lagi hendak pergi selepas ini? Negara ini sudah tiada lagi jaminan keselamatan, tiada lagi kerajaan di sini.”

Demikian persoalan yang membelenggu Mohammad Hanif. Ketika serangan ‘bom ambulans’ yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh beberapa bulan ini, Mohammad berada di kedainya, berhampiran lokasi kejadian.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyifatkan serangan itu sebagai ‘kejam’.
Pada Jun tahun lalu, Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani pernah mengeluarkan amaran terakhir kepada kumpulan militan supaya menghentikan segala serangan keganasan atau berdepan hukuman.
Amaran itu dilaungkannya selepas berlaku insiden pengeboman trak yang mengorbankan lebih 150 orang, juga di Kabul.

Hampir setahun berlalu, penegasan tersebut bagaikan tidak ‘digeruni’ apabila bumi Kabul terus berdepan ancaman keganasan.

Benar kata Mohammad, penduduk Kabul sudah tidak tahu hendak pergi ke mana lagi. Kedamaian dan keamanan yang diidam-idamkan, amat kabur.

Masakan tidak, Kabul sentiasa mencipta liputan berita utama antarabangsa. Liputan ‘berdarah’ yang tiada petanda akan berhenti.- sumber

9 Maut di YAMAN

ADEN 30 Jan. - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan pemisah dan tentera di Aden, lapor sumber tentera.

Lima pejuang pro-pemisah telah dibunuh oleh penembak tepat, manakala empat tentera maut dalam pertempuran selepas kedua-dua pihak mula menggunakan kereta kebal dan meriam pada hari kedua pertempuran di bandar pelabuhan di selatan Yemen itu.-AFP

SAUDI Mahu Sita Lebih 400 Billion Riyal

RIYADH 30 Jan. - Arab Saudi sedang mengatur untuk merampas lebih 400 bilion riyal (RM411 bilion) dalam bentuk penyelesaian kewangan dengan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yang ditahan berhubung operasi membanteras rasuah di negara ini, baru-baru ini.

Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al Mojeb berkata, daripada 381 individu yang ditahan, sebanyak 56 orang masih belum membuat sebarang penyelesaian dan masih ditahan, berkurangan daripada 95 orang minggu lalu.

“Nilai anggaran penyelesaian kes rasuah ketika ini berjumlah 400 bilion riyal (RM411 bilion) mewakili pelbagai jenis aset termasuk hartanah, entiti komersial, keselamatan, wang tunai dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan. - REUTERS

Kublai Khan Gagal Tundukkan Jawa

Tentara Monggol sampai ke Majapahit pada 1 Mac1293. Sebelumnya, mereka mendarat di Tuban, mendirikan perkemahan di tepi Sungai Brantas. Ike Mese mengirim tiga orang perwiranya ke perkampungan baru Majapahit untuk menyampaikan pesan agar Raden Wijaya tunduk dan mengakui kekuasaan Khubilai Khan.

Raden Wijaya akan tunduk kalau Mongol membantunya melawan Jayakatwang dari Gelang-Gelang yang telah membunuh Raja Kertanegara dan menghancurkan Singhasari. Itulah kenapa Raden Wijaya menyingkir ke Majapahit.

Puncaknya, pada 20 Mac 1293, tentera gabungan Raden Wijaya dan Mongol mengepung Jayakatwang. Mereka kucar-kacir dan terjun ke Sungai Brantas. Lebih dari 5.000 pasukan mati terbunuh. Jayakatwang mundur ke istana bersama pengikutnya. Namun, dia berhasil dikepung. Sorenya, dia pun menyerah.

Setelah kemenangan itu, Raden Wijaya minta izin pulang ke Majapahit. Dia beralasan ingin menyiapkan ufti bagi kaisar. Dia pulang dengan dikawal dua perwira dan 200 perajurit. Yang terjadi berikutnya tak pernah diduga tentera Mongol. Raden Wijaya justru berbalik menyerang perajurit Mongol yang mengiringinya. Dia juga menyerang tentera Mongol yang berkhemah di Daha dan Canggu yang tengah berpesta merayakan kemenangan. Mereka berundur ke laut dalam kejaran pasukan Majapahit.

Lagi-lagi, iklim Asia Tenggara rupanya tak pernah bersahabat bagi tentera Mongol. Setelah berhasil menyapu bersih tentera Jayakatwang, mereka tak kuasa bertahan menghadapi pasukan Raden Wijaya. Mereka hanya mampu tinggal selama empat bulan di Jawa. “Pada hakikatnya terik matahari daerah khatulistiwa yang mendorong Raden Wijaya mengusir tentara Tartar dari Jawa,” tulis Slamet Muljana.

