Friday, June 29, 2018

Rusia terus panggil pulang tentera dari Syria

MOSCOW 28 Jun - Rusia terus memanggil pulang tentera dan pesawat udaranya dari Syria, lapor agensi berita Xinhua memetik Presiden Vladimir Putin sebagai berkata hari ini.
Sebanyak 13 pesawat perang, 14 helikopter dan 1,140 tentera dipanggil pulang sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Rusia akan mengekalkan dua pangkalan tenteranya di Syria, di bawah perjanjian dengan kerajaan Syria iaitu pangkalan udara Hmeymim serta pangkalan tentera laut Tartus. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-terus-panggil-pulang-tentera-dari-syria-1.698690#ixzz5JnCW1uu9 
© Utusan Melayu (M) Bhd

46 maut dalam bedilan udara Rusia

BEIRUT 28 Jun - Beberapa siri bedilan udara di kawasan dikuasai pemberontak di selatan Syria menyebabkan 46 orang terkorban, termasuklah lima kanak-kanak sejak semalam.
Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, sekurang-kurangnya 35 serangan udara dilancarkan oleh Rusia di bandar al-Mseifra.
“Ini adalah angka korban tertinggi dicatatkan sejak serangan bermula pada 19 Jun lalu,” kata ketua pertubuhan terbabit, Rami Abdel Rahman. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/46-maut-dalam-bedilan-udara-rusia-1.698686#ixzz5JnCL5MMV 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Erdogan setuju tamatkan perintah berkurung

ISTANBUL 28 Jun – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan sekutu kerajaan bersetuju untuk tidak melanjutkan perintah darurat apabila tempoh tiga bulan pertama langkah itu tamat pada Julai ini.
Akhbar prokerajaan, Sabah melaporkan, perintah berkurung dikuatkuasakan susulan berlakunya cubaan rampasan kuasa pada Julai 2016 dan dilanjutkan setiap tiga bulan.
Baru-baru ini, Erdogan menjelaskan pihaknya akan menamatkan pelaksanaan perintah tersebut jika memenangi pilihan raya Presiden pada 24 Jun.
Erdogan memenangi 53 peratus undian dalam pilihan raya itu bagi membolehkannya mentadbir Turki, sekurang-kurangnya sehingga 2023.
Kemenangan tersebut membolehkannya menjadi Presiden pertama Turki dengan kuasa eksekutif selain mengukuhkan penguasaan beliau ke atas negara yang mempunyai populasi seramai 81 juta penduduk itu.
Bagi memenuhi janji menamatkan perintah berkurung, Erdogan dan rakan sekutunya iaitu pemimpin Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), Devlet Bahceli mengadakan satu pertemuan petang semalam.
Menurut sumber, Erdogan akan memperuntukkan MHP dalam jawatan Kabinet sebagai menghargai sokongan parti itu kepada parti pimpinan Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Parlimen.
“Dalam rundingan itu, perjanjian dicapai supaya tidak melanjutkan tempoh perintah darurat,” lapor Sabah tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai pertemuan itu. – REUTERS
Laporan itu juga tidak memperincikan sumber kepada laporan berkenaan.
Perintah darurat membolehkan Erdogan dan kerajaan melangkaui peranan Parlimen dalam meluluskan undang-undang baharu selain membolehkan mereka menangguhkan hak dan kebebasan.
Pengkritik mendakwa Erdogan menggunakan perintah darurat sebagai alasan menangkis perbezaan pendapat ketika Turki menegaskan langkah itu dibuat bagi mengelak ancaman keselamatan. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/erdogan-setuju-tamatkan-perintah-berkurung-1.698811#ixzz5JnC3AGKQ 
© Utusan Melayu (M) Bhd

