Saturday, July 28, 2018

Tarian gelek ‘tak haram kerana niat baik’? - Zawawi pengetua Tahfiz?

PETALING JAYA: Sebuah video tarian gelek yang memaparkan beberapa penari berpakaian seksi sempena majlis kutipan dana Tabung Harapan tular di media sosial sejak Rabu.

Acara yang dipercayai dianjurkan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Shah Alam itu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan penyebaran video berkenaan, netizen mula mengecam pihak kerajaan yang didakwa mencemari majlis kutipan derma dengan tarian yang mengghairahkan.

Turut terpalit dengan kontroversi tersebut ialah calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa tarian tersebut 'tidak haram kerana niat baik'.



Posting yang dimuat naik oleh Lokman pada Rabu.

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam yang menjadi pencabar Mohd Zawawi di Sungai Kandis turut menuntut penjelasan daripada Mohd Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh.

Lokman melalui posting di Instagram berkata: "Agaknya apa pendirian Pakatan Harapan memanggil tarian gelek LGBT untuk mengutip derma bagi Tabung Harapan ya?

"Mampukah seorang Adun Pakatan Harapan menyanggah perdana menteri atau timbalannya?

"Jika tidak, serahkan tugas itu kepada pembangkang dengan mengundi Barisan Nasional," kata Lokman.

Enggan membiarkan fitnah tersebut berleluasa, Mohd Zawawi menafikan bahawa PH terlibat dalam penganjuran majlis kutipan derma itu, sebaliknya ia dilancarkan oleh pihak ketiga iaitu badan bukan kerajaan (NGO).



"Ada pihak yang cuba memfitnah saya. Saya tidak pernah setuju aktiviti seperti tarian gelek itu diadakan bagi tujuan mengutip derma.

"Saya menolak politik fitnah diamalkan di negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Mohd Zawawi, beliau berpandangan acara seperti itu tidak wajar dipopularkan kerana ia tidak sihat untuk pembangunan sahsiah dan moral rakyat Malaysia.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 2,800 tanda suka.
MR : Makin hari makin rosak pimpinan yang ada imej Islam dalam Pakatan Harapan.... 

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/tarian-gelek-tak-haram-kerana-niat-baik.html

Perebutan dalam PKR makin Parah, hanya tunggu masa untuk pecah

Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik.

"Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

"Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

"Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

"Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri.

"Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor.

"Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

MR : PKR ni berasal daripada UMNO, dulu keluar UMNO tak dapat kuasa, bila dapat kuasa perangai menjadi UMNOlah.... 

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/perebutan-dalam-pkr-makin-parah-hanya.html

Himpunan Desak Ramasamy Letak Jawatan

Sahabat NGO Islam di sekitar Pulau Pinang hadir memberikan sokongan tanpa mengira fahaman politik & agama kepada Himpunan Desak Ramasamy letak jawatan. Dianggar sekitar 7000 berhimpunan sepanjang jalan untuk himpunan ini.



Ramasamy didukung mereka yang Pro-LTTE di Malaysia dan Ramasamy menyanjung tinggi pengganas seperti pengasas LTTE iaitu Prabakharan.

Kita tidak mahu mana-mana ekstrimis berleluasa di Malaysia tanpa mengira apa jua agama, bangsa dan parti politiknya.


Pihak NGO Islam sempat menyampaikan memorudum kepada wakil kerajaan Pualau Pinang.






MR : Tahniah NGO Islam dan ada bukan Islam di Pulau Pinang priihatin tentang kedaulatan negara kita.... 

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/himpunan-desak-ramasamy-letak-jawatan.html

Pemimpin Umno, PAS sertai Himpunan Kebangkitan Ummah

Pemimpin Umno dan PAS hari ini bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Ummah yang dianjurkan untuk mempertahankan Melayu dan Islam daripada unsur yang didakwa mengancam kepentingan dan haknya bawah Perlembagaan Persekutuan.
Antara pemimpin yang sudah hadir adalah Setiausaha Agung PAS Datuk takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan, anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii.
Himpunan yang bertemakan 'Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam' itu anjuran gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Setakat ini lebih 1,000 hadirin sudah mula memenuhi padang itu.
Turut hadir adalah bekas menteri dan anggota BERSATU Tan Sri Rais Yatim.
Dalam ucapan lantangnya, Rais menegaskan kembali bantahan terhadap kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
"Kita tak boleh ada lebih daripada satu sistem peperiksaan. Lihat Singapura, Indonesia, India...semuanya hanya ada satu sistem.
"(Jadi) apa cerita nak ada dua sistem (dan) sijil?" soalnya.
Rais juga menggesa hadirin agar terus melawan sebarang usaha melangkaui Perlembagaan Persekutuan dalam soal hak dan budaya Melayu serta Islam.
"Salah satu caranya adalah untuk tidak berhenti menyatakan bahawa di negara ini, hanya perlu ada satu sistem peperiksaan," katanya.
Nasrudin pula menggesa hadirin untuk bangkit mempertahankan Islam kerana menurutnya kerajaan memberi ruang kepada pihak tertentu untuk menyerang agama itu.
"Ruang yang diberi kepada mereka yang mengancam Islam semakin luas hari demi hari.
"Ada juga tekanan dan ancaman daripada pelbagai pihak yang mahu mengancam kesucian Islam," dakwanya yang merupakan anggota parlimen Temerloh.


