Wednesday, August 29, 2018

Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah

Pemergian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke salah sebuah markas Syiah di Selatan Thailand, tiga hari lalu, menjadi persoalan netizen media sosial di Malaysia, khususnya Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menolak fahaman itu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikatakan menyertai majlis korban di masjid Zainabiyyah di Phatthalung, yang menjadi markas Syiah di wilayah itu.

Kehadiran beliau yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas berkenaan.

Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai polis dan tentera Thailand. Pada majlis itu, Mat Sabu turut menyembelih seekor lembu kurban.



Netizen media sosial mempertikaikan sama ada pemergian Mat Sabu ke majlis berkenaan dilakukan secara diam-diam sebagaimana beliau ke Syria, sebelum ini.

Pada 2013 lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan bahawa semua ajaran atau fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Malah, Jakim juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan ada fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Jakim yang menjalankan kajian mendapati, dakyah Syiah sebagai sebuah mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.



Mat Sabu sebelum ini didakwa mengikut fahaman Syiah.

Malah, pada 2013 lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika itu, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan bahawa Mat Sabu yang ketika itu Timbalan Presiden PAS, adalah pengikut fahaman Syiah.

Abdul Rahim pada sidang media di Putrajaya, pada 12 Disember 2013 berkata, kenyataan itu berdasarkan kepada 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN, termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni’ dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.



Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, di wilayah Satun, Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz berfahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi di mana seorang tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekali gus membuktikan Mat Sabu adalah salah seorang penganut Syiah.

Bagaimanapun, sehari selepas kenyataan KDN itu, Mat Sabu menafikan bahawa beliau adalah pengamal fahaman Syiah.

Beliau mengakui memuji kepimpinan dan perjuangan ulama Syiah Iran, Imam Khomeini yang juga ikon mazhab, tetapi menafikan ia bermakna beliau pengikut Syiah.

“Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

“Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah,” katanya yang menjelaskan akan mengambil tindakan terhadap, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu menjadi Naib Presiden UMNO, kerana menuduhnya Syiah.

Mat Sabu juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Rahim kerana didakwa mengemukakan bukti yang memfitnahnya.

Sumber : https://www.ismaweb.net

MR : Dr Rozaimi, Maza tutup mata telinga atas isu ini..... 

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/netizen-persoal-mat-sabu-sertai-majlis.html

Bekas pembantu khas speaker DUN Pulau Pinang ditahan

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang bekas pembantu khas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa dicabul lelaki itu. 

Sumber berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang hari ini selepas diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk memberi keterangan. 

"Menurut mangsa berusia 31 tahun, kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas semasa syarikat dia bekerja menganjurkan majlis jamuan sembahyang di bangunan syarikat kejuruteraan berkenaan di Jalan Rumbia, di sini. 

"Dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, mangsa naik ke tingkat tiga pejabat syarikat untuk mengambil minyak angin berikutan rakannya tidak sihat," katanya kepada Bernama, di sini malam ini. 

Katanya lelaki itu bertindak mengekori wanita berkenaan sebelum secara tiba-tiba menolak mangsa ke dinding serta mencium mulut serta meraba badan termasuk tempat sulit wanita tersebut. 

Sumber berkata mangsa yang terkejut dengan perbuatan lelaki itu menangis dan menjerit dengan kuat, namun tiada sesiapa mendengarinya kerana suasana di tingkat bawah ketika itu agak bising dengan persembahan nyanyian. 

"Lelaki itu kemudiannya memujuk mangsa yang sudah berkahwin tersebut supaya tidak terus menjerit serta menangis sebelum dia meninggalkan wanita berkenaan di situ. Mangsa yang trauma membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut," katanya. 

Katanya, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Bernama

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/bekas-pembantu-khas-speaker-dun-pulau.html

Mula-mula Suka Kemudian Padan Muka

Langkah untuk kembali kepada sistem SST merupakan langkah keterbelakang, terutamanya ketika lebih 160 negara di seluruh dunia sudah beralih kepada sistem GST. 

Hal ini kerana, hasil daripada persetujuan antara pakar-pakar dan pertubuhan ekonomi antarabangsa merumuskan GST tiada cukai bertindih (cascading effect), lebih telus dan mempunyai sistem kawal selia menyeluruh bagi mengelakkan penyelewengan. 

Cadangan menggantikan GST kepada SST seperti berbalik kepada roda petak daripada roda bulat. Penguatkuasaan cukai sebanyak 6% akan dikenakan pada setiap peringkat pengilang, pengedaran sehinggalah ke peringkat pengguna. 

Di bawah sistem SST, harga produk sering diubah suai sesuka hati oleh orang tengah kerana mereka tidak perlu menyatakan jumlah cukai sebenar. 

Terdapat banyak kes di mana pengilang tidak mendedahkan kadar SST mereka dan menyimpan kutipan cukai ini yang dikenakan ke atas pengguna. 

Apabila kita melihatnya secara objektif, GST merupakan langkah ke depan. Sekarang, ramai menentang GST kerana ia muncul secara jelas di dalam bil mereka, mengingatkan mereka sedang membayar cukai. Manakala di bawah sistem SST pula, peniaga tidak perlu menyatakan cukai. Jadi, kita tidak terasa seperti membayar cukai kerana tidak sedar kewujudannya. 

Ada yang akan bertanya, jika SST menjadikan barangan lebih mahal, mengapa harga barangan lebih murah sebelum kedatangan GST, iaitu di bawah SST? 

