Wednesday, March 26, 2008
Sunday, March 23, 2008
Israel Benarkan Kereta Perisai Untuk Fatah
BAITULMAQDIS 22 Mac – Rusia semalam bersetuju dengan syarat-syarat Israel berhubung penyerahan kereta berperisai kepada pasukan keselamatan Palestin di bawah pentadbiran Presiden Mahmoud Abbas.
Israel pada November lalu bersetuju membenarkan kerajaan Palestin menerima 50 kereta perisai ringan buatan Rusia tetapi tuntutan Palestin supaya kenderaan berkenaan dilengkapi meriam di atasnya telah mencetuskan pertikaian.
Pegawai Israel semalam berkata, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov memaklumkan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semasa pertemuan mereka kelmarin bahawa Rusia bersetuju menyerahkan kenderaan tersebut tetapi tanpa meriam.
Bagaimanapun, belum jelas bilakah kereta berperisai itu akan diserahkan kepada pasukan keselamatan Mahmoud.
* Kereta perisai untuk Fatah? Untuk Fatah berhadapan dengan siapa? Israel ataupun Hamas?
Ketua Kampung Seluruh Perak Boikot MB
LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan parti pembangkang berkuat kuasa serta merta.
Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said berkata, ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang kelmarin dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah.
‘‘Kami dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.
‘‘Justeru, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” katanya di sini hari ini.
Kassim berkata, pihak persatuan juga akan membuat pertemuan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju pertubuhan tersebut.
Katanya, dalam pertemuan itu pihaknya akan mencadangkan agar kementerian supaya melantik semua ahli sebagai ketua penyelaras pembangunan kampung seperti yang dilaksanakan di Kelantan.
‘‘Melalui kaedah itu proses membangun dan menyalurkan semua projek pembangunan dari kerajaan pusat kepada masyarakat bawahan dapat diselaraskan,” katanya.
* Selepas ini jika rakyat boikot semua ketua kampung, kira adillah.
Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah MB
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.
Surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO. – Utusan.
Saturday, March 22, 2008
Adun PAS parah kemalangan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Galas, Che Hashim Sulaima, 44, cedera parah selepas kereta yang dinaikinya bersama keluarganya terbabas di kilometer 36 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dalam kkira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Bagaimanapun, hari ini keadaan beliau dilaporkan dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat wakil akyat itu di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu hari ini, berkata Che ashim juga telah boleh menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
Menurut polis semalam, isteri Che Hashim - Aida Zakaria, 40, dan anak mereka, Alia, 4, yang patah tangan kanan, serta Amsha, 2 mengalami pendarahan dalam perut.
Dua lagi anak mereka - Najilah, 12, dan Nadiah, 10, cedera ringan.
Che Hashim dan isterinya yang agak kritikal kerana mengalami pendarahan di kepala, dibawa ke Hopital Kuala Krai, manakala dua anak mereka yang cedera itu dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut.
Amsha bagaimanapun terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Krai kerana mengalami pendarahan dalam perut yang serius.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob telah menziarahi mangsa sebelum mereka dipindahkan ke hospital di Kota Bharu,
Harakah Daily memetik Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad sebagai berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam ketika Che Hashim sekeluarga dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pasir Puteh apabila kereta mereka terbabas ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit di tepi jalan.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Che Hashim menewaskan calon Barisan Nasional Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Kerusi Galas yang terletak dalam kawasan parlimen Gua Musang itu merupakan kubu kuat Umno. Difahamkan ini adalah percubaan kedua Che Hashim untuk merampas kerusi tersebut dari BN.
sumber
Shahidan Kasim... Wahabi Yang Terpinggir
SHAHIDAN DERHAKA?
SHAHIDAN PUNCA UMNO PERLIS KUCAR-KACIR
SHAHIDAN MALU BESAR
REDHA SETELAH MELEPAS
KATA DULANG PAKU SERPIH
KERANA BOLA (BUKAN KERANA AGAMA) SANGGUP BEGINI?
Thursday, March 20, 2008
Hotel Untuk Wanita di Saudi
Akhbar Arab News melaporkan semalam, perasmian Hotel dan Spa Luthan di Riyadh kelmarin yang dimiliki sekumpulan usahawan wanita Arab, juga menjadi tempat penginapan pertama seumpamanya di rantau Teluk.
Malah, hotel yang memiliki 25 suite mewah dan bilik serta kemudahan rekreasi termasuk perkhidmatan spa ala Eropah, 150 jenis program kesihatan dan senaman serta restoran yang kesemuanya diuruskan kakitangan wanita.
Hotel itu menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada wanita saja, khususnya kalangan usahawan wanita yang singgah di Riyadh bagi tujuan perniagaan.
