Thursday, September 13, 2018

MIC tak tanding kerusi tradisi di Port Dickson

PRK PD | Parti komponen BN, MIC mengumumkan bahawa tidak akan bertanding pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson meskipun ia merupakan kerusi tradisi mereka. 
Presiden MIC, Tan Sri SA Vignewaran berkata keputusan MIC dibuat secara sebulat suara di mesyuarat Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) hari ini.
Jelasnya, keputusan itu dibuat susulan kenyataan BN yang berhasrat untuk membincangkan sama ada akan bertanding di PRK itu.
"Kami kecewa dengan Umno yang tidak berbincang dengan kami sebelum membuat kenyataan hasrat bertanding.
"Kita hanya tiga parti komponen parti sahaja di BN. Nampaknya, tidak ada perubahan di BN," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Beliau juga menegaskan bahawa keputusan itu muktamad dan telah memaklumkannya kepada MCA.
"Kalau Umno nak tanding biar mereka tanding. Kita tidak akan campur tangan.
"Saya telah pun memberitahu keputusan saya kepada MCA. Dan mereka sokong penuh dengan pendirian kami," katanya.
Danyal Balagopal Abdullah semalam meletakkan jawatan sebagai anggota parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.
MIC mewakili BN bertanding di Port Dickson sejak empat penggal yang lalu.
Kawasan ini yang dibangunkan pada tahun 1974 dengan nama Teluk Kemang, dianggap sebagai kubu kuat BN dan MIC sehinggalah kerusi itu ditawan Datuk Kamarul Bahrin Abbas dari PKR pada tahun 2008.
Dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, Danyal mengekalkan kemenangan parti PKR dengan memperoleh 59 peratus daripada jumlah keseluruhan undi.
Menurut data PRU ke-14, kawasan parlimen ini terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus.
Mengulas lanjut, Vigneswaran turut menyatakan kemungkinan mewujudkan semula Gagasan Perikatan yang merupakan satu gabungan merangkumi Umno, MCA, MIC, PAS, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat pada tahun 1972 sebelum PAS diusir keluar pada tahun 1977.
"Saya kagum dengan layanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
"Saya telahpun memberi jaminan bahawa walaupun PAS merupakan parti berasaskan agama, partinya tidak sesekali campur tangan atau mengancam agama lain," jelasnya.

https://www.malaysiakini.com/news/442916

Anti Berita Tidak Benar Gagal Dimansuhkan: Bukti Langkah Pertama Kerajaan PH Gagal


1. Dewan Negara hari ini telah menolak pemansuhan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar dengan keputusan undian memihak kepada tidak bersetuju undang-undang tersebut dimansuhkan. Keputusan undian sebanyak  21 setuju RUU tersebut dimansuhkan manakala lebih 7 undian yang tidak setuju ia dimansuhkan dan 3 berkecuali. 

2.  Ini merupakan langkah pertama PH dalam merealisasikan manifesto PRU sebelum ini dengan berikrar akan menghapuskan akta yang menzalimi rakyat dan undang-undang ‘rimba’ kerajaan terdahulu. Akan tetapi, undian yang dikeluarkan tidak menyebelahi pihak Pakatan Harapan sekaligus membuktikan langkah yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan tidak disokong oleh Ahli Dewan Negara.

3.  Harus ditegahkan bahawa RUU Anti Berita Tidak Benar merupakan langkah bijak yang mampu membendung berita palsu hasil perkembangan media social. Serta ia mampu melindungi rakyat daripada berita tidak benar malah menghalang agen-agen penyebar fitnah berleluasa. Ia selari dengan kehendak agama yang melarang penyebaran fitnah yang jelas-jelas membawa kehancuran.

4. Persoalannya, apakah relevannya pemansuhan ini dijalankan? Malah penyebaran fitnah yang berleluasa dek kerana pemansuhan akta ini menyumbang kepada tekanan emosi dan masalah psikologi kepada mangsa. Oleh itu, keputusan kerajaan PH untuk memansuhkan akta ini langsung tidak relevan malah lebih banyak lagi akta lain yang lebih penting patut dibincangkan. 

5.  Sehubungan dengan itu, keputusan yang dikeluarkan hasil daripada undian Ahli Dewan Negara merupakan jalan terbaik yang tidak sama sekali mengetepikan hak rakyat untuk bersuara malah ia mampu mendidik rakyat supaya bersuara secara berasas dan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu. Dengan keputusan yang dikeluarkan jelas membuktikan langkah awal kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk dilaksanakan dan tidak selari dengan keperluan kehendak semasa.

Sekian.

