Saturday, May 26, 2018

1MDB NI DULU PASAL RM 42 BILLION LESAP ATAU RM 7 BILLION BAILOUT?

CERITA pasal 1MDB ini yang rakyat tahu, sehingga dijadikan sebab untuk menumbangkan kerajan BN ialah dakwaan kononnya RM 42 billion wang rakyat lesap melaluinya.  Tak pernah pulak kita tahu ada cerita mengenai bailout sebanyak RM 7 billion seperti yang tiba-tiba diperkatakan pentadbiran sekarang.
Lagipun apa maksud bailout bila bercakap tentang syarikat milik penuh kerajaan?  1MDB dulu dan sekarang pun ialah syarikat kerajaan, dimana salah pulak kalau kerajaan menyuntik dana ke dalam syarikat miliknya sendiri?  1MDB bukan macam banyak syarikat swasta seperti Renong, MAS, TNB dan sebagainya dulu yang diambil alih kerajaan pasca kegawatan ekonomi 1997 yang nak dikatakan bail out.
Rakyat pun rasanya tak membantah kalau betul seperti dakwaan 1MDB ini dibail out pentadbiran terdahulu.  Hasilnya kita dah nampak bila tarif elektrik tidak naik setiap beberapa tahun sekali seperti mana yang terkandung dalam perjanjian dengan IPP – sebelum diambil alih oleh 1MDB.
Itu kalau betul lah bail out.
Justeru, kita minta pentadbiran hari ini jangan cuba alih perhatian dari banyak janji yang dulu ditaburkan.  Harga barang bila nak murah, harga minyak bila nak turun, kos sara hidup pun sama dan sebagainya – orang tunggu yang itu sekarang ni.  GST yang jadi isu paling utama itupun masih ada dalam sistem negara kita waima kalau kadarnya menjadi 0% pada 1 Jun nanti, . Faham rakyat, bila-bila pun kadarnya boleh naik jadi berapa peratus selagi sistem itu ada.
Yang kuat dibantah dulupun sistemnya, bukan kadarnya (rujuk gambar atas).
Kita bagaimanapun faham semua ini memerlukan masa sekalipun masa kempen hari tu ada MB Pakatan kata, hari ini mereka perintah esok GST hapus.  100 hari (sekarang tinggal 85 hari) yang diberikan itu rasanya cukuplah untuk melaksanakan semua 10 perkara penting itu walaupun semalam salah seorang ahli majlis orang tua mengatakan janji 100 hari tu bodoh.
Bodoh tak bodoh benda dah cakap, undi pun dah dapat, yang tinggal hanya buat.  Tapi dalam proses itu janganlah cuba alihkan perhatian rakyat dengan dakwaan-dakwaan yang semacam ini.  Jadi kerajaan dah, bukan pembangkang lagi.

http://www.mykmu.net/2018/05/1mdb-ni-dulu-pasal-rm-42-billion-lesap-atau-rm-7-billion-bailout/

No comments: