Lapor BBC.com, saintis dari Australia mendapati susu mamalia berkenaan mengan­dungi protein yang mampu me­lawan bakteria tersebut.
Saintis telah mengenal pasti mengapa susu platipus mampu membantu manusia dan membolehkan mereka menghasilkan antibiotik jenis baharu.
Platipus adalah mamalia kecil yang mampu bertelur dan menghasilkan susu tetapi tidak mempunyai puting.
Selain itu, haiwan terbabit mengumpul susu pada bahagian perutnya dan memberi susu kepada anaknya dengan cara me­rembeskan susu me­lalui kulit perutnya.
Jelas para saintis, sistem pemberian susu yang unik itu dikatakan ada kaitan dengan sifat antibakterianya.
“Platipus merupakan haiwan unik yang dipercayai mempunyai sistem biokimia yang luar biasa,” kata Dr. Janet Newman dari agensi sains national Australia, CSIRO.
Bagaimanapun susu platipus terdedah kepada keadaan persekitaran, sekali gus menye­babkan anak platipus terdedah kepada bakteria berbahaya.
Menurut Dr. Julie Sharp dari Universiti Deakin, protein antibakteria yang unik dalam susu platipus mungkin menyebabkan anak platipus kebal kepada bakteria berbahaya.