Mongol kehilangan 3,000 perajurit. Panglimanya, Shin Bi dan Iki Mese dihukum mati. Mereka gagal menunaikan tugas. Sisanya kembali ke Tiongkok pada 24 April 1293. Dua tahun setelah Kertanegara dihabisi Jayakatwang, Khubilai Khan mati pada 18 Februari 1294. Ambisinya akhirnya tak melulu terpenuhi. sumber

Saturday, January 27, 2018

Patung Barbie Bertudung Diperkenalkan


IBTIHAJ MUHAMMAD memegang anak patung  Barbie yang mempunyai imej dirinya semasa menghadiri majlis A

NEW YORK 14 Nov. – Syarikat Mattel buat pertama kalinya memperkenalkan anak patung Barbie yang bertudung kepala bagi menghargai atlet lawan pedang beragama Islam Amerika Syarikat (AS), Ibtihaj Muhammad.
Ibtihaj merupakan rakyat pertama negara ini menyertai sukan Olimpik 2016 dengan memakai tudung ketika bertanding.
Barbie berpakaian penuh dan bertudung di bawah koleksi ‘Sheroes’ itu akan hanya memasuki pasaran secara dalam talian pada tahun depan.
“Kami amat teruja untuk menghargai @IbtihajMuhammad melalui anak patung Barbie ini. Ibtihaj terus memberi inspirasi kepada golongan wanita seluruh dunia untuk memecah tembok halangan,’’ lapor Mattel menerusi media sosial selain turut menyertakan gambar Ibtihaj memegang anak patung tersebut.
Menerusi laman sesawang miliknya, Mattel memaklumkan, Barbie terbaharu itu merupakan ‘sumber inspirasi kepada kanak-kanak perempuan yang sebelum ini tidak yakin untuk men­yertai acara sukan dan kebudayaan,’ selain berharap anak patung membuktikan bahawa kanak-kanak berkenaan mampu merea­lisasikan impian mereka.
Sementara itu, Ibtihaj, 31, menyifatkan anak patung yang mempunyai imej dirinya merupakan ‘mimpi jadi kenyataan’.
“Terima kasih @Mattel kerana mengumumkan saya sebagai anggota terbaharu dalam keluarga @Barbie#Shero! Saya bangga kerana kanak-kanak perempuan di mana sahaja memilih untuk bermain dengan Barbie yang bertudung,’’ tulisnya melalui Twitter.
Ini bukan merupakan kali pertama Mattel, yang kini menghadapi masalah kewangan, memberi penghargaan kepada atlet sukan Olimpik AS melalui anak patung.
Pada tahun lalu, syarikat itu mengeluarkan anak patung Barbie dengan imej ahli gimnastik Gabby Douglas yang merupakan pemenang keseluruhan individu pada Olimpik London 2012.
Pengumuman terbaharu Mat­tel itu dibuat ketika Jurnal The Wall Street melaporkan pesaingnya, Hasbro bercadang untuk membeli syarikat pengeluar mainan tersebut. – AFP

Trump Ditawarkan Tandas Emas


NEW YORK 26 Jan. - Muzium Guggenheim di New York dilaporkan menolak permintaan Presi­den Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump untuk meminjam hasil se­ni pelukis terkenal, Vincent Van Gogh untuk menghiasi kediamannya di White House sebaliknya menawarkan mangkuk tandas emas sebagai ganti.

