Saturday, March 31, 2018

ANGOLA Larang Agama Islam



Angola, sebuah negara di Afrika menjadi negara pertama yang secara rasmi melaksanakan pelarangan terhadap agama Islam.

Masjid menjadi bangunan yang terlarang, kitab suci al-Quran menjadi sekadar “buku” yang dilarang keberadaannya, solat, puasa ramadhan, dan semua yang berbau Islam menjadi terlarang keras.

President Angola Jose Eduardo dos mendukung penuh pelarangan ini tanpa mempertimbangkan asas kebebasan memeluk agama bagi rakyatnya.

”Inilah akhir pengaruh Islam di negara kami,” ujarnya seperti disiarkan dari Morroco News.

Presiden menetapkan pelarangan Islam melalui Menteri budaya, Rosa Cruz e Silva yang akan mengumumkan secara langsung. Menurut Silva, agama Islam memang belum mendapatkan izin dari pemerintahannya. ”Proses legalisasi Islam tidak disetujui oleh Kementerian kehakiman dan HAM. Masjid mereka akan segera ditutup,” katanya.

Silva mengatakan pelarangan Islam bukan tanpa pertimbangan. Menurutnya Islam tidak sejalan dengan adat istiadat dan budaya masyarakat Angola, tanpa merinci budaya apa yang dimaksud.
Proses pelarangan eksistensi Islam di Angola diyakini bukan tanpa sebab dan tanpa proses panjang.

Mungkin ada banyak sebab, dan mungkin pula salah satunya adalah “serbuan investor dan pekerja negara Negara Komunis RRC” ke Angola yang sudah dilakukan beberapa tahun lalu. Hal ini menjadi perbincangan di dunia internasional. [kk/kf]

Israel Guna 100 Penembak Tepat

BAITULMAQDIS: Tentera Israel menempatkan lebih 100 penembak tepat di sempadan Gaza menjelang demonstrasi besar-besaran oleh penduduk Palestin berhampiran sempadan.

Penganjur berharap ribuan penduduk Gaza akan menyahut seruan mengadakan bantahan, bermula Jumaat ini, ke kawasan di lima lokasi sepanjang sempadan sensitif itu dalam tunjuk perasaan enam minggu menuntut dikembalikan hak pelarian Palestin untuk pulaMerujuk kebimbangan mengenai keselamatan, tentera Israel menguat kuasakan zon 'larang masuk' bagi penduduk Palestin di Gaza yang bersebelahan dengan pagar sempadan Israel.

Ketua Turus Tentera Israel, Leftenan Jeneral Gadi Eizenkot, memberitahu akhbar Yedioth Ahronoth, tentera tidak membenarkan 'penyusupan besar-besaran' atau kerosakan kepada penghadang ketika bantahan.

"Kami menempatkan lebih 100 penembak tepat yang dipanggil daripada semua unit tentera, terutama pasukan khas.

"Jika ada nyawa dalam bahaya, mereka dibenarkan melepaskan tembakan," kata Eizenkot dalam temubual.

Penganjur berkata, bantahan itu disokong beberapa pertubuhan Palestin termasuk Hamas yang mahu memusnahkan Israel.

Permulaan demonstrasi dikaitkan secara simbolik dengan apa yang digelar Palestin sebagai Hari Bumi, mengingati enam penduduk Arab yang dibunuh tentera Israel dalam demonstrasi pada 1976 berhubung rampasan tanah. - Reuters sumber

Bantahan Berdarah PALESTIN

GAZA CITY 30 Mac - Sekurang-kurang­nya tujuh maut dan lebih 550 rakyat Palestin ce­dera akibat tembakan peluru hidup tentera regim Yahudi ketika beribu-ribu mereka bergerak ke sempadan Israel untuk memulakan bantahan besar-besaran mereka.

Laporan menyebut puluhan ribu rakyat Palestin melakukan bantahan ‘The Great Return March’ termasuk wanita dan kanak-kanak.
Bantahan itu dijangka berlangsung selama lebih enam minggu sehingga tarikh bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) baharu dirasmikan di Baitulmuqaddis pada 14 Mei ini.

Penunjuk perasaan mahu beratus ribu rakyat Palestin yang melarikan diri atau disingkirkan ketika perang untuk membentuk negara Israel pada 1948 dibenarkan pulang.

Perasmian kedutaan AS bertepatan dengan ulang tahun penubuhan Israel dijangka akan menyemarakkan lagi ketenga­ngan yang ada. 

Dalam bantahan itu, terdapat sebilangan kecil penduduk menghampiri sempadan yang dikawal ketat dalam jarak beberapa ratus meter dan dihalang oleh tentera Israel menggunakan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup. 

Rejim Zionis sebelum ini dilaporkan telah mengerahkan askarnya agar bersiap sedia di sepanjang sempadan, termasuk menempatkan lebih 100 penembak tepat khas kerana khuatir penunjuk perasaan cuba memecahkan pagar keselamatan.

Sementara itu. tentera Israel melaporkan seramai 17,000 penduduk Palestin merusuh di enam buah tempat’ sepanjang pagar keselamatan di Semenanjung Gaza.

Sebelum bermulanya bantahan itu, seorang petani Palestin maut akibat bedilan kereta kebal Israel dekat sempadan Israel.

Dalam perkembangan lain, Pejabat Presiden Palestin, Mah­moud Abbas mengutuk ke­nyataan Duta AS ke Israel, David Friedman yang disifatkan sebagai mencampuri hal ehwal dalaman Palestin.
Friedman dilaporkan menghantar mesej ugutan kepada Mahmoud bahawa sekiranya beliau enggan mengadakan rundi­ngan damai dengan Israel, Wa­shington akan mencari pengganti lain yang sesuai bagi menjalankan rundingan.– Agensi

12 Maut 1000 Cedera di PALESTIN

GAZA CITY 31 Mac - Sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel dan kira-kira 1,000 lagi cedera dalam bantahan besar-besaran di sempadan Gaza-Israel, semalam.
Beribu-ribu penduduk Palestin berkumpul di lima lokasi dengan membina khemah di sepanjang sempadan berkenaan dalam bantahan yang dijangka berlarutan selama enam minggu.
Pegawai perubatan Palestin berkata, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah terhadap penduduk Palestin selain melepaskan gas pemedih mata.
Dua lelaki Palestin terbunuh akibat tembakan daripada kereta kebal tentera zionis itu dan sekurang-kurangnya 400 cedera akibat ditembak menggunakan peluru hidup manakala yang lain cedera akibat ditembak dengan peluru getah atau gas pemedih mata. - AFP

Thursday, March 29, 2018

Ben Salman : Barat yang Minta Wahhabi Disebarkan

Penyebaran Wahhabisme atau  fahaman Wahhabi yang didanai oleh Saudi dimulai sejak negara-negara Barat meminta Riyadh untuk membantu melawan Uni Soviet dalam Perang Dingin, kata Putera Mahkota Muhammad bin Salman kepada Washington Post, Khamis (29/3).