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan kekecewaannya melihat anggota parlimen di pihak kerajaan yang dirasakannya secara terbuka mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.
"Beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab pemimpin sebelah sana (HARAPAN) yang mencabar kedaulatan raja...tanah ini dikatakan bukan lagi Tanah Melayu tapi Tanah Malaysia.
"Ini disebut dalam Parlimen, bahasa Melayu juga tidak lagi diberikan tempat sewajarnya," katanya lagi.
Sepanjang himpunan, kenyataan dan dakwaan pemimpin yang berucap berkisar soal dakwaan usaha pihak tertentu - yang dikatakan disokong kerajaan hari ini - untuk menjejaskan hak Melayu dan Islam yang dijamin kerajaan.
Mat Sabu, Mujahid dan Maszlee
Sejumlah pemimpin NGO menyasarkan pemimpin Melayu dan beragama Islam dalam kerajaan yang bagi mereka gagal melindungi hak golongan majoriti di negara ini, malah tunduk kepada tuntutan masyarakat minoriti.
Antaranya Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang menuduh Menteri Agama Datuk Mujahid Yusof Rawa sebagai gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak orang Islam.
Beliau juga mendakwa Menteri Pertanahan Mohamad Sabu sebagai "simpatisan komunis" yang kini diberi kepercayaan melindungi negara.
Dalam soal UEC, para pemberi ucapan membidas Menteri Pelajaran Maszlee Malik yang didakwa tunduk kepada tekanan DAP.
Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki - yang turut hadir - kemudian memberitahu pemberita bahawa himpunan itu merupakan tanda kerisauan orang ramai dan perlu dipandang serius kerajaan.
"Saya percaya kepada kuasa suara rakyat.
"Dan suara rakyat, yang melangkaui politik, jelas menyatakan kerisauan majoriti bahawa hak mereka dihakis oleh mereka yang kini memegang kuasa," katanya lagi.
Sejumlah 20 pemimpin NGO memberikan ucapan. Himpunan ditutup dengan bacaan doa pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

