Tuesday, August 27, 2019

Apa perkembangan lima kes pemimpin DAP?

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut pihak kerajaan dan pihak polis memperincikan perkembangan siasatan kes yang melibatkan lima orang pemimpin DAP. Banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga ke hari ini, semua kes tersebut masih belum diputuskan. Rakyat berhak untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus dan adil. 
 
Lima kes tersebut diringkaskan seperti berikut; 
 
Pertama, kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P. Ramasamy (DAP) yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang Kalashnikov (AK-47). 
 
Kedua, kes Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (DAP) yang menuduh orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan.  
 
Ketiga, kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang telah membuat fitnah dengan mendakwa pihak kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi masyarakat India di Malaysia.  
 
Keempat, kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor, V. Ganabatirau (DAP) yang menuduh kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, Selangor. 
 
Kelima, kes Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto (DAP) yang menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan setelah pihak Kerajaan Negeri Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan. 
 
Lima kes yang melibatkan pemimpin DAP ini sangat kritikal kerana ia telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Pihak kerajaan dan polis mesti memberi penjelasan tuntas berhubung kes ini. 
 
Sekian, terima kasih.     
 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) 
26 Zulhijjah 1440 | 27 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 27/8/2019

Nizar kalah dalam PAS kononnya kerana cai, kalah dalam AMANAH dengan hanya 70 perwakilah kerana apa?

IPOH - Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Gopeng pada Mesyuarat Tahunan Kawasan Gopeng yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ipoh hari ini.

Perkara berkenaan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Perak, Akhiruddin Taib selepas proses undian dan pengiraan undi selesai dibuat hari ini.

Mohamad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat itu tewas setelah tidak mendapat undi 15 teratas.

Pada pemilihan berkenaan, seramai 70 perwakilan telah menjalankan tanggungjawab memilih 15 ahli jawatankuasa daripada 22 calon yang bertanding.

Sejurus keputusan diumumkan, kesemua 15 ahli jawatankuasa baharu yang rata-rata adalah muka lama telah mengadakan mesyuarat untuk melantik ketua, timbalan ketua dan naib ketua Amanah bagi kawasan berkenaan.

Badrin Abdul Khalid kekal sebagai Ketua Amanah Kawasan Gopeng, manakala Shahari Anuar Ibrahim dilantik sebagai timbalan dan jawatan naib ketua disandang Mat Razali Abdul Rahman serta Abdul Aziz Omar.

Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Gopeng dirasmikan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Adly Zahari.

Bayangkan untuk dapat senarai dalam 15 orang pun dia tak berjayaa... dia tu Timbalan AMANAH Negeri. Maknanya kena cantas dan dia hanya dipergunakan sahaja. 

Ikatan, Berjasa kini sertai kerjasama Umno-PAS

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Berjasa hari ini bersetuju untuk menyertai kerjasama politik yang digerakkan sebelum ini oleh PAS dan Umno.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Katanya Abdul Hadi, Ikatan dan Berjasa akan menyertai kerjasama politik Melayu itu melalui Gagasan Sejahtera.

Kata anggota parlimen Maran itu Berjasa dan Ikatan juga menerima kerjasama dilakukan PAS dengan Umno yang dibuat atas kerangka taawun siyasi.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna Ikatan dan Berjasa sedia menyertai kerjasama PAS dan Umno, Abdul Hadi berkata: "Ya, seperti mana PAS mewakili Gagasan Sejahtera, sebagaimana Umno mewakili BN."

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama, Presiden Ikatan Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Berjasa, Mohd Hazizi Ab Rahman.

Sebelum ini, Abdul Kadir berkata Ikatan masih belum berminat untuk menyertai kerjasama membabitkan Umno dan PAS, namun parti itu kekal dalam Gagasan Sejahtera.

“Setakat ini kita belum fikir lagi sama ada hendak bersama dengan PAS dan Umno dalam perpaduan ummah. Kita tengok dulu macam mana.

“Lagi pun masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang keputusan atau pendirian kerana kerjasama PAS dan Umno masih baru dan belum ada apa-apa hala tuju yang tetap,” katanya pada awal Ogos lalu.

Sementara itu, Abdul Kadir memberi penjelasan berhubung keputusan parti itu menyertai kerjasama politik PAS dan Umno.

Kata bekas menteri kanan Umno itu, keputusan berkenaan dibuat memandangkan PAS dapat menerima perjuanga Ikatan untuk masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kami ahli bersama dengan PAS, nama parti Ikatan Bangsa Malaysia, makna kata, berbilang kaum. 