Upacara perasmian hotel yang terletak di utara Riyadh, disempurnakan Putera Sultan Salman yang juga Setiausaha Agung Majlis Pelancongan Saudi.
Tentera AS Bunuh 2 Kanak-kanak Afghanistan
MUQIBEL, Afghanistan 19 Mac – Tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh enam penduduk awam termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita dalam operasi “menghapus pengganas” di barat daya negara ini, semalam.
Operasi ke atas satu lokasi di Kampung Muqibel itu menyebabkan kemarahan penduduk dan mereka mendesak kerajaan mengusir tentera AS dari Afghanistan.
“Kami Akan Melakukan Jihad” dan “Bush Mesti Mati” dilaungkan oleh para penduduk sewaktu mengadakan bantahan di hadapan pejabat gabenor di sini.
Gabenor wilayah Khost, Gul Qasim berkata, tentera AS menyerbu dua buah rumah milik dua lelaki bersaudara dan membunuh tiga lelaki, dua kanak-kanak dan seorang wanita dalam kejadian tersebut.
“Mereka bukan sahaja menahan dua lelaki malah menembak kanak-kanak di kepala dan dada.
“Ia merupakan tindakan keterlaluan kerana semua orang pasti tahu bahawa kanak-kanak berusia 10 tahun itu tidak mungkin menganggotai kumpulan pengganas,” tegas Gul.
Pembunuhan itu berlaku pada hari dimana dua Ahli Parlimen Afghanistan mendakwa pesawat tentera Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) membunuh hampir 30 orang termasuk penduduk awam dalam satu kejadian di wilayah Helmand.
– Reuters
Monday, March 17, 2008
Islam mata pelajaran di Jerman
Akhbar tempatan, Deutsche Well melaporkan semalam, kesediaan Berlin itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Wolfgang Schaeuble pada hari terakhir Persidangan Islam anjuran kerajaan di sini, kelmarin.
sumber
3 Terbunuh di Thailand
PATTANI 16 Mac - Sekurang- kurangnya tiga orang maut dan 18 lagi cedera dalam dua letupan bom di selatan Thailand malam tadi.
Sebutir bom seberat 20 kilogram yang disembunyikan dalam sebuah kereta dekat pintu masuk hotel CS Pattani di sini sebelum diletupkan dengan alat kawalan jauh, menyebabkan dua lelaki terbunuh dan 13 orang lain cedera, kata polis.
Tiga mangsa cedera parah dalam letupan yang memusnahkan lebih 12 buah kereta dan merosakkan bahagian depan hotel mewah itu.
Turut cedera ialah senator dari wilayah Pattani, Anusas Suwanmongkhol yang juga pemilik hotel berkenaan.
22 Pelajar Iran Maut Kemalangan
TEHERAN 16 Mac - Seramai 22 pelajar sebuah universiti di sini terbunuh akibat terbakar hidup-hidup apabila sebuah bas yang dinaiki berlanggar sebuah lori tangki minyak dalam satu kejadian di barat laut Iran, petang semalam.
Tujuh lagi penumpang cedera dalam nahas itu.
Bas yang membawa pelajar lelaki untuk pulang ke rumah di Bandar Mashhad di bahagian timur laut Iran bertembung dengan lori itu ketika melalui jalan antara daerah Khuzestan dan Lorestan.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku berpunca dari pemandu lori tangki itu yang dipercayai mengantuk sambil memandu laju.
Jalan-jalan raya di Iran dianggap antara jalan paling merbahaya di dunia apabila sekurang-kurangnya 100,000 daripada 70 juta rakyatnya mati sejak lima tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
- AFP
Nizar Angkat Sumpah Jadi MB Perak
|
Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, hari ini. |
KUALA KANGSAR 17 Mac – Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.
Pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.
5,000 penyokong sambut MB baru Perlis
KANGAR 17 Mac – Datuk Dr. Md. Isa Sabu yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis petang ini, diberi sambutan meriah pada majlis perhimpunan yang dihadiri lebih 5,000 penduduk negeri ini dan penyokong beliau di pekarangan Stadium Utama di sini hari ini.
Sebelum itu, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah juga disambut dengan ribuan penduduk Perlis dan penyokong beliau yang kemudiannya mengiringinya dengan bas dan kereta sejauh lebih 50 kilometer ke Kangar untuk menghadiri perhimpunan itu.
Md Isa, 61, ketika memberikan ucapan sulungnya selama 15 minit berkata, kerajaan Perlis yang diterajuinya akan bersikap lebih telus kepada rakyat selain memastikan perpaduan menjadi agenda penting.
Sunday, March 16, 2008
Isu-isu Terkini Pulau Pinang
- Lakonan pemimpin Umno Pulau Pinang mahu tunjuk lagak hero Melayu
- Mahu ke mana Melayu Pulau Pinang?