Berbicara kepada akhbar itu, Putera Mahkota Raja Salman mengatakan bahawa sekutu Barat mendesak Saudi Arabia  untuk berinvestasi di masjid dan madrasah di luar negara selama Perang Dingin, dalam usaha untuk mencegah perambahan di negara-negara Muslim oleh Uni Soviet.

Bin Salman juga mengatakan bahawa pendanaan aktiviti itu kebanyakannya berasal daripada beberapa “yayasan” yang berbasis di Saudi, dan bukan dari pemerintah.

Wawancara 75 minit putera mahkota itu dengan Washington Post berlangsung pada 22 Mac, ketika hari terakhir dari tournya di AS. Topik diskusi lain yang diangkat oleh media AS adalah bahawa Bin Salman mengatakan dia sangat dekat dengan penasihat utama Rumah Putih, Jared Kushner. (kl/aktual)

sumber

Pembaharuan SAUDI Sekadar Publisiti

Share
LONDON: Pembaharuan dilaksanakan Arab Saudi yang mendapat pujian meluas cuma publisiti bertujuan melindungi rekod hak negara itu dan 'tidak berjaya memperbodohkan sesiapa', kata Amnesty International hari ini.

Arab Saudi, sekutu utama Amerika Syarikat dan pengeksport utama minyak dunia, mula mengendurkan dasar konservatif melampaunya susulan pelantikan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, 32, sebagai pewaris takhta.

"Usaha publisiti Arab Saudi untuk memulihkan semula imej, yang dirosakkan dengan kekerasan ke atas kebebasan bersuara dan pengeboman di Yaman, tidak memperbodohkan sesiapa," kata Amnesty dalam kenyataan.

Negara itu melancarkan rombakan imej besar-besaran, menarik balik larangan ke atas hiburan termasuk pawagam, pesta muzik dan pelancongan, dan membataskan sekatan terhadap wanita.
Kumpulan hak beribu pejabat di London itu menerbitkan pratonton iklan olok-olok tugasan perhubungan awam, yang dijangka disiarkan dalam The Economist dan beberapa media Belanda esok.

Ia memaparkan gambar aksi memenggal kepala dan keterangan gambar: "Jika ini caranya negara anda menunjukkan keadilan, anda memang amat perlukan agensi perhubungan awam yang baik."
Amnesty menunjukkan dengan jelas Putera Mohammed dalam kritikannya mengenai perubahan dasar negara itu sejak sembilan bulan lalu.

"Putera Mahkota dilihat sebagai pembawa pembaharuan tetapi kekerasan terhadap pembangkang di negaranya semakin meningkat sejak pelantikan beliau Jun lalu.

"Agensi perhubungan awam terbaik dunia tidak dapat menjernihkan rekod hak asasi manusia Arab Saudi yang teruk," kata Pengarah Kempen Amnesty International di Asia Barat, Samah Hadid. - AFP sumber

Pembunuh di Masjid Quebec Mengaku Bersalah


OTTAWA 29 Mac - Seorang lelaki Kanada mengaku bersalah semalam terhadap pertuduhan membunuh enam jemaah Islam di sebuah masjid dekat Quebec, tahun lalu.

Dalam kejadian pada 29 Januari 2017 itu yang turut mengakibatkan lebih 30 orang cedera merupakan satu daripada serangan terburuk ke atas rumah ibadah Islam di Barat.

Alexandre Bissonnette, 28, pada awalnya mengaku tidak bersalah atas nasihat peguamnya sebelum dia mengubah fikiran.

"Saya memutuskan untuk mengaku bersalah atas semua pertuduhan bagi mengelak keluarga mangsa daripada terus mengingati tragedi itu," katanya yang turut berdepan enam pertuduhan cubaan membunuh. - AFP

ALEXANDRE BOISSONNETTE

As-Sisi Menang Pilihanraya Presiden MESIR

KAHERAH 29 Mac - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengesahkan kedudukannya untuk dipilih semula bagi penggal kedua selepas meraih 92 peratus kiraan undi dalam pilihan raya Presiden.

Kira-kira 23 juta daripada 60 juta pengundi berdaftar keluar mengundi dalam tiga hari pengundian yang berakhir semalam.

Abdel Fattah dipilih pada penggal pertama 2014 selepas tentera melumpuhan Presiden Mohamed Mursi berikutan bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya. - AFP

Tuesday, March 27, 2018

Kapal Selam Nuklear AS Penyebab Tsunami Acheh?




Di dunia konspirasi global, baik para pakar, peneliti dan para pemerhatinya masih meyakini dan mengesyaki bahwa tsunami di Aceh yang dikatakan akibat gempa bumi Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 silam bukanlah alami, namun akibat tangan manusia.

Sebahagian dari mereka juga masih meyakini, bahawa tragedi itu dibuat oleh Amerika Syarikat dengan bantuan menggunakan sebuah kapal selam kedua terbesar yang dimiliki AS, iaitu kapal selam USS Jimmy Carter (SSN-23).

USS Jimmy Carter, kapal selam khusus misi sangat rahasia

USS Jimmy Carter (code: SSN-23) adalah kapal selam bertenaga nukearr terbesar dan tercepat yang dimiliki Amerika Syarikat. Konstruksi dan kemampuan kapal selam ini sangat rahsia yang dijaga ketat, apalagi misinya yang jauh lebih rahsia dan juga dijaga lebih ketat.

Selain itu, USS Jimmy Carter adalah kapal selam jenis serangan cepat atau fast attack submarinedari kelas Seawolf yang ketiga dan sekaligus yang terakhir atau satu-satunya yang masih dimiliki AS, karena dua lainnya sudah diberhentikan.

Dalam inventaris Angkatan Laut AS, kapal ini dapat melaju dengan kecepatan 40 knot pada kedalaman yang luar biasa, dan merupakan kapal selam nukearr yang paling tenang tak bersuara.
Kapal selam ini memang dibuat dan dimodifikasi secara khusus sebagai kapal selam jenis pengawas, pengintai  dan senyap tersamar atau clandestine and surveillance submarine. Kemampuan tersebut sangat cocok untuk operasi spionase dan juga untuk membuat sabotaj.
Halaman selanjutnya →

Himpunan Tahunan Ikhwan Tariqah Ghazaliyah



Hampir Setengah Juta Kanak2 YAMAN Tercicir Persekolahan

SANAA: Hampir setengah juta kanak-kanak Yaman tercicir daripada sekolah sejak 2015 ketika Arab Saudi dan sekutunya campur tangan dalam perang saudara negara itu, kata Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), hari ini.

UNICEF berkata, keadaan itu menjadikan jumlah kanak-kanak tidak mendapat pendidikan mencapai dua juta orang dan semakin ramai direkrut untuk berperang.

"Seluruh generasi kanak-kanak di Yaman berdepan masa depan suram kerana capaian terhad pendidikan atau tiada langsung.

"Perjalanan ke sekolah juga menjadi berbahaya kerana kanak-kanak berdepan risiko dibunuh.
"Bimbang keselamatan anak-anak mereka menyebabkan kebanyakan ibu bapa memilih membiarkan anak mereka tinggal di rumah.

Kekurangan capaian pendidikan menjurus kanak-kanak dan keluarga terdedah kepada pilihan berbahaya, termasuk perkahwinan awal, buruh kanak-kanak dan direkrut untuk berperang," kata wakil UNICEF Yaman, Meritxell Relano.

UNICEF berkata, sekurang-kurangnya 2,419 kanak-kanak direkrut oleh kumpulan bersenjata sejak 2015. -AFP

 sumber

TURKI Bertegas Mahu Sertai EU

VARNA, BULGARIA 26 Mac - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas mahu negaranya menyertai Kesatuan Eropah (EU) menjelang sidang kemuncak pertubuhan itu yang dijangka `panas’ dengan pemimpin-pemimpin EU cuba untuk memperbaiki hubungan yang retak.

Presiden EU, Donald Tusk dan Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker akan mengadakan perbincangan dengan Erdogan di sebuah pusat peranginan di sini berhubung masalah yang timbul.

Topik utama agenda tersebut termasuklah serbuan kerajaan Turki selepas kegagalan rampasan kuasa tentera pada Julai 2016, tuntutan Ankara terhadap penghapusan visa dan keanggotaan EU. - AFP

SAUDI Pintas 7 Serangan Peluru Berpandu

RIYADH 26 Mac – Tentera Arab Saudi berjaya memintas tujuh peluru berpandu yang dilancarkan ke arah negara ini oleh kumpulan pembe­rontak Houthi Yemen semalam.

Kejadian itu turut menyaksikan seorang rakyat Mesir terbunuh manakala dua lagi cedera apabila terkena serpihan peluru berpandu yang ditembak jatuh.
Pemberontak Houthi me­lancarkan tiga peluru berpandu ke arah Riyadh dan empat lagi di­sasarkan ke bandar Khamis Mushait, Jizan dan Najran.

Menurut saluran televisyen milik Houthi, al-Masira, pemberontak menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh dan juga landasan terbang lain di selatan negara ini.
“Serangan peluru berpandu yang bertubi-tubi terhadap beberapa bandar ialah satu perkembangan serius,” kata jurucakap tentera gabungan dipimpin Arab Saudi, Turki al-Malki.

Insiden serangan peluru berpandu itu dilakukan selepas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis menggesa Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman agar berusaha menamatkan konflik negara itu dengan Yemen yang bakal memasuki tahun ketiga.

Tahun lalu, pemberontak Houthi melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu ke arah Arab Saudi tetapi kesemuanya berjaya dipintas.

Arab Saudi sebelum ini mendakwa Iran membekalkan peluru berpandu kepada kumpulan pemberontak tetapi Tehran menafikannya. – AFP

Monday, March 19, 2018

Bayi AFGHANISTAN Diberi Nama Donald Trump



Gambar  di atas bukan rekaan digital. Ya, memang ada nama Donald Trump tertera di sebuah kad keluarga Afghanistan. Tapi, Donald Trump yang ini bukanlah sosok presiden kontroversial Amerika Serikat. Donald Trump ala Afghanistan ini adalah seorang bayi di sebuah keluarga Afghanistan.

Bayi Afghanistan bernama Donald Trump ini seketika membuatkan kecoh pengguna media sosial di Afghanistan. Bagaimana tidak, di negara Islam konservatif, keluarga ini malah memberi nama anak mereka Donald Trump, sosok yang begitu dibenci di banyak negara Timur Tengah. Bapa anak itu bernama Sayed Assadullah Pooya.

Meski dapat kecaman, dia mengaku punya alasan memberi nama anaknya Donald Trump. Sayed berharap anaknya dapat mengikuti jejak Donald Trump, yang faktanya memang seorang peniaga sukses.

Sebahagian pihak mendakwa dia berbuat demikian agar mendapat perhatian untuk diberi suaka di US.
 sumber

Pembunuhan di PALESTIN

BAITULMAQDIS: Seorang penduduk Palestin terkorban ditembak polis rejim Zionis selepas menikam mati pengawal keselamatan Israel di Kota Lama semalam.



Kejadian berlaku dengan kebimbangan berhubung kemungkinan berlaku kebangkitan susulan ketegangan sejak beberapa minggu lalu ketika Amerika Syarikat bersedia memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis.

Pengawal keselamatan berkenaan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal kerana cedera di perut.
Hospital kemudian mengumumkan beliau meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, mengesahkan penduduk Palestin itu ditembak mati.
Perkhidmatan keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet, mengenal pasti beliau sebagai Abdul Rahman Faddal, 28, dan bapa kepada dua anak dari Aqraba berhampiran Nablus. - AFP sumber

Liga Dunia Islam Pembekal Makanan Halal Olimpik Jepun

JEDDAH 18 Mac - Liga Dunia Islam (MWL) menandatangani perjanjian dengan Jepun sebagai pembekal eksklusif makanan halal sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan diadakan di negara tersebut.

Perjanjian tersebut dimeterai antara Setiausaha Agung MWL yang juga Presiden Pertubuhan Halal Islam Antarabangsa, Mohammed Abdul Karim Al-Issa dengan Penasihat Khas Perdana Menteri Jepun, Mitsuhiro Miyakoshi dan Putera Hiroyoshi, sepupu Maharaja Jepun, Akihito.

Melalui perjanjian, MWL juga dipilih sebagai pembekal utama makanan halal di Jepun dengan hak untuk mengawal selia makanan halal dan perkhidmatan mengikut standard tertinggi dengan kerjasama negara berkenaan.

Menurut laporan portal Arab News, MWL akan bertanggungjawab menganugerahkan sijil kepada produk dan perkhidmatan mengikut standard halal dan kebersihan sebelum sampai kepada pengguna.
Selain itu, liga berkenaan juga akan mengeluarkan sijil halal kepada produk yang dikhususkan untuk masyarakat Islam di Jepun dan yang akan dieksport ke luar negara terutama ke negara Arab dan negara Islam lain. - AGENSI

Saturday, March 17, 2018

Susu Platipus Bantu Bunuh Bakteria

LONDON 16 Mac - Para saintis men­dedahkan susu pla­tipus bo­leh mem­bantu manusia menghapuskan bak­teria kebal antibiotik.
Lapor BBC.com, saintis dari Australia mendapati susu mamalia berkenaan mengan­dungi protein yang mampu me­lawan bakteria tersebut.
Saintis telah mengenal pasti mengapa susu platipus mampu membantu manusia dan membolehkan mereka menghasilkan antibiotik jenis baharu.
Platipus adalah mamalia kecil yang mampu bertelur dan menghasilkan susu tetapi tidak mempunyai puting.
Selain itu, haiwan terbabit mengumpul susu pada bahagian perutnya dan memberi susu kepada anaknya dengan cara me­rembeskan susu me­lalui kulit perutnya.
Jelas para saintis, sistem pemberian susu yang unik itu dikatakan ada kaitan dengan sifat antibakterianya.
“Platipus merupakan haiwan unik yang dipercayai mempunyai sistem biokimia yang luar biasa,” kata Dr. Janet Newman dari agensi sains national Australia, CSIRO.
Bagaimanapun susu platipus terdedah kepada keadaan persekitaran, sekali gus menye­babkan anak platipus terdedah kepada bakteria berbahaya.
Menurut Dr. Julie Sharp dari Universiti Deakin, protein antibakteria yang unik dalam susu platipus mungkin menyebabkan anak platipus kebal kepada bakteria berbahaya.