YB Shaharizukrinain Abdul Kadir
Ahli Parlimen Setiu
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/09/anti-berita-tidak-benar-gagal.html

Husam seolah-olah bodoh dan buta bagaimana Tok Guru Nik Abdul Aziz guna Merc

KOTA BARU,12 Sept ― Faktor keselamatan individu dan kos penyelenggaraan lebih optimum berbanding Proton Perdana merupakan alasan kenapa kerajaan negeri Kelantan membeli kereta mewah untuk Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri itu. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penggunaan kereta mewah bagi mereka yang berjawatan berkenaan telah lama dipraktikkan kerajaan negeri malah ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi Menteri Besar Kelantan. 

“Kereta rasmi ini sepatutnya ditukar setiap lima tahun sekali tetapi kita kadang-kadang guna sampai 10 hingga 12 tahun, baharu kita tukar. 

“(Senator) Husam (Musa) sendiri pernah jawab isu ini (ketika beliau masih menjadi Exco),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini. 

Semalam, Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membeli sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah bagi kegunaan pegawai kanannya ketika negeri berkenaan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan. 

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata pembelian kereta mewah tersebut tidak dilakukan sekaligus malah dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan semasa. 

“Selalunya apabila Exco atau pegawai kanan tersebut tamat perkhidmatan, mereka akan minta beli kereta yang mereka gunakan. Jadi untuk Exco atau pegawai kanan yang baharu dilantik, kita terpaksa beli kereta baharu untuk mereka. 

“Exco kita ni banyak berjalan dengan kenderaan, nak pergi mana-mana pun biasa guna kereta, jarang naik kapal terbang. Makatentulah mereka perlu kepada kenderaan yang lebih baik untuk keselamatan, keselesaaan dan penjimatan daripada segi ekonomi,” katanya. 

Ditanya mengenai pemberian gred Pegawai Turus III kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Amar berkata ia perlu memandangkan gred antara Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah hampir sama. 

“Jadi ikut struktur mesti ada pegawai yang lebih tinggi dan pemberian gred Pegawai Turus III adalah secara Elaun Tanpa Berpencen (ETB). Beza emolumen antara Pegawai Turus III dengan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A yang disandang PKN juga adalah sedikit sahaja,” katanya. ― Bernama


MR : Husam ni kadangkala bercakap macam orang cerdik tapi sebenar bodoh dengan maklumat yang dia sendiri dulu tolong jawab apabila orang tanya kenapa TGNA guna merc baru....

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/09/husam-seolah-olah-bodoh-dan-buta.html

Mana membazir PRK untuk seseorang beli sebuah kereta Merc untuk kegunaan kerajaan?

KOTA BARU, 12 Sept ― Pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson untuk membawa kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim ke parlimen satu pembaziran, kata naib presiden PAS. 

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PRK tersebut tidak perlu ketika negara didakwa tidak ada sumber kewangan yang cukup, lapor Utusan Malaysia. 

“Pilihan raya yang disengajakan tidak patut berlaku di negara ini kerana buang masa dan buang duit. Malah, kosnya sahaja sudah mencecah jutaan ringgit,” katanya. 

“Ini juga bukan pertama kali dibuat, dulu dengan Langkah Kajang demi memenuhi cita-cita seorang individu”. 

Anwar bakal bertanding kerusi parlimen Port Dickson selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi. 

Danyal pada pilihan raya umum lalu menang majoriti 17,110 undi dalam pertandingan tiga penjuru mengalahkan calon PAS dan Barisan Nasional.

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/09/mana-membazir-prk-untuk-seseorang-beli.html

Kosongkan Kerusi Port Dickson Untuk DSAI, Ketua Wanita PKR Tidak Bersetuju

Umumnya, kita memahami sekiranya pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk membolehkan DS Anwar Ibrahim bertanding mendapat tentangan dari pembangkang seperti UMNO dan PAS. Namun, agak pelik apabila pencalonan Presiden PKR ini mendapat tentangan daripada Ketua Wanita PKR sendiri, Zuraida Kamaruddin. 

Menurut Zuraida, pengosongan kerusi Parlimen ini dilihat dangkal dan tidak mengikut saluran yang betul. Kita faham Zuraida dikatakan satu kem bersama-sama Azmin Ali. Jadi tidak hairanlah apabila di dalam sidang media pagi tadi hanya sebahagian fraksi PKR berada di dalam majlis berkenaan. 

Drama semakin menarik. Sila dapatkan 'pop corn' di pawagam-pawagam terdekat. 

Sumbert http://khairulryezal.blogspot.com

PAS pertimbang 1 lawan 1 di Port Dickson, kata Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: PAS akan mempertimbangkan saranan Barisan Nasional agar pembangkang menentang kerajaan secara 1 lawan 1 pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson. 

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya akan bermesyuarat dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok. 