- Saman dibatalkan satu kejayaan membela rakyat
- Ternyata DEB disalah guna pemimpin, kroni BN
- Jangan gunakan majlis agama untuk adakan perhimpunan haram polis
- Kerajaan Pulau Pinang sambut baik langkah PM teruskan projek persekutuan
- Demonstrasi bukan cara betul sampaikan pandangan, kata Tsu Koon
- Awas provokasi Umno wujudkan ketegangan melalui isu DEB
- PAS sokong KM dan TKM baru Pulau Pinang
- Awas provokasi hasut Melayu Pulau Pinang demonstrasi
- Banyak Isu Alam Sekitar di Pulau Pinang Belum Terjawab
- BENGKEL NELAYAN PANTAI 2005
- Ramai Melayu muflis
- Pengangkutan Awam Lemah macam CM
- GRO warga asing ditahan
- Bimbang kebanjiran pendatang
- Mak Nyah di Malaysia ada 100 000 ribu
- 30 tahun tunggu air bersih
- Suruhanjaya Harga patut ditubuh
- Inkuiri Awam Suhakam
HAMAS Berjaya Halang Operasi Tentera Israel
Para pejuang HAMAS dengan gagah berani menghadang sepasukan tentera Zionis-Israel yang sedang mernacang untuk menyerbu ke kota West Bank, Qalqila, Jumaat (14/7), demikian penegasan jurucakap Briged Al-Qassam kepada Pejabat Berita Ma’an News Agency.
HAMAS menjelaskan, dalam penghadangan yang dilakukan di jalan raya Nablus, HAMAS berjaya mengusir sepasukan tentera Zionis yang sebelumnya telah menggeledah sejumlah rumah warga Palestin dan menyeksanya.
Briged al-Qassam Berjaya Tembak Helikopter Israel
Abu Ubaidah, jurucakap Briged Al-Qassam, menyatakan sememangnya para pejuang Palestin telah memiliki kemampuan dan persenjataan untuk menembak jatuh helikopter tempur Israel yang canggih.
“Kami sekarang telah mampu menembak helikopter Zionis yang sedang terbang tinggi. Peristiwa malam Jumaat lalu membuktikan kemampuan kami walaupun hal itu dilakukan malam hari tanpa bantuan lampu sedikit pun. Divisyen artileri udara kami telah memperlihatkan kepada dunia bahwa rakyat Palestin telah mampu mengusir penjajah Israel walau mereka di udara sekali pun.”
“Kami juga akan terus meningkatkan kemampuan senjata dan strategi tempur kami sehingga tentara Zionis tidak bisa sedikit pun menginjak-injak kedaulatan Tanah Palestin yang suci. Allah bersama kita!” tegas Abu Ubaidah. (rz/MNA)
UM 16 MAC 2008
Krisis pilih MB Terengganu, Perlis - Reda jika tak jadi MB
Kontroversi pelantikan MB Terengganu - Perjumpaan 23 ADUN dengan MPPR dibatal
Kontroversi pelantikan MB Perlis - Radzi nafi halang Shahidan
Guan Eng minta tutup isu
PM Pakistan diumum minggu depan
Hina nabi, OIC akan bertindak
Depot meletup 170 terbunuh, cedera di Albania
Saturday, March 15, 2008
Israel curi harta anak yatim Palestin
MANGSA ZIONIS: pelajar dari sekolah yang dikendalikan badan amal Islam di Hebron kelmarin membantah tindakan tentera Israel menyerbu rumah anak yatim. |
RAMALLAH: Beratus-ratus tentera Israel yang dibantu kereta perisai, menyerbu rumah di bawah kendalian Persatuan Kebajikan Islam Palestin, termasuk asrama anak yatim dalam satu serbuan kejam di Hebron, awal minggu ini.
Selain merosakkan harta benda, askar Zionis itu turut mencuri hasil sumbangan asing termasuk makanan, pakaian, kasut dan perabot yang semuanya mencecah ratusan ribu dolar.
Malah bukan setakat makanan seperti hasil tenusu, tetapi juga peralatan penting dapur dan peti sejuk turut dicuri tentera Zionis berkenaan, kata saksi dan pegawai majlis tempatan.
Perlis Bakal Huru-hara?
Bashir Ishak
Sat | Mar 15, 08 | 12:27:35 pm MYT
KANGAR, 15 Mac (Hrkh) - Siapa Menteri Besar kami? Mungkin itu yang sedang berlegar di fikiran rakyat Perlis sehingga hari ini.
Ini berikutan situasi terkini apabila wujudnya dua nama yang bakal mengisi jawatan panas tersebut.
Semalam, umum mengetahui pihak Istana Perlis telah memperkenankan perlantikan Dato' Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar sedangkan penyandang, Dato' Seri Shahidan Kassim pula membawa watikah perlantikan daripada Perdana Menteri.
Sekali imbas ianya dilihat seperti wujudnya konflik antara Istana Perlis dan Putrajaya dan siapakah yang lebih berkuasa di atas perlantikan ini?
Md Isa dilantik berdasarkan peruntukan yang termaktub di dalam undang-undang di mana Raja Perlis berhak melantik seorang Menteri Besar sedangkan Shahidan pula mempertahankan beliau membawa mandat partinya, Barisan Nasional.
Drama perlantikan Menteri besar Perlis ini adalah rentetan pelbagai episod yang berlaku sejak dua bulan lalu.
Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Dato' Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka menyatakan Menteri Besar Perlis perlu ditukar.
Kemyataannya itu sekali gus membuka pekung Umno Perlis yang mempunyai masalah kepimpinan di peringkat tertinggi dan dilihat berpuak-puak.
Menjelang penamaan calon untuk pilihan raya umum (PRU) yang lalu, sekali lagi berlaku kekecohan apabila dikatakan nama Shahidan terkeluar daripada senarai calon.
Berlaku kekecohan di Perlis sehinggakan ada pihak yang meletakkan jawatan beramai-ramai, bendera parti diturunkan, bilik gerakan ditutup dan sebagainya.
Lebih teruk, ada ura-ura mengatakan protes besar-besaran akan dibuat sehingga melibatkan pihak istana.
Hanya sehari menjelang penamaan calon barulah senarai calon BN Perlis dapat diumumkan. Itupun masih wujud kontroversi bila awalnya Dato' Mastika Junaidah Hussin diumumkan sebagai calon Parlimen Arau tetapi kemudiannya digantikan dengan adik Shahidan, Ismail Kassim.
Pada malam pengumuman kemenangan calon-calon yang bertanding dalam PRU di Dewan Sivik Arau, secara terang-terangan dilihat masih wujud perselisihan di kalangan pimpinan Umno Perlis apabila calon Dun Pauh, Dato' Seri Utama Syed Razlan Putra Jamalullail diumumkan sebagai pemenang.
Pada masa itu hanya penyokongnya sahaja yang bertepuk-sorak meraikan kemenangan sedangkan pemyokong-penyokong Shahidan yang turut berada di dalam dewan tersebut hanya berdiam diri.
Selepas tamatnya PRU dan BN berjaya menguasai Perlis, kedudukan Shahidan masih menjadi tanda tanya sedangkan hampir semua negeri telah menyelesaikan perlantikan Menteri Besar masing-masing.
Desas-desus menyatakan beliau tidak disenangi oleh pihak Istana Perlis bertiup kencang dan beberpa nama disebut-sebut sebagai pengganti.
Para pemerhati politik kini sedang meramalkan apakah tindakan Shahidan selanjutnya untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Perlis?
Apakah dengan watikah dari Perdana Menteri itu beliau sanggup menebalkan mukanya untuk mengadap Tuanku Raja Perlis sedangkan baginda sendiri telah memperkenankan Md Isa sebagai Menteri Besar?
Tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati para penyokong Shahidan mula memenuhi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar untuk mengetahui perkembangan terkini.
Sementara di kediaman Md Isa di Taman Guru Jaya dekat sini terdapat beberapa orang penyokongnya yang sedang berkumpul di samping terdapat sebuah trak polis yang sedang berkawal.
Polis juga mengadakan kawalan di hadapan Istana Arau dan juga Istana Raja Muda di Jalan Raja Muda dekat sini. - mns
sumber
Friday, March 14, 2008
Arab Saudi nak bina bangunan setinggi 1.6km
DUBAI 13 Mac – Negara-negara Asia Barat berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia, dengan perkembangan terbaru Arab Saudi merancang membina bangunan paling tinggi di dunia setinggi 1,600 meter di Jeddah.
Langkah Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak terbesar di dunia itu dikatakan bakal menggugat projek pembinaan bangunan tertinggi lain yang sedang dibina di rantau Teluk itu.
Menurut kenyataan Middle East Economic Digest (MEED), Arab Saudi akan mengatasi kehebatan jiran-jirannya seperti Kuwait dan Dubai yang terkenal dengan projek pembinaan bangunan tertinggi dan berisiko tinggi di dunia.
Ketika ini, projek bangunan dan menara tertinggi di dunia yang dalam pembinaan ialah New York Freedom Tower setinggi 700 meter, di New York.
Sementara itu, MEED melaporkan pemaju projek itu, Riyadh Kingdom Holdings yang dikuasai jutawan Arab Saudi, Putera Al-Walid Talal akan membuka bidaan untuk kontrak membina bangunan itu pada Julai ini.