 sumber

PALESTIN Semakin Parah

TEL AVIV 16 Mac - Selepas tujuh tahun tertangguh, parti pemerintah Israel bersetuju dengan terma-terma akhir melibatkan undang-undang baharu kontroversi yang akan mentakrifkan Israel secara eksklusif sebagai ‘negara kepada bangsa Yahudi’.
Menurut portal berita Al-Jazeera, rang undang-undang itu dijangka dibentangkan di Parlimen dan seterusnya dimasukkan ke dalam Perlembagaan tidak lama lagi.
Penganalisis meramalkan un­dang-undang asas berhubung perkara itu yang diluluskan oleh Jawatankuasa Keadilan Parlimen baru-baru ini bakal membawa perubahan berbahaya kepada Palestin.
Perkembangan baharu tersebut menjadikan ‘parah yang berterusan’ buat Palestin yang sebelum ini berdepan konflik berpanja­ngan dengan rejim Zionis termasuk pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump.
Aida Touma-Suleiman, seorang anggota Palestin di dalam Parlimen Israel menegaskan, rang undang-undang itu dilihat sebagai tindakan ‘menginstitusikan’ rejim apartheid dengan cara yang paling jelas.
Namun, sama pentingnya dan sebahagian besarnya tidak diperhatikan, undang-undang ber­kenaan membuka jalan kepada rejim Zionis untuk menyatukan serta memperluaskan pencerobohan tanah Palestin di Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat termasuk menghalang sebarang tindakan yang bertujuan menghentikan usaha tersebut.
Perubahan besar dan berbahaya yang dibawa oleh rang undang-undang tersebut menyebabkannya telah menjalani proses penggantian yang begitu panjang sejak versi pertama diperkenalkan pada 2011 oleh Avi Dichter, ahli Parti Likud yang dipimpin Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Versi akhir yang diluluskan pada minggu ini menggugurkan status bahasa Arab yang merupakan bahasa ibunda satu per lima penduduk Israel supaya tidak lagi menjadi bahasa rasmi selain bahasa Hebrew.
Perkara itu juga menggalakkan komuniti Yahudi yang menguatkuasakan undang-undang untuk mengusir 1.8 juta rakyat Palestin dari Israel dan mengutamakan hak-hak orang Yahudi di luar negara berbanding rakyat Palestin.
Dalam perkembangan lain, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membantu pelarian Palestin memaklumkan, badan itu menerima ikrar tunai baharu bagi membolehkannya beroperasi selama beberapa bulan, namun memberi amaran tempoh jangka panjang tidak dapat dipastikan.
Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNWRA) masih mencari dana untuk membiayai kekurangan bajet sebanyak AS$446 juta (RM1.75 bilion), sebahagian besarnya disebabkan keputusan tiba-tiba Trump pada Januari lalu yang membekukan bantuan kepada Palestin.
Satu persidangan dana di Rome menarik janji dari negara seluruh dunia untuk tambahan dana sebanyak AS$100 juta (RM392.70 juta), meninggalkan UNWRA dengan tugas berat memastikan perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan makanan bertahan.
“Satu langkah penting pertama dicapai hari ini, namun jalan masih panjang di hadapan kami. Jika UNWRA tidak wujud, jika khidmatnya tidak disediakan, ke­selamatan Palestin akan terjejas,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.


 sumber

Friday, March 16, 2018

Video Pertempuran di SYRIA 2

Video Pertempuran di SYRIA

Isu SYRIA - Boikot Piala Dunia di RUSIA 2018

BEIRUT: Kumpulan hak asasi dan amal Syria menggesa pemimpin Barat mengancam untuk memulaukan Piala Dunia di Russia sebagai bantahan terhadap sokongan Moscow kepada rejim Syria.
Gesaan dalam bentuk rayuan itu ditandatangani 22 pertubuhan asing dan dialamatkan kepada pemimpin Amerika Syarikat (AS), Perancis, Jerman, Britain ketika peperangan memasuki tahun kelapan.
"Kami menggesa anda sebagai pemimpin politik supaya mengancam untuk memboikot Piala Dunia FIFA 2018 pada Jun yang dianjurkan Russia," kata kenyataan bersama kumpulan dan pertubuhan itu.
Beberapa pertubuhan hak awam berkata, tindakan sedemikian akan memberikan tekanan kepada Russia supaya memaksa sekutunya, Presiden Syria, Bashar al-Assad menghentikan kempen ketenteraan.
"Ia akan menghantar mesej jelas kepada negara yang mengetahui mungkin berdepan kesan serius melainkan mereka menggunakan kelebihan untuk mengarahkan Bashar al-Assad supaya menghentikan pengeboman.
"Kami mahu kepungan dihentikan terutama di sekitar Timur Ghouta bagi membolehkan penghantaran makanan dan perubatan," kata semua kumpulan yang menandatangani kenyataan itu termasuk Persatuan Perubatan Amerika Syria (SAMS). - AFP sumber

Helikopter Tentera AS Terhempas di IRAQ

RAMADI: Pesawat tentera Amerika Syarikat yang membawa askar negara itu terhempas di barat Iraq, kata Pemerintah Pusat AS dalam kenyataan lewat semalam.
"Pasukan penyelamat berada di lokasi nahas buat masa ini," menurut kenyataan.
Pesawat itu adalah helikopter HH-60, yang terhempas berhampiran al-Qaim, bandar di wilayah Anbar berdekatan dengan sempadan Syria, menurut pegawai AS merujuk laporan awal.
Ia membawa tujuh penumpang dan anak kapal dan kemungkinan besar ada kematian, kata pegawai.
Maklumat lanjut tidak diketahui tetapi Pemerintah Pusat berkata siasatan akan dilancarkan untuk menentukan punca nahas. - Reuters sumber

RUSIA Bersubahat dalam Kekejaman Tentera SYRIA

WASHINGTON: Russia adalah rakan subahat terhadap kekejaman dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad kerana sengaja melanggar syarat gencatan senjata di wilayah terkepung Timur Ghouta, kata Pentagon semalam.