PAS janji sokong usul gubal akta antilompat parti

Undang-Undang Antilompat Parti perlu digubal segera bagi memastikan mana-mana ahli politik tidak mengkhianati kepercayaan diberi pengundi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata seseorang ahli politik yang melompat parti boleh dianggap melakukan kesalahan moral dan bercanggah dengan kod etika.
“Walaupun undang-undang ini bersifat ‘silent’, tapi dari segi prinsipnya ia satu tindakan menipu dan mengkhianati pengundi.
“Saya mencadangkan supaya undang-undang itu memasukkan klausa menggugurkan jawatan dan tidak membenarkan ahli yang melompat parti bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Katanya lagi, seluruh anggota parlimen PAS akan memberikan sokongan sepenuhnya jika ada pihak yang mencadangkan usul itu pada sidang parlimen bulan depan.
Anggota Parlimen Kota Bharu itu bagaimanapun berkata kerajaan perlu memastikan undang-undang itu tidak mengganggu gugat Fasal 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat negara ini bebas berpersatuan.
“Lebih cepat lebih elok, dan sebaiknya undang-undang itu berkuat kuasa ke belakang (retrospective effect),” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Pada PRU ke-14 lalu gabungan pembangkang akhirnya berjaya menumbangkan BN buat kali pertama dalam sejarah.
Langkah itu membolehkan Pakatan Harapan (HARAPAN) membentuk kerajaan di peringkat pusat, selain menguasai banyak negeri.
BN pula hanya bertahan sebagai kerajaan di Perlis dan Pahang.
Susulan itu, ramai wakil rakyat BN meninggalkan parti berkenaan dan menjadi ahli bebas yang menyokong HARAPAN.
Antaranya - dan yang terbaru - ialah Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan wakil Datuk Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).
Dengan tindakan kedua-dua anggota parlimen itu, jumlah kerusi yang dimiliki Umno sekarang adalah 52 berbanding 54 yang dimenangi sebelum ini.
Pada 2010, mendiang Karpal Singh pernah mendesak supaya kerajaan mempertimbangkan penggubalan undang-undang antilompat parti atau kod etika khusus untuk ahli politik bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti mengosongkan kerusi yang dimenanginya.
Seterusnya pada 2015, Datuk Seri Azalina Othman (ketika itu menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri) menggesa kerajaan menggubal Undang-Undang Antilompat Parti (Anti-Hoping Laws) bagi memastikan kesetiaan dan integriti dalam politik.

https://www.malaysiakini.com/news/431839

Syed Hamid ucap selamat tinggal kepada Umno

Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.
Kini kata Syed Hamid Umno ialah pertubuhan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan sendiri berbanding mengambil berat hal rakyat.
Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno.
Justeru Syed Hamid melihat arwah ayahnya berkorban serta kecintaan terhadap parti dan negara menjadikan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan.
Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.
"Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.
"Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.
Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.
Walaupun perit, katanya, beliay terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.
Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat.
Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.
"Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/431845

Jho Low kata dia wakili kerabat diraja Arab

Kehidupannya penuh glamor – berparti dengan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Paris Hilton, malah juga keluar berpacaran dengan Miranda Kerr.

Bagaimanapun, anak kelahiran Pulau Pinang itu, Low Taek Jho atau Jho Low mencuri tumpuan di dada akhbar seluruh dunia dengan dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa usahawan 36 tahun itu menyelewengkan  dana 1MDB dan antaranya membeli hartanah dan kapal layar mewah bernilai AS$250 juta.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabat portal itu di Petaling Jaya semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan lembaga pengarah 1MDB, ditanya kenapa Low diberi peranan penting dalam 1MDB.



“Dia ada hubungan strategik (dengan kepimpinan beberapa kerabat diraja di Asia Barat) yang mungkin memberi faedah kepada Malaysia dan jelas dia ada hubungan istimewa dengan kepimpinan (raja Arab Saudi) Raja Abdullah dan kerabatnya serta juga istana beberapa negara terutamanya di UAE.

“Dia membina hubungan ini yang boleh memberikan nilai kepada Malaysia. Itu konteksnya. Apa yang dia buat dengan mereka di luar pengetahuan saya,” katanya.

“Dalam konteks itu Jho Low mewakili rakan-rakan kongsi di Asia Barat dan rundingan serta perkongsian dengan 1MDB,” katanya.

Najib berkata sebelum beliau menjadi perdana menteri dan sebelum 1MDB wujud, Jho Low sudah mengawal tiga syarikat tersenarai di Malaysia dan mempunyai pelaburan dalam projek Iskandar Johor dengan dana dikatakan dari Asia Barat.

“Dia ketika itu berjaya kagumkan banyak pihak, termasuk saya dengan hubungannya dengan Asia Barat,” kata Najib.

Najib juga berkata allahyarham Raja Abdullah memberikan sokongan supaya 1MDB menjalankan kerjasama dengan PetroSaudi.



“Malah, kedutaan Arab Saudi di Malaysia, termasuk beberapa bank utama di sana, menulis surat sokongan untuk PetroSaudi,” katanya.

PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki Abdullah Al Saud, putera ketujuh Raja Abdullah. Putera Turki kemudian menjadi timbalan gabenor dan kemudian gabenor Riyadh, kota paling besar di Arab Saudi.
Selain penjelasan hubungan itu memberi faedah kepada Malaysia, Najib tidak menghuraikan lanjut perkara itu.

Bagaimanapun, Najib berkata hubungan erat dengan Arab Saudi turut membantu permohonan tambahan kuota haji untuk Malaysia.

Mengulas soalan sama ada beliau ada berhubungan dengan Jho Low ketika dakwaan terhadap bilionair itu muncul, Najib berkata ia sudah lama berlalu.

“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” katanya.

Najib berkata dia tidak bertanya tentang kapal layar mewah Equanimity ketika itu kerana tidak menyedari kewujudannya.