Jelas MEED, walaupun nama syarikat-syarikat yang terlibat bagi membina bangunan itu masih dirahsiakan, tetapi dua syarikat dari Britain, Hyder Consulting dan Arup dilaporkan akan bekerjasama menjayakan projek berkenaan yang bernilai AS$10 bilion (RM31.6 bilion).
Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Bechtel pula telah dipilih sebagai pengurus pembinaan, manakala firma Arab Saudi, Omrania dipilih sebagai arkitek projek itu.
Baru-baru ini, Kuwait juga telah menyatakan rancangannya untuk membina menara setinggi 1,001 meter yang akan menggunakan seni bina klasik Arab yang dikenali sebagai projek One Thousand and One Night.
Tiga bahagian leper utama akan dibina meliputi masjid, gereja dan bangunan yang menggambarkan perpaduan antara tiga agama monoteistik.
Bangunan yang bakal menjadi salah satu projek yang diuar-uarkan dalam projek City of Silk menelan kos sebanyak AS$77 bilion (RM243.32 bilion).
– AFP
Thursday, March 13, 2008
Tokoh Evangelis AS Seru Hancurkan Islam
Ironisnya, McCain malah menyalami Parsley sementara pastor gereja terbesar di Ohio itu mengajak umat Kristian "berperang" melawan Islam dan menghancurkan Islam. Parsley memang pendukung utama McCain di wilayah Ohio. Pada 26 Februari lalu, sewaktu berkempen di Cincinnati dengan Parsley, McCain menyebut Parsley sebagai seorang "pembimbing spiritual" nya.
Parsley, pemimpin World Harvest Church of Columbus yang memiliki sekitar 12.000 ahli di AS ini, sudah menulis beberapa buah buku berisi pandangan-pandangan keagamaan yang menunjukkan dirinya seorang fundamentalis. Dalam bukunya yang terbit tahun 2005 berjudul "The 2005 Silent No More" di bab "Islam:The Deception of Allah", Parsley mengingatkan wujudnya perang peradaban antara Islam dan Kristian. Parsley juga menyebut Islam sebagai agama yang anti-Christ dan mendesak AS agar mengobarkan Perang Salib baru untuk memusnahkan agama Islam.
Hubungan McCain dengan Parsley dalam bidang politik sangat erat. Pada pilihanraya tahun 2004, gereja Parsley dianggap berperanan besar dalam mendorong para penganut Kristian fundamentalis di AS untuk memberikan sokongan pada George W. Bush yang pada waktu itu menjadi kandidat presiden AS. Gereja Parsley pernah dituding terlibat dalam kes-kes penggelapan pajak tokoh-tokoh pro-Republik. (ln/presstv)
Zionis Gempur Gaza Semula
Pesawat-pesawat tempur Israel, Khamis (13/3) menggempur sejumlah sasaran di Jalur Gaza yang dicurigai Israel sebagai tempat pelancaran roket. "Tentera udara Israel menggempur sasaran tempat peluncuran roket di Beit Hanun, utara Gaza. Dua belas roket ditembakkan dari Gaza ke selatan Israel, semalam. Dua roket mendarat di Sderot, merosakkan sebuah gedung, tapi tidak ada orang yang cedera, " kata jurucakap tentera Israel.
PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA
Dua buah negeri yang sebahagian penduduknya dihinggapi dua virus daripada Virus 6 Beradik ternyata kebal daripada pengaruh Parti Islam. Pukulan Parti Islam dalam pilihanraya kali ini samalah seperti sekumpulan pejuang mujahiddin menembak helikopter penggempur Apache menggunakan AK-47. Kesannya, si Apache sekadar berasa gatal-gatal tanpa terjejas apa-apa pun. Dua buah negeri yang dimaksudkan ialah Perlis di utara dan Johor di selatan.
Sebahagian besar penduduk negeri Johor dimaklumi berpegang kuat dengan Virus Sekular. Virus ini betul-betul menjadi perisai kebal kepada BN khususnya UMNO. Untuk menakluki Johor, Parti Islam sedia maklum sejak sekian lama yang mereka mestilah membereskan Virus Sekular terlebih dahulu. Persoalannya, sejauh manakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Parti Islam untuk mengikis virus ini daripada minda sebahagian orang Johor ini sejak sekian lama, dan apa pula pelan tindakan Parti Islam selepas ini?
Mengharap untuk memadamkan virus ini hanya pada pilihanraya rasanya sesuatu yang mustahil. Anti-virusnya mesti Parti Islam ‘install’ mulai hari ini, terus ‘delete’ ataupun ‘remove’ mulai sekarang. Kemudian dari semasa ke semasa perisian tersebut mestilah Parti Islam ‘update’ dan ‘scan’ secara berterusan. Barulah pada pilihanraya ke-13 nanti perisai Virus Sekular menjadi rapuh.