https://www.malaysiakini.com/news/436295

Satu lagi peletakan jawatan kerana 'nepostisme, kronisme' dalam PKR

Pergolakan dalaman PKR Selangor berhubung lantikan ahli majlis hari ini menyaksikan seorang lagi pemimpin sayap Pemuda parti itu meletakkan jawatan.
Melalui kenyataan medianya, pemangku ketua Pemuda PKR cabang Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad berkata dia meletakkan jawatan kerana partinya "menidakkan" sumbangan sayap Pemuda cabang yang dipimpinnya.
Ini kerana, jelasnya, tiada sayap Pemuda Sabak Bernam yang dilantik dalam kerajaan tempatan.
"Apakah benar anak muda tidak menyumbang? PKR cabang Sabak Bernam harus muhasabah dan rasional mengenai pelantikan (ahli majlis) ini. Anak mudalah antara penggerak parti ini (PKR) sedari awal penubuhannya pada 1998.
"Dan menguatkan lagi kenyataan ini apabila hanya anak muda yang terlibat mewakili parti keramat tersebut dalam jawatankuasa pilihan raya peringkat DUN dan parlimen Sabak Bernam.
"Di mana yang lain? Di mana anda semua yang dilantik saat anak muda memasang bendera, menguruskan pentadbiran pilihan raya, berjalan kaki melaksana kempen dan berbagai lagi," katanya.
Peletakan jawatan Abdul Mutalib itu menyusul sehari selepas peletakan jawatan Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman.
Selain Syed Badli, dua pemimpin peringkat cabang PKR bagi kawasan Sepang semalam turut tampil mengecam amalan "kronisme dan nepostisme" yang didakwa terjadi di dalam PKR Selangor dalam lantikan ahli majlis.
Mengulas lanjut, Abdul Mutalib mengulangi dakwaan serupa dan menyifatkan parti itu hanya mendahulukan "kaki ampu".
"Yang jelas parti ini hanya mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam setiap keputusan politik yang dibuat.
"Hanya yang berkepentingan dan kaki ampu saja didahulukan. Tidak lagi mengenengahkan konsep bakat dan pembangunan anak muda. Ampu dan keluarga sendiri lebih mustahak daripada matlamat perjuangan," katanya.
Abdul Mutalib menambah, tindakannya meletakkan jawatan adalah sebagai bersolidariti dengan rakan-rakannya yang lain bagi "menyedarkan" pucuk pimpinan tentang "kekotoran" yang terjadi di dalam parti.
Selain jawatan dalam PKR, Abdul Mutalib turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi sekretariat Pemuda Pakatan Harapan bahagian Sabak Bernam yang dijawatnya sejak 2016.
Abdul Mutalib bagaimanapun menegaskan bahawa amalan itu hanya melibatkan segelintir pemimpin PKR dan tidak menggambarkan keseluruhan pucuk pimpinan.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari semalam menafikan dakwaan Syed Badli dan menyifatkan pembahagian jawatan lantikan politik di negeri itu dibuat melalui sistem yang "adil dan demokratik" oleh jawatankuasa yang mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak.
Amirudin menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan pengerusi PKR Selangor.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan respons pemimpin PKR Selangor berhubung perkara ini.
https://www.malaysiakini.com/news/436321

Zahid: Kita boleh hidu rancangan HARAPAN mansuhkan MARA

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya dapat "menghidu" rancangan kerajaan untuk memansuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Dalam kenyataan media hari ini, Zahid mendakwa perkara itu akan terjadi sekiranya kerajaan melaksanakan konsep “pengasingan dan penyerapan” ke atas MARA.
Ketua pembangkang itu merujuk kepada laporan kemungkinan MARA dipecahkan dan fungsinya diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Usahawan.
Justeru, Zahid menegaskan Umno akan menentang usaha seumpama itu.
"Umno dapat menghidu jika formula ini dilaksanakan, ia sebenarnya jalan menuju kepada fasa penutupan dan pemansuhan MARA yang selama ini telah banyak berjasa dalam pembangunan Melayu dan bumiputera di seluruh negara
"Umno percaya usaha memecah-kecilkan MARA dan diletakkan dalam pelbagai kementerian akan menyukarkan MARA mencapai matlamatnya membantu Melayu dan Bumiputera," katanya.
Zahid juga menegaskan MARA tidak seharusnya menjadi mangsa "politik balas dendam," kerana ia sudah menabur bakti terhadap masyarakat Bumiputera selama 52 tahun.
Zahid menggesa agar kerajaan fungsi MARA dikekalkan dan diletak di bawah satu kementerian.
Laporan New Straits Times semalam memetik bekas pengerusi MARA tan Sri Annuar Musa yang mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa MARA dilapor akan dirombak dan dipecahkan kepada beberapa kementerian.
Senarai yang dilihat Malaysiakini, mengandungi cadangan rombakan pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Senarai itu juga menunjukkan fungsi MARA dibahagikan kepada beberapa kementerian.
Senarai itu, yang belum dimuktamadkan, juga menunjukkan beberapa GLC penting seperti Khazanah Nasional, Petronas dan Permodalan Nasional Berhad dijangka dipindahkan daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri.
https://www.malaysiakini.com/news/436325

PH membayar hampir RM1 juta untuk posting mengenai Mahathir dan DAP

Walaupun tak mampu tunaikan janji mansuhkan tol, ptptn dan hutang felda, kerajaan PH mampu membayar sehingga RM12 ribu untuk 1 posting article dan propaganda Tun Mahathir di FB Page Siakap Keli.

Video-Video Tun Mahathir pula dicadang dikeluarkan oleh pihak DAP. Kos untuk produksi dan pembikinan video adalah tidak diketahui lagi nilai peruntukannya.

Kerajaan PH juga memperuntukkan sehingga RM300ribu untuk google search, email dan iklan di youtube.

Kerajaan juga memperunukkan sebanyak RM558 ribu untuk FB Pages DAP dalam Bahasa Melayu dan Cina.

Jumlah keseluruhan hampir RM1juta. Job untuk media sosial ini nampaknya banyak dapat kepada DAP.


http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/ph-membayar-hampir-rm1-juta-untuk.html