"Jadi bermakna apabila kami sudah sepakat dengan PAS makna parti itu (PAS) dapat menerima konsep bangsa Malaysia bahawa di negara ini, parti politik akan melindungi kepentingan semua kaum dan agama," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditanya sama ada Ikatan kurang senang dengan kerjasama Umno, PAS, beliau berkata dakwaan itu tidak betul.

"Itu tidak betul, kita berunding atas nama Gagasan Sejahtera merangkumi Ikatan dan Berjasa," katanya.

https://mindarakyat.blogspot.com/2019/08/ikatan-berjasa-kini-sertai-kerjasama.html

Wakil rakyat kalah pemilihan bukti demokrasi subur dalam Amanah

Beberapa kejutan dalam pemilihan Parti Amanah Negara (Amanah), termasuklah kekalahan wakil rakyat menempatkan diri sebagai ahli jawatankuasa (AJK) kawasan, diterima secara positif oleh parti tersebut.
Malah, menurut setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir, Amanah “bersyukur” dengan perkembangan tersebut kerana ia menunjukkan dengan jelas bahawa demokrasi semakin subur dalam parti.
“Sudah tentu perkembangan ini mengejutkan kerana Adun atau anggota Parlimen pada kebiasaannya merupakan calon yang boleh menang mudah tetapi itu tidak berlaku dalam pemilihan Amanah.
“Senario ini telah meletakkan semua calon dalam padang yang sama rata. Tiada pihak mempunyai kelebihan. Semuanya perlu bekerja keras dan lebih agresif [...] bagi melayakkan mereka dipilih menganggotai jawatankuasa kepemimpinan.
Iklan

“[...] Ahli-ahli sekarang begitu teliti mengawasi gerak kerja calon sebelum membuat keputusan. [...] Ahli-ahli berani membuat keputusan secara rasional demi masa depan parti Islam ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Anuar turut memuji keputusan pemilihan di kawasan Subang yang memilih seorang wanita sebagai ketua kawasan, yang menurutnya satu pengiktirafan kepada golongan yang bersama-sama berganding bahu membina parti itu.
Antara keputusan pemilihan Amanah yang dianggap mengejutkan, ialah apabila bekas menteri besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tewas dalam pemilihan di peringkat kawasan Gopeng, Sabtu lalu.
Adun Sungai Rapat itu gagal menempatkan diri dalam kalangan 15 calon anggota jawatankuasa (AJK) kawasan yang menerima undi terbanyak yang dipilih oleh 70 orang perwakilan parti.
Untuk rekod, Amanah mengamalkan dasar musyarawah dalam kalangan 15 calon tertinggi peringkat kawasan untuk memilih ketua masing-masing.
Sementara itu, Anuar menyifatkan proses pemilihan kepemimpinan parti berlaku dengan lancar tanpa sebarang provokasi, dan berharap situasi sebegitu boleh dikekalkan sehingga Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 pada Disember nanti.
Setakat semalam, difahamkan empat negeri telah selesai membuat pemilihan di peringkat kawasan, manakala negeri-negeri lain dijangka selesai pemilihan pada awal September. 
Konvensyen Amanah peringkat negeri pula dijadualkan berlangsung Oktober ini.

SIS gagal cabar fatwa 'sesat' dari Selangor

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas fatwa dikeluaran pihak berkuasa Islam Selangor.
Semasa menyampaikan keputusan berkenaan hakim Nordin Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Selangor mematuhi semua prosedur yang ditetapkan semasa mengeluarkan fatwa tersebut.
"Justeru permohonan semakan kehakiman ini ditolak dengan kos RM10,000," katanya.
Fatwa yang dipertikaikan SIS itu dikeluarkan pada awal 2014. Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan SIS sebagai "sesat" berdasarkan pendirian pertubuhan berkenaan dalam beberapa isu.


Fatwa tersebut kemudian diwartakan oleh kerajaan negeri pada Julai tahun yang sama.
Ekoran itu SIS memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman atas fatwa tersebut pada kira-kira tiga bulan kemudian bagi mengisytiharkannya sebagai tidak terpakai ke atas sesebuah pertubuhan.
Menurut Nordin, beliau mendapati fatwa dikeluarkan terhadap SIS tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah dan ia dihadkan oleh perlembagaan.
"Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal ehwal berkaitan undang-undang syariah berada bawah undang-undang negeri," katanya.