Ribuan orang awam berpusu-pusu keluar dari Timur Ghouta ketika rampasan sebuah bandar utama membawa kerajaan Syria lebih hampir untuk mengambil alih wilayah pemberontak musnah di luar Damsyik itu.
"Russia membuat pilihan sengaja untuk tidak menghalang rejim. Justeru, pembunuhan beramai-ramai di Timur Ghouta berterusan. Russia bersubahat dari segi moral dan bertanggungjawab atas kekejaman Assad.
"Kami mendesak Russia memaksa rejim Assad berhenti membunuh rakyat Syria tidak berdosa dan membenarkan bantuan amat diperlukan sampai kepada penduduk di Timur Ghouta serta kawasan terpencil lain.
"Kami menyokong diplomat kami dalam usaha menyelesaikan konflik dengan proses Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) disokong Geneva," kata jurucakap Pentagon, Dana White kepada media.
Seramai 15 anggota Majlis Keselamatan PBB termasuk Amerika Syarikat (AS), secara sebulat suara menerima satu resolusi bulan lalu, menuntut gencatan senjata selama sebulan. Namun ia tidak dihormati.
Tentera rejim disokong Russia dan militia sekutu memulakan kempen pengeboman besar-besaran 18 Februari lalu di Timur Ghouta, kubu terakhir pembangkang berhampiran Damsyik, sebelum melancarkan tentangan darat seminggu kemudian.
Russia, yang menjadi negara mengundi menyokong usul PBB itu memberi isyarat semalam, ia akan terus menyokong Damsyik dalam tentangan ketenteraannya.
"Kami akan terus menentang pengganas, kami akan menghapuskan mereka di Timur Ghouta di mana tentera Syria kini menjalankan operasi dengan sokongan kami," kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
Serangan di wilayah terkepung itu menyebabkan 1,250 orang awam maut dengan satu perlima daripadanya atau 250 orang adalah kanak-kanak.
"Russia sama ada tidak cekap, melakukan tindakan pelanggaran atau kedua-duanya. Negara itu menyokong rejim Assad, bukan menyasar pengganas sekutu Al-Qaeda di Syria. Russia dapat menghentikan kematian orang awam di Syria," kata White.
Sementara itu, Penasihat Keselamatan Presiden Donald Trump, HR McMaster, secara berasingan berkata, 'semua rakyat bertamadun perlu mempertanggungjawabkan Iran dan Russia atas peranan mereka kerana membenarkan kekejaman dan penderitaan kemanusiaan berkekalan di Syria.' -AFP sumber

Bintang Pertama Sinari Alam Semesta Dikesan

PARIS 1 Mac – Kumpulan pakar astronomi telah berjaya mengesan bintang-bintang yang pertama sekali menyinar di alam semesta selepas fenomena Big Bang (Letupan Besar) dikesan sebelum ini.
Isyarat itu dikesan selepas satu kajian selama sedekad dilakukan oleh Universiti Arizona dan disifatkan sebagai pe­nemuan paling besar sejak pakar astronomi mengesan gelombang graviti Nobel pada 2015.
Ketua penyelidik, Judd Bowman berkata, penemuan ini perlu disahkan oleh penyelidikan yang lain.
Beliau berkata, kumpulan pakar berharap penemuan tersebut dapat merungkai lebih banyak misteri mengenai kejadian alam semesta.
Kesan wujudnya bintang-bintang tersebut atau dipanggil kosmos sudah ada sejak 13.8 bilion tahun yang lalu iaitu 180 juta tahun selepas fenomena Big Bang berlaku dikesan menggunakan spektrometer radio yang sebesar meja makan di gurun Australia.
Isyarat berkenaan menimbulkan tanda tanya.
Data awal tentang kewujudan alam semesta menunjukkan keadaan dua kali ganda lebih sejuk daripada yang dijangka iaitu pada kadar -270 darjah Celsius.
Beberapa kajian terdahulu mengaitkan suhu sejuk di alam semesta dengan jirim gelap.
Bowman menyatakan bahawa jirim gelap menyumbang kepada 85 peratus kepada semua jirim yang terbentuk di alam semesta.
Data yang diperoleh daripada satelit Planck pada 2013 pula menunjukkan jirim yang boleh disentuh dan dilihat di ruang alam semesta hanyalah seba­nyak 4.9 peratus, manakala jirim gelap pula sebanyak 26.8 peratus manakala selebihnya merupakan tenaga gelap (dark energy) yang diukur kira-kira 68.3 peratus.
Jirim gelap (dark matter) tidak dapat dilihat menerusi teleskop dan ia diukur berdasarkan tarikan graviti terhadap objek lain yang berada di alam semesta.
Namun, kewujudan jirim gelap tidak dapat dijelaskan de­ngan model fizik yang biasa untuk mengukur partikel dalam alam semesta. – AFP

 sumber

SYRIA - 7000 Penduduk Tinggalkan Timur Ghouta

BEIRUT 15 Mac - Lebih 7,000 rakyat Syria meninggalkan Timur Ghouta menuju ke arah penempatan kerajaan untuk mendapatkan perlindungan.
Reuters memetik kenyataan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdulrahman dengan berkata, jumlah yang melarikan diri ini adalah antara yang terbesar sejak serangan dilancarkan bulan lalu.
Turut kelihatan wanita dan kanak-kanak masing-masing membawa beg pakaian dan selimut di sepanjang jalan berdebu menuju ke arah kedudukan tentera di pinggir kota Hammouriyeh - REUTERS

sumber

Thursday, March 15, 2018

PARMUSI Kunjungi Habib Rizieq di Makkah

Ketua Umum Persaudaraan Muslim Indonesia (Parmusi) H. Usamah Hisyam dan Habib Rizieq Syihab, bertemu di kediaman Imam Besar Front Pembela Islam (FPI) tersebut di Makkah.

Usamah membawa rombongan pimpinan Dai Parmusi yang datang dari pelbagai wailayah di Indonesia, didampingi Setiausaha Agung Parmusi Abdurrahman Syagaff, Ketua Lembaga Dakwah Parmusi (LDP) KH. Syuhada Bahri, para wakil Ketua LDP KH. Farid Ahmad Okbah, Ustadz Buchori Muslim, Ustadz Bernard Abdul Jabbar, Sekretaris LDP Ustadz Taufik Hidayat, dan Ketua Umum Muslimah Parmusi Nurhayati Payapo.

Ketua Umum Parmusi H. Usamah Hisyam dan Habib Rizieq Syihab tampak berbincang serius.


sumber

Tentera SYRIA Semakin Kuasai Ghouta

HAMURIYYEH: Tentera rejim Syria mara ke bandar utama di Ghouta Timur lewat semalam di tengah pengeboman, kata pemerhati.

"Tentera menyerang Hammuriyeh dan berjaya merampas beberapa kawasan di selatan wilayah itu," kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang beribu pejabat di Britain.



Tentera yang disokong Russia itu mula menyerang Ghouta Timur pada 18 Februari lalu untuk merampas semula kubu terakhir puak penentang di luar Damsyik.

Serangan membahagikan wilayah itu kepada tiga bahagian, setiap satunya dikawal puak penentang berbeza.

Kawasan sekitar Hammuriyeh dikawal cabang Faylaq al-Rahman. Ia dibom besar-besaran beberapa hari ini, lapor wartawan AFP di situ.

Semalam, wartawan menyaksikan seorang lelaki di pintu masuk bangunan memegang mayat dua anaknya.

Doktor di kawasan itu berkata, pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mangsa kerana pengeboman besar-besaran.

Lebih 1,200 penduduk awam maut di Ghouta Timur sejak 18 Februari lalu. - AFP sumber

SYRIA - Bashar Beikrar Terus Berperang

BEIRUT 14 Mac – Presiden Syria, Bashar al-Assad berikrar untuk berdepan dengan mana-mana pihak termasuk rancangan pihak Barat yang menyasarkan untuk merosakkan perpaduan di negara itu.

“Usaha kami untuk memerangi keganasan tidak akan berakhir biarpun hanya tinggal seorang pengganas.

“Kami akan terus berdepan dengan senario Barat yang menyasarkan perpaduan serta kedaulatan Syria,” katanya menerusi akaun Telegram.

Dalam pada itu, kira-kira 25 penduduk awam Syria yang memerlukan rawatan perubatan dibawa keluar dari Ghouta Timur hari ini.

Sekumpulan penduduk awam yang cedera dan uzur dibawa keluar dari wilayah bergolak itu buat pertama kali semalam. – REUTERS

Israel Dalang Rancang Bunuh PM PALESTIN

RAMALLAH 14 Mac - Para pemimpin Palestin tidak menolak kemungkinan pembabitan Israel dalam serangan bom bahu jalan yang menyasarkan konvoi Perdana Menteri, Rami Hamdallah semasa lawatan ke Genting Gaza, semalam.

Palestinian Prime Minister Rami Hamdallah smiles to the crowd
RAMI HAMDALLAH
Al-Jazeera melaporkan, pergerakan Hamas turut mengumumkan inkuiri bagi menyiasat letupan yang berlaku tidak lama selepas konvoi Rami melalui pusat pemeriksaan Erez yang dikenali penduduk Palestin sebagai Beit Hanoun.
Bagaimanapun Rami tidak ce­dera dalam letupan itu yang turut mengakibatkan sebanyak tujuh pengawal keselamatan perdana menteri berkenaan cedera ketika konvoi berkenaan dalam perjalanan menghadiri perasmian loji rawatan air kumbahan di Gaza.

Menurut sumber, Rami dan pemimpin politik kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang bercakap dalam perbualan telefon pada hari sama bersetuju bahawa Israel mendalangi letupan terbabit memandangkan rejim Zionis merupakan pihak yang mendapat manfaat daripada insiden tersebut.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Youssef al-Mahmoud menerusi agensi be­rita Palestin, WAFA bagaimanapun menafikan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu berlaku.

Hamas menafikan penglibatan mereka dalam letupan itu selain mendakwa akan me­lancarkan siasatan dan akan membawa dalang ke muka pengadilan.

Ketua Keselamatan Hamas, Tawfiq Abu Naim diberikan tanggungjawab mengetuai siasatan itu.
Rami dalam sidang media di Ramallah sekembalinya dari Gaza berkata, sebanyak tujuh pengawal keselamatannya yang cedera mendapatkan rawatan di hospital sekitar Ramallah.

“Serangan itu tidak menggambarkan semangat patriotisme sebaliknya ia perbuatan pengecut dan tidak menggambarkan sikap rakyat di wilayah ini mahupun penduduk Gaza,” katanya.
Dalam perkembangan bera­singan, Pihak Berkuasa Palestin memboikot mesyuarat yang dipengerusikan White House tentang krisis kemanusiaan di Gaza yang disertai 19 buah negara termasuk Israel dan negara Arab.
Menurut jurucakap pentadbiran kanan AS, memulihkan Gaza adalah penting bagi mencapai perjanjian damai.
Penasihat Kanan Presiden Amerika Syarikat ( AS), Jared Kushner yang memantau proses damai Israel- Palestin bagi White House dilapor menyampaikan ucapan kepada wakil negara terlibat selama dua jam.
Namun kata jurucakap itu, potensi pelan damai AS tidak didedahkan. – AGENSI/AFP

SAUDI Rancang Bangunkan Program Nuklear

DUBAI 14 Mac – Arab Saudi kini dalam usaha untuk membangunkan program tenaga atom bagi mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap minyak.

Polisi yang menyaksikan aktiviti nuklear diterhadkan untuk tujuan keamanan itu diluluskan oleh Kabinet Arab Saudi semalam iaitu beberapa hari sebelum Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman melawat Washington.

Bagaimanapun, negara itu melahirkan kebimbangan berhubung krisis nuklear di Asia Barat yang boleh menjejaskan usaha mereka untuk membangunkan program berkenaan.
Arab Saudi merancang untuk membina sebanyak 16 reaktor nuklear dalam tempoh dua dekad akan datang. – AFP

Wednesday, March 14, 2018

21 Pelajar Tahfiz Mangsa Dera Seksual

KUANTAN: Seorang guru sebuah maahad tahfiz di sini, membuat laporan polis mendakwa seramai 21 pelajarnya didera secara seksual oleh seorang lelaki yang juga pemberi sumbangan kepada maahad berkenaan.
Menurut sumber, guru berusia 22 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin selepas pelajar yang menjadi mangsa mengadu kepadanya.
"Menurut laporan polis itu, kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dipaksa menghisap kemaluan lelaki terbabit berlaku sejak Ogos tahun lalu, malah suspek turut meliwat enam pelajar berkenaan.
"Semua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara yang dilakukan itu terbongkar kepada pengetahuan orang lain," kata sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya sudah menahan suspek yang berusia 41 tahun di sekitar bandar ini, Isnin lalu.
Beliau berkata, suspek yang juga sukarelawan di situ dan aktif dalam memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di maahad tahfiz itu sejak tahun 2015, kini direman bermula semalam sehingga 19 Mac ini.
"Laporan mendakwa mangsa diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini dan siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. sumber

Import Senjata ke Asia Meningkat

STOCKHOLM 12 Mac – Pengimportan senjata di Asia Barat dan Asia meningkat sejak lima tahun lalu akibat peperangan dan ketega­ngan di negara terbabit.
Channel News Asia memetik laporan kajian Institut Penyeli­di­kan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), dalam tempoh 2013 sehingga 2017, import senjata di Asia Barat meningkat dua kali ganda kepada 103 peratus berbanding lima tahun lalu.
Asia Barat melibatkan 32 peratus daripada semua import senjata di seluruh dunia.
Menurut SIPRI, Arab Saudi yang melancarkan perang terhadap pemberontak Syi­ah Houthi yang disokong oleh musuh serantaunya iaitu Iran, adalah pengimport senjata kedua terbesar dunia selepas India.
Sementara itu, Arab Saudi mengimport 61 peratus senjata dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengimport 23 peratus senjata dari negara yang sama.
Jumaat lalu, syarikat pengeluar peralatan tentera, BAE Systems mengumukan, Britain menanda­ta­ngani pesanan awal bernilai berbilion-bilion pound dari Arab Saudi bagi 48 buah jet tempur Eurofighter Typhoon.
Perjanjian itu mencetuskan perdebatan dan bantahan di United Kingdom di mana pertubuhan bu­kan kerajaan (NGO), Save the Children meletakkan satu patung kanak-kanak berhampiran bangunan Par­­­limen bagi menarik perhatian terhadap keganasan yang disema­rak­kan oleh bom buatan British.
Penyelidik kanan SIPRI, Pieter Wezeman ber­kata, konflik yang meluas di Asia Barat dan keprihatinan tentang hak asasi manusia telah membawa kepada perdebatan po­li­tik di Eropah Barat dan Amerika Utara berkaitan sekatan penjualan senjata.
“AS dan negara Eropah kekal sebagai pengeksport utama senjata ke rantau ini dan membekalkan lebih daripada 98 peratus senjata yang diimport oleh Arab Saudi.” katanya.
Bagaimanapun, Asia dan Ocea­nia adalah rantau terbesar bagi import senjata dengan menyumbang 42 peratus daripada jumlah global antara 2013 dan 2017.
India adalah pengimport terbesar senjata di dunia dengan Rusia pembekal utamanya me­nyumbang 62 peratus daripada jumlah import.
Pada masa sama, penghantaran senjata ke India dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeksport senjata utama dunia me­ningkat lebih daripada enam kali ganda dalam tempoh lima tahun.
Dalam pada itu, Beijing yang mengeksport senjata meningkat kepada 38 peratus dalam tempoh lima tahun, menjadi pembekal senjata utama untuk Myanmar iaitu 68 peratus senjata import.
Beijing juga menyumbang 71 peratus import senjata ke Bangladesh dan 70 peratus import senjata ke Pakistan.