MANGKUK tandas emas rekaan artis Itali, Maurizio Cattelan dipamerkan untuk kegunaan awam di Muzium Guggenheim di New York, Amerika Sayrikat sejak tahun 2016. AFP
Menurut akhbar The Washington Post, Ketua kurator muzium berkenaan, Nancy Spector menawarkan Trump mangkuk tandas berkenaan dalam e-mel bertarikh 15 September tahun lalu kepada pegawai pentadbiran White House.
Tawaran itu dibuat sebagai tindak balas kepada permintaan White House untuk meminjam lukisan abad ke-19, Landscape with Snow karya Van Gogh untuk diletakkan di kediaman rasmi Presiden dan wanita pertama yang didiami Trump.
“Saya dukacita memaklumkan bahawa kami tidak dapat meminjamkan lukisan itu kerana ia adalah sebahagian daripada koleksi ‘Thannhauser’ muzium yang dilarang untuk dibawa keluar ke­cuali untuk acara khas sahaja.
“Kami memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan asal anda, bagaimanapun masih berharap agar tawaran istimewa ini menarik minat anda,” katanya.
Mangkuk tandas yang masih berfungsi dengan baik itu direka oleh artis Itali, Maurizio Cattelan dengan salutan emas tulen 18 karat dan diberi nama ‘Amerika’.
Menurut blog Gugenheim, tandas berkenaan dipamerkan pada tahun 2016 di bilik mandi tunggal di muzium itu dan telah digunakan oleh lebih 100,000 pengunjung.
Bagaimanapun, tempoh pa­me­­ran yang tamat memboleh­kan perekanya menawarkan ha­sil kerja tangannya itu kepada White House untuk tempoh yang lama.
“Tandas yang melambangkan kemewahan ini sudah tentu tinggi nilainya dan ia perlu dijaga rapi, bagaimanapun kami akan mela­kukan pemasangan dan memaklumkan kaedah penjagaannya,” lapor The Washington Post memetik e-mel Spector.
Jurucakap Muzium Guggen­heim enggan mengulas berhu­bung laporan The Washington Post itu dan tidak dapat dipastikan sama ada White House menerima tawaran kurator itu.
Trump diketahui amat me­ng­gemari objek bertatah emas dan pada malam sambutan Krismas tahun lalu, beliau dirakam mene­rima panggilan daripada anaknya sambil duduk di atas kerusi emas di sebuah bilik di rumah percutiannya di Florida. sumber
  


Mahathir Gagal Tangani Angan2 Mat Jenin PAS

KANGAR 27 Jan. - Pas menyindir keras Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyifatkan ‘angan-angan Mat Jenin’ itulah parti tersebut semakin kuat sehingga berjaya menawan Kelantan di zaman pemerintahan beliau pada 1990.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, disebabkan angan-angan Mat Jenin itu jugalah Pas masih menguasai Kelantan

sehingga Dr. Mahathir dan pengantinya selepas itu masih tidak berupaya merampas negeri tersebut.
Katanya, meskipun dihina dan diperlekeh oleh bekas Perdana Menteri itu, namun Pas membuktikan parti tersebut semakin kuat dan dihormati seluruh masyarakat.

“Dr. Mahathir mengulangi benda yang sama labelkan Pas sebagai angan-angan Mat Jenin dan Pas membuktikan dengan menang di Kelantan. Kita daripada kosong, diperlekehkan oleh Dr. Mahathir akhirnya Allah bantu berikan kita kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ulang Tahun Ke-9 MATIN di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr. Mahathir bahawa hasrat Pas untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai angan-angan Mat Jenin.


Dalam masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu juga turut mempersendakan hasrat Pas yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya umum akan datang.


Mengulas lanjut, Mohamad Abduh berkata, Pakatan Harapan disifatkan cukup malang kerana mengambil Dr. Mahathir bersama dalam gabungan itu.

“Langkah Pakatan Harapan itu dilihat sebagai langkah terbelakang. Bagaimana hendak bina Malaysia baharu jika ambil Dr. Mahathir bersama,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Mahathir Pernah Hina Nabi

TUMPAT 27 Jan. - Pemimpin Pas menempelak 'sekutu' lamanya, PAN yang bersama Pakatan Harapan diketuai DAP kerana tegar memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri. 

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, hal demikian kerana pelbagai siri penghinaan yang pernah dilafazkan oleh bekas Perdana Menteri itu sewaktu zaman pemerintahannya.

"Satu ketika dahulu , Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa Nabi Muhamad SAW berjanggut dan tidak bercukur kerana dizamannya tiada pisau 'Gillete'. Adakah ini pemimpin pilihan yang diangkat oleh PAN?

"Kita (Pas) sebuah parti yang telah lama perjuangkan Islam selama 28 tahun. Namun, ada parti (PAN) yang berniat menjatuhkan kita pula," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Mega Bangkit Pertahan Tumpat di Pekarangan Pasar Wakaf Bharu , di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penerangan Pas negeri,  Datuk Nasarudin  Daud dan Ketua   Dewan Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari. - UTUSAN ONLINE

Mereka Lari Apabila Ternampak Kami



SUNGAI PETANI: Sikap kakitangan sebuah premis enggan bertegur sapa dengan jiran tetangga di Bandar Utama di sini, terjawab apabila operasinya dibongkar sebagai cawangan syarikat umrah yang dipercayai menjalankan penipuan pakej umrah.