Kalau sekadar menghidangkan isu-isu semasa dan kebobrokan kerajaan yang diterajui oleh BN, kejayaan Parti Islam tidak akan sampai ke mana. Jika isu-isu terkininya meletup dan BN goyah menjelang pilihanraya, maka akan berubahlah sebahagian kecil orang-orang Johor dan Parti Islam bersama pakatan pembangkang pun dapatlah sedikit pertambahan undi. Hendak menang? Tidak juga. Atas dasar apa sebahagian orang tadi berubah? Atas dasar isu ataupun semangat dan bukannya pemahaman. Sekular tetap bersarang di hati dan dokongan mereka boleh berubah pada bila-bila masa. Jangan kita harap mereka mengundi Parti Islam kerana pemahaman mereka ke atas perjuangan Parti Islam. Samalah seperti membawa sekumpulan anak muda ke medan peperangan dalam keadaan anak-anak muda tadi tidak tahupun mereka berperang atas dasar apa.
Kita lihat pula di Perlis. Virus Wahabi yang diimpikan oleh sebahagian pendokong Parti Islam untuk membantu perjuangan ternyata meleset. Salah satu punca utamanya ialah kerana mereka sendiri tidak mengerti ataupun diberi pendedahan tentang bahaya fahaman Salafi Wahabi ini. Asal nampak orang-orang yang kelihatan cenderung kepada agama maka terus dinobatkan sebagai “tentu sokong kita tu”. Perhitungan sebegini ternyata membawa rebah kepada Parti Islam pada kali ini.
Kita fikirkan, bagaimana dalam keadaan BN Perlis yang saling cuba menjatuhkan sesama sendiri sebagimana kata Datuk Seri Shadinan Kassim, “Kita berhadapan dengan lawan dan kawan”, dan dengan kebangkitan rakyat di seluruh negara menolak BN tapi BN Perlis menang bergaya. Padahal sebelumnya Perlis ialah salah satu negeri yang dijangka dapat ditawan oleh pembangkang. Mengapa hal ini boleh berlaku?
Selepas mendapat keputusan pilihanraya yang memihak kepada BN tempoh hari, barulah terdengar keluh-kesah orang-orang Parti Islam tentang peranan Virus Salafi Wahabi. Malangnya ketika itu sudah tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi.
Sekarang mari kita lihat bagaimana Virus Wahabi daripada Virus 6 Beradik ini berperanan memenangkan lawan Parti Islam di Perlis dalam satu contoh yang mudah difahami.
Katakanlah di satu tempat ada 1000 orang yang agamawan ataupun yang cenderung kepada agama. 80% daripada golongan ini biasanya memberikan undi kepada Parti Islam. Maksudnya Parti Islam bakal mendapat 800 undi sekiranya tiada Virus Wahabi.
Pandangan Virus Wahabi ini terhadap parti politik dan pilihanraya bermacam ragam, sesuai dengan perpecahan mereka kepada 6-7 cabang yang saling berantakan sesama sendiri walaupun masing-masing mendakwa merekalah satu-satunya golongan sunnah iaitu yang terselamat daripada 73 golongan.
Satu pihak daripada Virus Wahabi ini mendakwa sistem pilihanraya, demokrasi dan berparti tidak sunnah, bertentangan dengan agama, bidaah dan sebagainya. Ringkasnya, ¼ daripada 800 orang tadi tidak akan terlibat dengan proses pilihanraya ataupun mengundi. Maksudnya Parti Islam sudah kehilangan 200 undi. Tinggal lagi 600 undi agamawan dan insan yang cenderung kepada agama.
Satu pihak daripada Virus Wahabi ini pula mewajibkan taat melulu kepada pemerintah. Selagi yang memerintah itu Islam, maka tidak sah melawannya walaupun melalui proses pilihanraya. Akibatnya, ¼ atau 200 orang lagi pula memberikan undi mereka kepada lawan Parti Islam. Tinggallah 400 daripada 800.
Sekumpulan lagi adalah mereka yang tidak cukup maklumat, sekadar menghadiri kuliah Wahabi sesekali. Jenis ini biasanya akan serba salah. Hendak undi Parti Islam takut terjebak ke dalam golongan yang menentang pemerintah. Hendak undi lawan Parti Islam tapi tengok di sebelah Parti Islam bukan main banyak ulamanya. Takkanlah mereka semua sepakat buat kerja salah. Akhirnya golongan ini mengambil keputusan tidak mengundi mana-mana pihak, sama ada tidak keluar mengundi ataupun merosakkan undi. Parti Islam terlepas ¼ atau 200 undi lagi. Maksudnya kini tinggal 200 daripada 800 undi yang sepatutnya memihak kepada Parti Islam.