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/jho-low-kata-dia-wakili-kerabat-diraja.html

Adun pembangkang Kelantan diberi peruntukan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan juga akan memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dijaga.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri setuju melaksanakan hasrat tersebut.

Namun katanya, beliau belum dapat memberi penjelasan jumlah yang akan diberikan kepada lapan Adun Barisan Nasional (BN).

"Kita setuju untuk beri, bahkan kita sudah bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua minggu lalu, cuma tidak diisytiharkan lagi. Exco sudah putuskan mengenainya.

"Kita akan bagi peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat pembangkang di Kelantan, cuma jumlahnya kita sedang dibincang," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.

Mohd Amar juga berkata, pelbagai cadangan diutarakan antaranya bagi peruntukan sama rata dan kurang sedikit daripada peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat kerajaan iaitu RM100,000 setahun. 

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/adun-pembangkang-kelantan-diberi.html

SPRM bekukan akaun UMNO

JOHOR BAHRU 28 Jun - Akaun UMNO Pusat dan Selangor telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bertujuan bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh agensi itu.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara tersebut ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor di sini hari ini.

“Perkara ini baru saya ketahui sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat,” katanya.

Ahmad Zahid juga menjangkakan Kementerian Dalam Negeri akan meminta Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftaran parti itu tidak lama lagi.

“Perkara tersebut sudah hampir pasti berlaku dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bekerjasama dengan ROS dalam memutuskan perkara itu,” tambahnya.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa wang rampasan di rumahnya mempunyai kaitan dengan UMNO sebagai dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga calon Presiden dalam Pemilihan UMNO Sabtu ini berkata, mana-mana calon yang memenangi pemilihan tertinggi parti Sabtu ini juga tidak akan terlepas daripada siasatan.

“Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pemilihan UMNO pada kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan,” katanya sambil menyatakan me­reka yang kental dan setia sahaja akan terus bersama-sama parti walaupun apa pun berlaku.

Majlis itu turut dihadiri oleh calon Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga calon Naib Presiden UMNO.


MR : Ini adalah cara Mahathir pernah buat kepada UMNO pada tahun 80an dulu.... 

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/sprm-bekukan-akaun-umno.html

Tuesday, June 26, 2018

“Ular Lidi” Jumpa Zahid, Tak Jumpa Calon Presiden Lain Tau

CALON Presiden UMNO, Datuk Sri Zahid Hamidi mendedahkan disini bagaimana wakil dan pemimpin parti lawan kemudiannya berjumpa mahukan beliau membawa masuk UMNO ke dalam parti yang berkenaan.
Zahid bagaimanapun menolak pelawaan tersebut dan diantara komennya yang menarik untuk diulas ialah “lagipun berdasarkan kerusi yang kita ada, UMNO adalah ibarat ular sawa dan PPBM pula ibarat ular lidi. Takkanlah ular lidi pula yang mahu menelan ular sawa?,”.
Calang-calang orang boleh panggil parti lawan ular lidi tu.

Ada dua isu disitu, pertama bagaimana gabungan parti lawan yang dok ada sekarang ini saling tidak mempercayai antara satu sama lain sehingga UMNO nak dipelawa menyertai mereka dan kedua, bagaimana Zahid membuktikan beliau adalah pejuang parti dan tidak rela meihat UMNO dibubarkan demi nak menyertai parti lawan.
Walaupun kalau ikut dari segi untung rugi, lebih baik buat macam itu lagi {bubar UMNO sokong parti lawan).
Penulis lebih berminat untuk mengulas tentang ketegasan Zahid menolak perlawaan yang berkenaan dan dalam masa yang sama menyamakan parti lawan sebagai ular lidi. Sudah tentu bukan calang-calang orang boleh bercakap macam itu, memerlukan keberanian yang luar biasa hebatnya.
Melihat kepada latar belakang Zahid dan pengalaman jatuh bangunnya dalam politik, tidak pelik langsung.
Kalau nak dibandingkan dengan salah seorang calon Presiden tu, semua pasal parti lawan tu baik sebab depa bagi peruntukkan kepada wakil rakyat BN. Memanglah baik dia bagi peruntukkan (walaupun separuh lebih sedikit dari yang ahli parlimen mereka dapat) tapi lepas ni pembangunan di kawasan tu, buatlah sendiri. Duit dah bagikan?
Dulu memang kerajaan BN tak bagi duit pada wakil rakyat pembangkang tapi pembangunan di kawasan mereka, kerajaan BN jalankan.
Bagi peruntukkan ni sebenarnya strategi mereka untuk merampas kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Duit dah bagi, tapi kalau pembangunan tak sehebat mana, bolehlah buat propaganda untuk digantikan dengan orang mereka.
https://mykmu.net/2018/06/ular-lidi-jumpa-zahid-tak-jumpa-calon-presiden-lain-tau/