“Memang sewajarnya 1 lawan 1, cuma PAS dan BN pun pernah bertanding pada pilihan raya dulu. Saya tak boleh mendahului parti, parti akan mesyuarat dan buat keputusan,” katanya. 

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mahu berbincang dengan PAS bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 menentang Pakatan Harapan (PH), selepas Ahli Parlimen PKR disitu meletak jawatan untuk membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen. 

Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan dia menghantar surat peletakan jawatan kepada speaker Dewan Rakyat hari ini. Pakatan Harapan dilaporkan mempunyai persefahaman iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Anwar, selepas tempoh masa tertentu. 

Anwar merupakan pilihan pertama gabungan itu untuk jawatan perdana menteri. 

Danyal memenangi Port Dickson dengan 36,225 undi pada 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594 undi). 

“Dalam konteks pilihan raya kecil khas untuk Anwar ini mungkin pilihan itu satu pilihan yang tepat,” kata Tuan Ibrahim. 

“Mungkin Anwar nak kerusi yang paling selamat bagi dia, saya ingat kerusi Port Dickson kerusi yang selamat.”
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/09/pas-pertimbang-1-lawan-1-di-port.html

Uyghur Menjerit: Tolonglah Kami Wahai Dunia Islam!

Apakah Anda mempercayai China, hanya karena negara itu memiliki ekonomi yang kuat dan memberi Anda beberapa manfaat? Di bawah ini adalah kompilasi berbagai laporan yang telah dirilis oleh pemerintah Amerika Serikat dan Kongres, Parlemen Eropa, PBB, dan Human Rights Watch selama dua tahun terakhir. Lihatlah, jangan terus menutup mata.

Pemerintah Komunis dan Fasis Cina memaksa suku bangsa Uyghur untuk menjadi komunis dan atheis.

Anak-anak Uyghur dipaksa untuk berbicara bahasa Cina, berpakaian pakaian tradisional Tiongkok, mengkonsumsi makanan haram, beribadah dan sujud ke patung Confucius, menghafal arti bendera Komunis, dan akhirnya menjadi 100% berasimilasi.

Kitab suci kami, Al-Qur’an telah dianggap sebagai buku jahat dan sedang dibakar dalam jumlah  berton-ton.

Lebih dari 2 juta Muslim Uyghur dikurung di kamp konsentrasi mirip dengan gaya Nazi, di mana mereka dipaksa untuk mengutuk agama mereka dan makan daging babi, dengan dalih “memerangi ekstremisme.

Bahasa Muslim Uyghur telah dilarang dari penggunaan resmi dan pendidikan, sedangkan semua buku dalam bahasa Uyghur juga dibakar.


Dari 24.000 masjid di seluruh Turkistan Timur, lebih dari 20.000 di antaranya telah dihancurkan, diubah menjadi kantor-kantor pemerintah, diberikan kepada pebisnis Cina, dan berubah menjadi pusat propaganda.

Lebih dari 60.000 guru agama, dan ulama telah dibuang ke penjara dengan dalih “memerangi ekstremisme”. Ulama besar Muhammad Salih terbunuh di penjara, dan imam terkenal lainnya seperti Abdushukur Haji telah dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.

Di bawah apa yang disebut Kebijakan Keluarga Berencana, Tiongkok membunuh ribuan bayi yang masih berada di rahim ibu mereka, bahkan pada usia 9 bulan.

Mereka yang berada di kamp konsentrasi dipaksa untuk mencela Islam dan identitas Muslim mereka, mereka dipaksa untuk berjanji bahwa mereka adalah orang Cina, dan bahwa mereka komunis.

Setelah mengirim orang ke kamp konsentrasi, pemerintah China membawa ratusan ribu pria China untuk tinggal di rumah keluarga Muslim dan memaksa wanita Muslim untuk menikahi mereka. Semua gadis dan perempuan Uyghur di desa-desa dipaksa menikahi laki-laki Tionghoa atheis.


Lebih dari 200.000 anak-anak termasuk bayi yang orangtuanya dikurung di kamp-kamp konsentrasi juga telah dikirim ke kamp konsentrasi remaja.

Orang Cina telah menempatkan kamera keamanan pengenal wajah di setiap sudut jalan di Turkistan Timur, lebih jauh lagi mereka mengumpulkan sampel DNA, pemindaian retina, dan sampel suara jutaan orang Uyghur. Pejabat Cina menggunakan data untuk mengambil organ dari Uyghur untuk digunakan oleh orang-orang China dan pejabat yang kaya.

Puluhan ribu mayat pemuda Uyghur yang menghilang telah ditemukan, dan organ mereka telah diambil untuk digunakan oleh orang Cina.