Terdapat 2 jawapan bagi persoalan ini. Pertama sekali dan yang paling popular adalah kegiatan pencatutan. Orang tengah mengambil kesempatan menaikkan harga dan menuduh GST penyebabnya. 

Sebab ke-2 adalah GST lebih cekap dan menyeluruh dalam pengutipan cukai kerana ianya dikawal selia sistem kukuh, menyebabkan tiada sesiapa dapat lari daripada dikenakan GST. 

Isu pokoknya, tiada sesiapa yang suka membayar cukai. Namun, penghapusan GST tidak bermakna cukai akan dihapuskan. Sebaliknya, SST akan dikembalikan. 

Jika ada pihak ikhlas mahu menghapuskan cukai kepenggunaan, mereka akan menurunkan kadar GST ke sifar, bukannya memperdaya orang dengan menukarnya kepada SST. 

Jadi, pembangkang perlu bersikap jujur terhadap rakyat, sudah tentu mereka tahu kelemahan sistem SST ini kerana ramai di antara mereka terdiri daripada golongan yang arif dalam ilmu kewangan. 

Jadi, adakah mereka benar-benar percaya kepada sistem ini atau mereka hanya mahu memansuhkan GST (untuk digantikan dengan SST) semata-mata untuk memancing undi? 

Kesimpulannya, terdapat 2 perkara utama yang perlu difahami. Pertama, sekiranya GST dihapuskan, ia akan disusuli SST. Kedua, SST adalah sistem lapuk dan tindakan mengembalikannya adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. 

Dasar yang diguna pakai untuk negara kita perlulah bersesuaian buat jangka panjang (#Forwardlooking), bukannya yang lapuk. Oleh itu, penting untuk kita menerapkan pemikiran #ForwardTogether demi merealisasikan masa depan cerah. Sufiyan Abas

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/mula-mula-suka-kemudian-padam-muka.html

Monday, August 6, 2018

PRM sertai PRK Balakong pula

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengesahkan mereka akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Balakong yang akan diadakan pada 8 Sept ini.
PRM yang menjadi antara parti terawal ditubuhkan di negara ini berkata mereka sedang menilai calon yang berpotensi, selain mengkaji selidik keadaan semasa bagi memastikan pemillihan dibuat adalah tepat.
Setiausaha Agung PRM Koh Swe Yong berkata keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 memperlihatkan perkembangan situasi yang tidak menguntungkan rakyat walaupun kerajaan persekutuan dan negeri kepada Pakatan Harapan.
Di Selangor pula katanya hanya ada tiga orang pembangkang di dewan undangan negerinya.
"Kuasa parti pemerintah di Selangor terlalu besar. Keadaan begini tidak sihat untuk pembinaan sistem demokrasi di Malaysia," katanya.
Justeru kata Koh demi masa depan rakyat PRM berpendapat semua parti pembangkang perlu bekerjasama demi memastikan mekanisme semak dan imbang wujud.
Katanya rakyat pasti mencari-cari jalan untuk membina sistem semak dan imbang itu supaya kukuh dan berkesan.
"Dalam keadaan baru ini, peluang adalah cerah untuk PRM bertanding," katanya.
Pengumuman itu menjadikan PRM sebagai parti kedua mengesahkan akan menyertai PRK terbabit selepas DAP yang mewakili HARAPAN.
Kerusi Balakong menjadi kosong apabila penyandangnya Eddie Ng meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.
Balakong pernah menjadi kerusi yang selamat buat MCA sehinggalah 2008 apabila mereka kecundang di situ.
Pada 9 Mei lalu Ng memenangi kerusi berkenaan dengan mengetepikan dua calon lain - termasuk PAS - dengan kelebihan 35,538 undi.
Setakat ini MCA belum mengesahkan sama ada mereka akan meletakkan calon di situ selepas mencatat prestasi yang malap di seluruh negara pada PRU ke-14 lalu.
PRM ditubuhkan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam pada 1955 dan menjadi parti berhaluan kiri namun kesannya kepada politik serta pilihan raya adalah terhad.

https://www.malaysiakini.com/news/437647

Kita janji hapus cukai eksais, bukan buat kereta baru'

Rafizi Ramli menegaskan Pakatan Harapan telah berjanji menghapuskan cukai eksais bagi menurunkan harga kereta, bukan berusaha mewujudkan perusahaan kereta nasional ketiga.
Naib presiden PKR berkata, sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, komitmen menghapuskan duti eksais kereta, yang dilihat mereka sangat membebankan, tidak pernah berubah.
“Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan.
“Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen Pakatan Harapan atau manifesto Pakatan Harapan yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga,” katanya.
Buku Jingga dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, pendahulu Pakatan Harapan, antara PKR, DAP dan PAS.
Tempat PAS kemudian diganti oleh serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam gabungan baru.
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof, kelmarin berkata, kerajaan sedia melancarkan “projek kereta nasional 3.0” menjelang 2020 seperti dibayangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Redzuan berkata kerajaan percaya langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara dan berpotensi besar.
Dalam kenyataan hari ini, Rafizi menegaskan, cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta lebih mahal berbanding negara-negara lain.
Beliau justeru membangkitkan sama ada idea untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat.
Berikut tiga persoalan yang dibangkitkan Rafizi:
  • Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?
  • Badan kerajaan mana yang akan mengambil tanggungjawab melaksanakan projek ini?
  • Adakah kerajaan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?
  • https://www.malaysiakini.com/news/437640