Seorang penduduk, Adilah Amir, 45, berkata syarikat itu menyewa sebuah banglo untuk dijadikan pejabat kira-kira pertengahan tahun lalu.

"Pada awal kedatangan mereka, pemilik syarikat ada bertegur sapa dan mengajak kami mengikuti pakej umrah ditawarkan.

"Bagaimanapun, sekali itu saja mereka menegur, malah pekerja syarikat itu nampak macam cuba melarikan diri setiap kali terserempak dengan kami," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Adilah berkata, penduduk hairan apabila syarikat terbabit menurunkan kain rentang di hadapan banglo itu sejak November lalu.

"Rumah itu ditinggalkan begitu saja tetapi sesekali ada individu datang mengambil barang dan kali terakhir kira-kira dua minggu lalu.

"Tak sangka syarikat itu terbabit dalam kegiatan penipuan pakej umrah.

"Ada beberapa orang datang ke rumah saya dan bertanya mengenai syarikat berkenaan selepas mendapati premisnya kosong tetapi saya katakan tidak tahu," katanya.

Tinjauan BH mendapati banglo itu ditinggalkan terbiar dan ditumbuhi semak-samun, manakala pagarnya dikunci.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan 15 bakal jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipercayai ditipu sebuah agensi umrah.

Mereka tiba dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang selepas dimaklumkan akan berlepas ke Tanah Suci pada jam 7 malam menaiki pesawat Emirates Airlines.

Kumpulan itu hanya menyedari ditipu selepas mendapati nama mereka tiada dalam senarai penumpang penerbangan manakala mutawif dan wakil syarikat tidak menjawab panggilan telefon.
Difahamkan, pakej ditawarkan antara RM7,000 hingga RM8,000 seorang, selain pakej umrah membabitkan beberapa orang untuk keluarga. sumber

6 Kanak2 Maut Terkena Serangan Mortar di AFGHANISTAN

GHAZNI: Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran di bandar Ghazni, berhampiran tengah Afghanistan.

Bagaimanapun, wujud percanggahan apabila pihak berkuasa menyalahkan Taliban, manakala ada sesetengah pihak mengatakan kematian mereka disebabkan serangan udara tentera kerajaan.
Pegawai wilayah berkata, serangan mortar Taliban menyasarkan kawasan perkampungan ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di luar hingga mengorbankan enam daripada mereka dan mencederakan dua yang lain.

"Kanak-kanak bermain di halaman rumah ketika Taliban melancarkan mortar. Serangan itu menyebabkan enam kanak-kanak terbunuh dan dua lagi cedera," kata Ketua Polis Ghazni, Mohammad Zaman.
Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mohammad Radmanish turut menyalahkan Taliban berhubung serangan itu.
"Kami mengesahkan secara jelas ia adalah roket milik tentera musuh," katanya. - Reuters sumber

Mahathir : Kospirasi Yahudi di Asia Bermula di CHINA

Sebuah buku bestseller di Cina “The Currency War” menggambarkan bagaimana Yahudi menguasai dunia dengan memanipulasi sistem kewangan dunia. Buku ini dibaca dalam kalangan politik elit pemerintahan Cina.

Konsiprasi Yahudi di Asia sudah menjadi lagu lama. Jepun sudah lama terperangah dengan buku-buku seperti “To Watch Jews Is to See the World Clearly,” “The Next Ten Years: How to Get an Inside View of the Jewish Protocols,” and “I’d Like to Apologize to the Japanese: A Jewish Elder’s Confession.” Semua buku ini sebenarnya merupakan variasi dari “The Protocols of the Elders of Zion.”

Cina sejak lama mengadopsi cara moden Jepun. Mungkin inilah gambaran bagaimana konspirasi Yahudi berlangsung selama ini. Mantan PM Malaysia, Mahathir Mohammad mengatakan, “Yahudi menguasai dunia dengan kuasa penuh. Mereka membuat orang berkelahi satu sama lain, dan saling bunuh.” Dan Yahudi selalu saja menyetir semua negara di dunia, terutama AS.

Khusus Mahathir, solidariti Islam di negaranya mungkin kuat. Tapi di negara lain, tidak. Tak ada satupun orang Cina atau Jepun pernah menyalahkan Yahudi atas pembunuhan anak-anak di Passover. Salah satu yang membuat mereka bersikap seperti itu kerana mereka tidak pernah melihat orang Yahudi di negara meeka, kecuali jika mereka pergi ke luar negeri.