 sumber

Orang Awam Mula Keluar dari Ghouta Timur

DAMSYIK 12 Mac – Kumpulan pertama penduduk awam Syria berjumlah 52 orang yang sebahagiannya adalah kanak-kanak berjaya melarikan diri melalui laluan koridor kemanusiaan di Ghouta Timur, semalam.
Kumpulan tersebut telah di­bawa ke sebuah bangunan bekas sekolah memandu di bandar Adra di timur laut Damsyik de­ngan bantuan Pusat Perdamaian Rusia dan tentera Syria.
Jurucakap pusat berkenaan, Mejar Jeneral Vladimir Zolotukhin berkata, dalam tempoh dua hari mereka berjaya menya­lurkan bantuan yang diperlukan termasuk perubatan.
Penduduk awam memberitahu, sebelum ini mereka hidup dalam ketakutan kerana bimbang dibunuh oleh kumpulan militan jika melakukan sebarang kesalahan.
“Kehidupan amat sukar. Me­reka (kumpulan militan) menaik­kan harga barang dan mengena kan peraturan ketat, kepala kami boleh dipenggal meskipun jika melakukan kesalahan kecil,’’ kata seorang penduduk yang berjaya keluar dari kawasan terbabit.
Menurut lelaki itu, mereka meninggalkan Misraba yang dikuasai tentera Syria dan keadaan di kawasan itu telah stabil.
“Kami menderita selama tujuh tahun. Kami di Misraba berkecua­li, tidak menyokong mana-mana pihak tetapi kami (masih) tidak boleh meninggalkan bandar ini dan juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka enggan melepaskan kami. Malah kami dikawal dan ditekan,” kata seorang wanita.


 sumber

AS Sedia Serang SYRIA

WASHINGTON 13 Mac - Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang kesediaannya untuk bertindak terhadap Syria jika perlu dengan alasan mahu mengakhiri kesengsaraan penduduk awam di sana selain memben­dung serangan senjata kimia yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menyifatkan gencatan senjata yang dipersetujui sejak dua minggu lepas adalah satu kegagalan dan membuat gesaan supaya diadakan satu draf resolusi baharu gencatan senjata selama 30 hari di Ghouta Timur dan Damsyik.
Beliau mendakwa gencatan senjata sebelum ini sebenarnya menjadi usaha rejim Presiden Syria iaitu Bashar al-Assad, Iran dan Rusia untuk terus memerangi penentang politik mereka.
Haley berkata, pihaknya bersedia untuk mengambil langkah sewajar terhadap mana-mana negara yang ingin mencapai matlamat mereka menggunakan serangan senjata kimia sehingga menyebabkan penderitaan sejagat.
Jelas Haley, tindakan berkenaan bukanlah pilihan AS tetapi ia perlu dilakukan untuk mengelak situasi menjadi semakin teruk.
Beliau turut mengingatkan tindakan yang diambil oleh Pre siden AS, Donald Trump sebelum ini yang mengarahkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera udara Syria pada April lalu sebagai tindak balas terhadap serangan gas sarin yang didakwa dilakukan oleh tentera rejim Bashar.
Sementara itu, draf resolusi yang dikemukakan oleh AS bakal menyaksikan gencatan senjata dilakukan selama 30 hari di seluruh Ghouta Timur serta Damsyik berkuat kuasa serta merta selepas dipersetujui semua pihak.
Draf resolusi itu turut memperuntukkan akses yang selamat dan berterusan kepada konvoi bantuan kemanusiaan di wilayah bergolak tersebut.
Dalam perkembangan ber­kaitan, Pejabat Pengurusan Kemanusiaan PBB di Syria memaklumkan proses membawa keluar penduduk awam di Ghouta Timur dijangka dilakukan hari ini.
Wakilnya, Ali al-Za’tari berkata, antara penduduk awam yang akan dibawa keluar termasuklah mereka yang memerlukan rawatan perubatan.
PBB sebelum ini mendesak supaya hampir 1,000 penduduk yang sakit dan cedera dibawa keluar untuk rawatan kecemasan.
Sementara itu, penduduk awam yang berjaya dibawa keluar dari Ghouta Timur melahirkan kebimbangan mengenai ada antara ahli keluarga mereka yang tertinggal dan tidak dapat menyelamatkan diri.
Seorang daripadanya, Rima Sheikh memberitahu bahawa dia terpaksa meninggalkan anak pe­rempuannya di Ghouta Timur ketika dibawa keluar oleh pihak tentera bersama suami serta empat anaknya.
“Kami cuba mencari anak perempuan kami di tempat tinggal sebelum ini, namun dia dan suaminya sudah meninggalkan tempat itu. Sudah sebulan saya tidak berjumpa dengannya,” ujarnya.– AGENSI

 sumber

Sunday, March 4, 2018

Netizan Sanggah Dr Asri


Berikut sebahagian komen netizen mengecam kenyataan Mufti Perlis tersebut:
“Asyik nak sindir orang dengan persepsi yang diwujudkan sendiri.. tidak dinafikan ada salah silap kurang sana sini dan sebahagiannya telah berubah.. bukan ke menambah baik dan memperkukuhkan itu lebih baik? Sebenarnya apa orientasi Tuan Mufti, cuba nyatakan dengan jelas.. teori ilmu memang mantap tidak dinafikan.. menyindir mengomen ke sana sini.. nah realiti terbuka sekarang.. nyatakan prinsip ilmu tu ke alam realiti.. apa orientasi nya? Yang mana perlu disokong?” Shahril Azri

“Aku diajar supaya setiap perkara di dunia ini perlu ikut cara agama…Kalau tak guna agama untuk kehidupan nak guna apa… Bahkan nak makan pun kita guna agama… Nak mandi pun kita guna agama… Nak bersama isteri pun kita diajar guna agama…nak tidur pun perguna agama…. Tak kan lah nak politik tak boleh guna agama… Seolah2 agama ini tidak lengkap… Ke saya salah…”  Mohd. Rohaizol Ismail

“Dr maza membisu bila Tun Mahathir hina Islam. Bila PH sokong LGBT..sedih dengan mufti macam ni..baik mufti WP..orangnya alim, tawadduk dan bermasyarakat”
Mohd. Nafi Abdulah

“Dr pikul amanah sebagai mufti. Mereka pikul amanah sebagai ahli politik. Tegurlah mereka andai mereka silap. Andai dirasakan mereka tidak layak, maka majukanlah diri ke hadapan untuk menggantikan mereka. Berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakan. Untuk laksana hukum Islam dalam sistem Barat yang telah berkurun diamalkan bukanlah satu perkara mudah. Moga Allah memudahkan jalan untuk kita”  Mohd. Hazrain

“Menjadi seorang mufti… bila salah orang politik pembangkang dikatakan menjual agama dan guna agama untuk tujuan politik. Tapi tuan mufti yang sama bila Tun Mahathir berkata sesuatu yang jelas menghina Islam. Maka dia diam seribu bahasa. Matanya jadi buta. Telinganya jadi pekak bila melibatkan Tun Mahathir”
–  Jasni Saman

“Adakah tulisan dr ini dpt membantu hukum Allah tertegak di bumi Msia..? Asyik kondem kerja orang lain je, lepas tu tuduh orang kafirkan orang..”  Mohamad Wahid

– Saya tak brapa stuju dlm penulisan mcm ni. Nmpk terlalu ekstrim menilai pergerakan politik lawan dalam masa yg sama ada satu pergerakan politik yg tidak dinilai dan dikrituk walhal iannya lebih memberi impak negatif terhadap imej Islam. Penulisan sembrono mcm ni dilihat sbgai kelemahan manusia dalam menilai ssuatu isu”  Awang Ikhwan

“Alah, Dr Maza pun pengguna agama jugak kalo konsep tersebut dipukul sama rata.. jangan la duk canang camtu, niat isi hati manusia sapa yang tau, hanya Allah saja, kena jadi maksum ka kalau nak perjuang agama? maksumkah Dr Maza yang selama ini menggunakan agama?” Mohd. Faz Li

“Fuhh.. bab fitnah??? parti mana juara fitnah?? bab kafir?? Madey terus terang mengkafirkan orang!! ehh..malas la saya nak menulis nihh..dek kerana hasad dengki dan tidak puas hati anda tidak berlaku adil, wahai tuan mufti.. Allah swt sebut” Abdul Rahim sumber

Video2 Pendek Kuliah Abu Zulfiqar

VIDEO2 PENDEK KULIAH2 ABU ZULFIQAR

1. Mendamaikan Api, Air, Tanah dan Angin
https://www.youtube.com/watch?v=F5tSf1kNkVo

2. Mengapa Mereka (Ulama2) Berkahwin?
https://www.youtube.com/watch?v=Zqn5cDHLGys

3. Dewa Yama, Dewa Anubis, Jambatan Cinvat di Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=YLLNdXPdfBw
 
4. Aqidah Risalah Qudsiyyah Imam Al-Ghazali
https://www.youtube.com/watch?v=frASX0bvCF0
 
5. Kahwin, Fiqh, Tauhid, Tasawuf
https://www.youtube.com/watch?v=6-EAjN1adKs
 
6. Bergunakah Ilmu Kalam?
https://www.youtube.com/watch?v=vCmahIIzaXY

7. Mana Dulu? Ayam atau Telur?
https://www.youtube.com/watch?v=e_uLLy-w4CA

8. Engkau Kaya? Dan Engkau Bahagia?
https://www.youtube.com/watch?v=20g7Q_zct1Y

9. Apa Makusd Allah Maha Kaya?
https://www.youtube.com/watch?v=aOsK9Y2rCvo

10. Percaya Tuhan tapi Tak Percaya Nabi Muhammad?
https://www.youtube.com/watch?v=85JcYC5Vr_w

11. Rasa Macam Nak Dalami Ilmu tauhid Le Pulak!
https://www.youtube.com/watch?v=qqk156POJhw

12. Hubungan Langsung dan Hubungan Tak Langsung dengan Allah
https://www.youtube.com/watch?v=n7x4xUhfVzw

13. Mengapa Dalil Akal Itu Berguna?
https://www.youtube.com/watch?v=m5DjqZ1_KGI
 
14. Dugaan Usaha Dakwah Ahli2 Tasawuf
https://www.youtube.com/watch?v=nZD6jphXX7o
 
15. Apa Maqam Solat Anda?
https://www.youtube.com/watch?v=Ml5vQherfi0

16. Menyalakan Sumbu Hati untuk Menerangi
https://www.youtube.com/watch?v=UGc7dDwiXX4

17. Ilmu Paling Agung dan Paling Mulia
https://www.youtube.com/watch?v=89_bwVJxmZs

18. Ilmu Makrifat dan Ilmu Memanah
https://www.youtube.com/watch?v=Fc_TBrDA1uU

19. Saiyidina Umar Dileteri Isterinya?
https://www.youtube.com/watch?v=sjmJdi6yhN8

20. Engkau Sudah Punya Adab2 Belajar Agama?
https://www.youtube.com/watch?v=fiy5Z43pgEI

21. Ramadhan Dah Pergi, Syawal Dah Mari. Sekarang?
https://www.youtube.com/watch?v=fiy5Z43pgEI

22. Kaitan Zuhud dengan Proses Kejadian Alam
https://www.youtube.com/watch?v=donk0oM2ekY

23. Mencari Teman2 Terbaik?
https://www.youtube.com/watch?v=xlqbX5gExX8&t=485s

24. Sebesar Manakah Syurga?
https://www.youtube.com/watch?v=WJ2Ti_MRQRM&t=5s

25. Kenal2lah Dulu dengan Syurga
https://www.youtube.com/watch?v=C0si_6DXyrg

26. Kenal Khalifah Umar Abdul Aziz?
https://www.youtube.com/watch?v=t2SMJVOND7U&t=8s

27. Nak Ilmu yang Tinggi2 Aje?
https://www.youtube.com/watch?v=iE4p99FRzIw&t=17s

28. Majlis Ilmu2 yang Terpilih
https://www.youtube.com/watch?v=ostLGv4uruQ&t=26s

29. Kitab Bunga2an dan Batu2 Permata
https://www.youtube.com/watch?v=qG-CXXitekk

30. Zuhud? Takutnye!
https://www.youtube.com/watch?v=jI-ctDk8sYg

31. Kita Ikhlas? Ikhlas yang Mana Satu?
https://www.youtube.com/watch?v=KR5MsjWhezo&t=164s

32. Menghukum Tasawuf dari Jauh?
https://www.youtube.com/watch?v=pSLI3mqKqWA

33. Nak Bagi Ke Tak Mau Bagi?
https://www.youtube.com/watch?v=c9fteh0SXtM

34. Amalan 333 Ikhtiar Muslim
https://www.youtube.com/watch?v=Quyj6_cK4AA&t=34s

35. Setakat Mana Tasawuf Kita?
https://www.youtube.com/watch?v=uy7jN1G2pB4&t=23s

36. Apa Tujuanmu Belajar Tasawuf?
https://www.youtube.com/watch?v=UmAmCaHtFHo

37. Kekalkan Momentum Suhu Kerohanian Tika Berjauhan
https://www.youtube.com/watch?v=UmAmCaHtFHo

38. Mursyid Kampungan vs Mursyid Jutawan
https://www.youtube.com/watch?v=WwZbdLQhuwU&t=21s