Golongan keempat ialah mereka yang tidak terkena Virus Wahabi, mereka yang terkena sedikit Virus Wahabi tetapi masih yakin dengan Parti Islam dan mereka yang memang bervirus Wahabi tetapi mahu perjuangkannya melalui Parti Islam. Golongan ini memang akan memberikan 200 undi mereka kepada Parti Islam.
Jadi, sekarang anda tahulah mengapa Parti Islam hampir-hampir mustahil mendapatkan Perlis. Daripada 800 undi yang sepatutnya dimiliki kini hanya tinggal 200 undi. Semuanya akibat Virus Wahabi. Dan jangan lupa, golongan kedua tadi sudah memberikan 200 undi mereka kepada BN kerana terpengaruh dengan dakyah Wahabi kononnya haram menentang pemerintah. 200 sisa undi yang diperolehi oleh Parti Islam terpaksa kita tolak dengan 200 undi yang diberi kepada BN. Hasilnya?
KOSONG!
Maka tidak hairanlah mengapa puluhan mujahiddin yang bersenjatakan AK-47 gagal menjatuhkan Apache walaupun 3 orang juruterbang dalam Apache itu sedang berbalas sepak terajang sesama sendiri.
Mana tidaknya, sekumpulan mujahiddin sudah tidak menembak kerana terpengaruh dengan fatwa haram berperang. Sekumpulan lagi sudah menyokong Apache lalu menembak sesama mujahiddin pula kerana terpengaruh dengan fatwa haram melawan Apache. Sekumpulan mujahiddin lagi tidak berbuat apa-apa, sekadar menjadi penonton kerana keliru dengan sekian banyak fatwa yang keluar. Tinggal 1.4 mujahiddin lagi saja yang menembak bersungguh-sungguh.
HASILNYA?
Walaupun ketiga-tiga orang juru terbang Apache sedang bergusti sesama sendiri, tetapi mereka masih dapat melancarkan roket dan memuntahkan peluru ‘machine-gun’ menewaskan para mujahiddin dengan mudah termasuklah Komander Dr. Haron Din dan Timbalan Komandernya Ustaz Hashim Jasin.
Parti Islam mahu gagal lagi pada masa akan datang?
Seperti juga hal Johor, anti-virus untuk Wahabi mesti Parti Islam ‘install’ mulai sekarang. Jangan berangan-angan untuk mendapatkan Perlis dengan melakukan gerak kerja pilihanraya saja. Fahaman ini lebih bahaya daripada sekular kerana sekular datang dari arah yang bertentangan dengan agama tetapi Wahabi datang melalui saluran-saluran agama. Jika fahaman ini merebak ke seluruh negara, kuasa lebih sejuta undi Parti Islam itu akan berpecah kepada 4. AWAS!
10 MAC 3.20 pm
Sila baca petikan berita Utusan Online ini. Bayangkan jika ia menjadi kenyataan…
Di KANGAR, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sedia berkongsi dengan Pak Lah rahsia kejayaan Perlis pada pilihan raya umum kali ini walaupun menghadapi pergolakan dalaman parti yang hebat.
Menurutnya, pengundi di Perlis sebenarnya telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan BN sejak tiga bulan lalu.
''Saya akan jumpa Pak Lah dalam masa terdekat bagi membantu BN merampas semula negeri yang dimenangi pembangkang.
''Saya akan kemukakan modul yang dijalankan oleh BN Perlis walaupun sebelum ini mendapat teguran beberapa pihak,'' katanya.
- Parti Islam, bertindaklah ke atas MODUL tersebut!
TKO Harakah Daily 13 MAC
300 ahli JI tamat latihan
sumber
Lagi demonstrasi bantah karikatur hina Nabi S.A.W
BANGKOK 12 Mac - Kira-kira 800 penduduk Islam Thailand mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Denmark di sini hari ini bagi membantah tindakan akhbar negara itu menerbitkan semula karikatur yang menghina Islam.
Penunjuk perasaan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Keamanan Muslim, mengadakan tunjuk perasaan secara aman selama kira-kira dua jam dan meminta masyarakat Islam Thailand memboikot produk keluaran Denmark.
Kumpulan itu turut mengutuk "tindakan jahat" akhbar terbabit dan mengkritik kerajaan Denmark kerana gagal menghalang penerbitan semula karikatur berkenaanseterusnya
Orang Islam kedua ke Kongres AS
INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) 12 Mac - Para pengundi Indiana semalam memilih seorang penganut Islam, Andre Carson ke Kongres AS dan sekali gus menjadi orang Islam kedua dipilih ke Dewan Perwakilan dalam sejarah AS.
Andre, cucu lelaki kepada bekas Perwakilan Demokrat, Julia Carson, dipilih ke Dewan Perwakilan pada pemilihan khas untuk menyambung penggal perkhidmatan neneknya yang meninggal dunia Disember lalu.