Jadi apa yang bisa membuktikan konspirasi Yahudi? Jawabannya adalah politik. Jepun bukan lagi masyarakat yang tertutup, bahkan orang yang hanya sedikit tahu tentang demokrasi pun sedar bahawa masyarakat Jepun merupakan korban sebuah kekuasaan yang tak terlihat.

Jepun memang tak pernah secara rasmi terjajah, tapi pernah merasakan dominasi Barat, setidaknya pada dekad 1850-an, ketika AS pertama kali menjejakkan kakinya di perbatasan mereka. Sementara Cina, telah lama menderita kerana Yahudi yang menetap di Barat. Cina dikeluarkan tanpa ampun dari berbagai pengakuan dan perdagangan internasional. Mereka juga tidak pernah dianggap ketika berhasil menjadi negara yang banyak menciptakan wang. Tapi ketika sedikit saja ada yang salah, orang Cina disalahkan, bahkan menuduhnya sebagai komunis. Namun, orang Cina adalah orang-orang yang pintar. Tidak seperti orang Jepun yang terus-terusan menghiba kepada Zionis (Jepun dapat mengalahkan Rusia setelah Yahudi turut campur).

Sepanjang Perang Dunia II, ketika Jerman meminta Jepun untuk menyerahkan bangsa Yahudi, negara Matahari Terbit itu setiap malam mengadakan jamuan makan malam dengan Yahudi. Yahudi lari ke Shanghai, dan bersembunyi aman dalam lindungan Jepun. Sampai sekarang, konspirasi Yahudi bermula dari sini (Shanghai) (sa/jp) sumber

Audio Syarahan Risalah Qudsiyyah Imam Al-Ghazali (4 siri- Tamat)

RISALAH QUDSIYYAH bah. 1
https://www.youtube.com/watch?v=i_oH6eNvu9E&t=34s

RISALAH QUDSIYYAH bah. 2
https://www.youtube.com/watch?v=E72e2Jkt-6E&t=11s

RISALAH QUDSIYYAH bah. 3
https://www.youtube.com/watch?v=fLoRW0vqFsA&t=2s

RISALAH QUDSIYYAH bah. 4 (Tamat)
https://www.youtube.com/watch?v=QSJgJIcTeeE&t=19s

Sunday, January 7, 2018

Pentagon Akui Biaya Program Siasat UFO

Menurut Jabatan Pertahanan, program itu bagaimanapun te­lah berakhir pada 2012 namun akhbar New York Times melaporkan ia masih berjalan.

“Program itu dihentikan bagi memberikan keutamaan kepada pembiayaan lain dan adalah atas kepentingan Jabatan Pertahanan untuk membuat perubahan.

PENTAGON mengaku menjalankan program menyiasat UFO secara rahsia

“Kami mengambil kira semua bentuk ancaman dan potensi ancaman kepada rakyat, aset serta misi selain mengambil tindakan sekiranya terdapat maklumat yang boleh dipercayai,” kata Jabatan Pertahanan dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Para pegawai Pentagon dikatakan masih menyiasat kejadian UFO selepas menerima laporan daripada anggota tentera AS.

Tambah laporan New York Times, program dikenali sebagai Advanced Aviation Threat Identification itu dijalankan dari 2007 hingga 2012.

Program terbabit dikatakan meneliti dokumen memperlihatkan UFO yang bergerak pantas tanpa sebarang kesan dan video pertemuan objek tersebut dengan pesawat ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, New York Times me­laporkan program berkenaan pada mulanya dibiayai atas permintaan bekas Senator Harry Reid, yang juga merupakan pe­minat angkasa lepas. – AFP sumber

Gaji Kakitangan Awam SAUDI Dinaikkan

RIYADH: Raja Salman mengarahkan bayaran gaji bulanan kakitangan awam dinaikkan sehingga 1,000 riyal (RM1,067) tahun depan sebagai pampasan kepada peningkatan kos hidup selepas kerajaan menaikkan harga minyak dan memperkenalkan cukai nilai tambahan (VAT).

Dalam perintah diraja yang disiarkan media tempatan, Raja Salman juga mengarahkan bayaran 5,000 riyal kepada anggota tentera yang berkhidmat di barisan depan di Yaman. - Reuters sumber

Gadis PALESTIN Tampar Askar Israel Dibebaskan

NABI SALEH : Seorang wanita Palestin yang didakwa menyerang seorang tentera Israel di Tebing Barat dibebaskan dengan ikat jamin, awal pagi semalam.