Lingkungan di seluruh Turkistan Timur telah ditutup dengan pos pemeriksaan keamanan di mana-mana sehingga tidak ada kebebasan bergerak bagi umat Islam.

Semua paspor Uyghurs telah dicabut, internet dan telekomunikasi dengan dunia luar telah dihambat. Setiap orang Uyghur yang telah mengunjungi Arab Saudi, Mesir, Turki, dan Pakistan atau memiliki anggota keluarga yang tinggal di negara-negara ini, semuanya telah dijatuhi hukuman lebih dari 10 tahun penjara.


Pemerintah Cina menyuruh Mesir mendeportasi ribuan mahasiswa Uyghur yang baru belajar Islam, banyak yang dieksekusi ketika tiba di Turkistan Timur. China mengumpulkan informasi dari ribuan orang Uyghur dan menekan Arab Saudi, Uni Emirat Arab, dan Pakistan untuk mendeportasi semua orang Uyghur.

China memaksa Uyghurs di luar negeri untuk menjadi mata-mata mereka. Semua pejabat, para intelektual, penulis, artis, aktor, penyanyi, dan pengusaha Uyghur telah dikumpulkan dan dikirim ke kamp-kamp konsentrasi dengan dalih bersaksi palsu.

Semua tanah milik orang-orang Uyghur, rumah, bisnis, dan properti pribadi telah disita dan diberikan kepada pemukim Cina (kolonis), memaksa orang-orang Uyghur jatuh miskin.

Cina menduduki negeri yang kaya sumber daya, Turkistan Timur, dan Uyghur telah melakukan perlawanan terhadap China, sehingga China sedang melakukan genosida rahasia dan asimilasi yang jelas dari pemilik sah Turkistan Timur.

Oh Dunia Islam! Hanya ada satu partai politik di Tiongkok, hanya satu kelompok etnis yang memiliki kekuatan dan kendali politik. Populasi etnis Han Cina lebih dari 1,3 miliar, dan mereka mendikte dan mengendalikan segalanya. Mereka adalah fasis, mereka adalah atheis, mereka tidak mempraktekkan agama, sehingga mereka memandang rendah dan membenci Muslim. Mengambil keuntungan dari hubungan tegang antara dunia Muslim dan barat, Tiongkok telah membujuk Dunia Muslim untuk meninggalkan saudara-saudari Muslim Uyghur mereka. Media asing dan jurnalis tidak dapat secara independen menyelidiki dan melaporkan, sehingga ketika Uyghur menahan penindasan, pembantaian Uyghur oleh Cina di seluruh permukiman, desa, dan kota-kota, mereka gambarkan sebagai “teroris”.

Orang Cina menguasai penipuan, mereka menipu banyak pemerintah, karena mereka memiliki kekayaan dan memegang kendali penuh. Jika Anda tidak mempercayai kami, maka Anda dapat bertanya kepada Uyghur, bahkan penulis permohonan bantuan ini, memiliki lebih dari 23 sanak saudara yang secara ekstra-yudisial dihilangkan secara paksa dan dikirim ke kamp konsentrasi seperti jutaan orang Uyghur lainnya, hanya karena China melihat Uyghurs sebagai ancaman.

Oh hamba-hamba Muslim ciptaan Allah, Bangunlah! Musuh sejati Islam adalah Komunis, karena mereka memposisikan mitra mereka dengan Allah dan menyembah Marx dan orang-orang yang menyukai dia. Mereka mencoba menempatkanya ideologi Cina, penipuan Cina, budaya Cina, tata kelola ekonomi politik Cina, cara pembangunan Cina, dan cara hidup Cina di seluruh dunia. Ketahuilah bahwa jika mungkin tampak seolah-olah mereka membantu Anda dengan berinvestasi di negara Anda, hasil akhirnya adalah bahwa mereka hanya menyiapkan negara Anda untuk menjadi koloni di masa depan.





Jika dunia Islam dan bangsa Turkistan terus berdiam diri dan membiarkan Cina untuk melakukan genosida, maka bangsa yang beradab yang memberikan banyak kontribusi kepada umat manusia akan  hancur dari muka bumi! Nafsu pada keinginan material duniawi mengarah pada semua kejahatan! Dunia Islam tidak seharusnya menjadi korban dari keinginan mereka, sebaliknya mereka harus kembali ke jalan kebenaran dan keadilan!

Ya Allah, bebaskan Muslim Uyghur dari penindasan! Tolong bangunkan dunia Islam dan berikan kekuatan dan  semangat kepada bangsa Turkistan.

Sumber :
https://www.seraamedia.org/2018/05/01/uyghur-menjerit-tolonglah-kami-wahai-dunia-islam/
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/09/uyghur-menjerit-tolonglah-kami-wahai.html