Julia telah berkhidmat selama 11 tahun di negeri yang dikuasai oleh Demokrat ini.
Andre, 33, Ahli Majlis Perbandaran Indianapolis yang memeluk Islam sedekad lalu, akan menyambung tempoh perkhidmatan neneknya itu sehingga akhir tahun ini.
Beliau mengalahkan calon Republikan, Jon Elrod dan seorang calon bebas dengan mendapat 52 peratus undi berbanding 44 peratus yang diperolehi Elrod.
Satu-satunya anggota Kongres di kalangan orang Islam sebelum ini ialah Keith Ellison, juga dari Demokrat yang mewakili negeri Minnesota dan kini berkhidmat untuk penggal pertamanya di Dewan Perwakilan.
Wednesday, March 12, 2008
Utusan 12 MAC
Rakus Hendak Menurunkan Pemimpin?
Kegagalan Barisan Nasional mempertahankan kemenangan dengan majoriti 2/3 menimbulkan beberapa percaturan yang bersimpang-siur. Sebahagian pendokong BN bersuara mahukan Pak lah terus memegang jawatan PM. Ikhlas ataupun tidak suara-suara itu tidak perlulah dibincangkan di sini. Malahan sehari dua ini pun begitulah juga kata Pak Lah, beliau tidak akan melepaskan jawatan kerana beliau tidak terkesan dengan mana-mana tekanan.
Sebahagian pendokong BN pula menyuarakan ketidakpuasan dan membayangkan agar Pak Lah berundur. Mereka sudah membayangkan kekalahan yang lebih besar lagi pada pilihanraya akan datang jika Pak Lah dan menantunya Khairi berkuasa dalam kerajaan BN mahupun parti UMNO. Kemungkinan BN akan kehilangan pula majoriti mudah dan pakatan pembangkang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan.
Suara-suara dari pakatan pembangkang juga terpecah dua. Satu pihak senada dengan sebahagian pendokong BN agar Pak Lah berundur kerana gagal mentadbir negara dengan lebih baik. Satu pihak lagi lebih suka kepimpinan BN sekarang dikekalkan terutamanya Pak Lah, Khairi, Samy Vellu dan pimpinan MCA. Hal ini kerana pakatan pembangkang bakal meraih kejayaan lebih besar pada pilihanraya ke 13 sekiranya barisan ini masih dikekalkan.
Turunnya Pak Lah dan kemungkinan naiknya Datuk Seri Najib yang dilihat sebagai ‘arus’ Tun Mahathir sebenarnya akan mengukuhkan kembali UMNO dan BN. Dalam masa 5 tahun daripada sekarang UMNO dan BN akan kembali kukuh dan tidak mustahil pakatan pembangkang menghadapi kegagalan untuk menafikan 2/3 BN nanti. Tun Mahathir dijangka akan kembali mempertahankan BN. Sebab itulah sebahagian pendokong pakatan pembangkang lebih suka jika Pak Lah terus memerintah.
10 MAC 1.49 pm
Muhasabah Pilihanraya
Barisan Nasional walaupun kehilangan majoriti 2/3 tetapi masih berdiri utuh. Kekuatan BN di kubu-kubu besar seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak tidak dinafikan. Hampir-hampir mustahil untuk pakatan pembangkang menjatuhkan BN di kubu-kubu ini, namun kuasa Tuhan siapalah yang tahu. Syabas diucapkan kepada BN atas kejayaan dalam PRU kali ini.
Berbalik pembangkang. Baik DAP, Keadilan mahupun PAS melaungkan kemenangan di mana-mana. “Kita menang! BA menang! Rakyat menang!” dan sebagainya. Di samping meraikan kemenangan, ada baiknya kita melakukan sedikit muhasabah, dalam banyak-banyak pemenang, siapa yang cemerlang, siapa yang sekadar lulus, siapa yang dapat B dan seterusnya?
PAS menang 23 daripada 67 kerusi parlimen yang ditandingi, maksudnya PAS berjaya mendapat markah 34%. PAS juga berjaya memperolehi 83 daripada 233 kerusi DUN. Bererti kejayaan 36%. Masih di bawah paras 40%.
PKR dapat 31 daripada 94 kerusi parlimen- 33%. Kerusi DUN pula 40 daripada 174 kerusi- 23%.
DAP pula memperolehi 28 daripada 46 kerusi parlimen yang ditandingi, kejayaan 61%. Bagi kerusi DUN pula, 73 daripada 102 yang membawa markah 72%.
Berpandukan sudut yang cuba saya bawa ini (tanpa menafikan sudut-sudut lain), sama-samalah kita bermuhasabah.
9 MAC 7.45 pm