Nour Tamimi, 20 dibebaskan dari penjara tentera selepas mahkamah menolak rayuan pendakwa untuk tidak membebaskan beliau.

Bapanya, Naji Tamimi berkata anaknya dibenarkan pulang ke kampungnya di sini selepas membayar ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,792) dengan seorang penjamin.

Peguamnya, Gaby Lasky berkata, penjamin itu mengesahkan bahawa Nour akan hadir pada prosiding mahkamah yang dijangka bermula 12 Februari nanti.

Gadis itu ditahan 20 Disember lalu, sehari selepas penahanan sepupunya, Ahed Tamimi, 16 apabila video mereka menyerang tentera Israel yang sedang bertugas di Tebing Barat tular di internet.
Ahed dan ibunya, Nariman Tamimi bagaimanapun masih berada dalam tahanan.

Kepulangan Nour disambut meriah oleh ahli keluarga dan Gabenor Ramallah, Laila Ghanam. - AFP sumber

Saturday, January 6, 2018

THAILAND Larang Putihkan Zakar Guna Laser

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand melarang penggunaan kaedah laser bagi rawatan pemutihan kulit alat kelamin yang kini menjadi kegilaan dalam kalangan remaja di negara itu.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Dr Thongchai Keeratihuttayakorn, berkata rawatan itu mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

"Kulit di bahagian alat sulit adalah sensitif. Rawatan laser boleh menyebabkan iritasi, alergi dan keradangan.

"Apa akan jadi jika kulit anda menjadi berbintik-bintik," beliau dipetik oleh media tempatan hari ini.
Beliau akan meminta Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara itu memeriksa peralatan yang digunakan dalam perkhidmatan rawatan laser dan sama ada ia diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan sebelum dilaksanakan.

Menurut Keeratihuttayakorn, penyedia perkhidmatan itu berdepan hukuman jika peralatan yang digunakan dalam rawatan tidak mendapat kelulusan sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan.
Beliau mengulas laporan media mengenai trend terkini dalam kalangan remaja lelaki di Thailand menggunakan kaedah rawatan laser untuk mencerahkan kulit alat sulit mereka.

Menurut sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan itu, kira-kita 100 remaja lelaki datang ke hospital setiap bulan untuk menjalani rawatan pemutihan menggunakan laser yang kosnya ialah kira-kira AS$650 untuk lima sesi rawatan. - BERNAMA sumber

11 Putera SAUDI Ditangkap

RIYADH: Seramai 11 putera Arab Saudi ditahan pihak berkuasa selepas didapati berkumpul di istana raja di sini, bagi membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menggantung pembayaran bil utiliti mereka.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi enggan mengulas mengenai laporan media tempatan negara itu.

Arab Saudi yang juga pengeksport minyak terbesar dunia, sudah melaksanakan pelbagai pembaharuan, termasuk memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT), memotong peruntukan subsidi, selain perbelanjaan kepada ahli keluarga diraja.

Langkah itu diambil susulan penurunan harga minyak mentah, yang menyebabkan negara itu dilanda bajet defisit tahun ini dianggarkan sebanyak 195 bilion riyal (RM207.85 bilion).

Sementara itu, laman web berita dalam talian, sabq.org melaporkan, semua putera terbabit berkumpul di istana, Qasr a-Hokm bagi mendesak pembatalan perintah diraja yang dikeluarkan sebelum ini.
Perintah itu mengarahkan supaya pembayaran bil elektrik dan air kepada semua ahli keluarga diraja dihentikan.

Selain itu, sabq.org turut melaporkan bahawa semua putera itu menuntut bayaran pampasan terhadap hukuman mati yang dikenakan terhadap seorang ahli keluarga mereka.

"Mereka sudah dimaklumkan mengenai kesilapan dalam tuntutan itu, tetapi mereka enggan meninggalkan Qasr al-Hokm.

"Berikutan itu, satu arahan diraja dikeluarkan kepada pengawal diraja untuk campur tangan dan semua putera itu ditahan.

"Mereka kini ditempatkan di penjara al-Hayer sebelum dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan," lapor sabq.org yang memetik sumber.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan identiti semua putera itu tetapi ia diketuai individu dengan tanda nama S.A.S. - Reuters sumber