Friday, May 16, 2008

Negara Islam Indonesia?

JAKARTA 14 Mei - Seramai 17 pelampau yang mengisytiharkan Negara Islam Indonesia (NII) menghadapi tuduhan melakukan subversif dan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun, jika didapati bersalah.

Mereka ditahan di tiga lokasi berasingan di sekitar Bandung, Jawa Barat pada awal bulan ini, termasuk pemimpin kanan kumpulan itu, kata ketua polis wilayah, Susno Duaji kepada Jakarta Post.

"Sebahagian besar suspek itu memegang pelbagai jawatan dalam NII, daripada gabenor bagi kawasan selatan Jawa Barat, sehingga kepada pemangku raja, setiausaha pemangku raja dan pegawai-pegawai daerah," kata Susno.

Menurutnya, pihak polis mempunyai bukti-bukti mereka melakukan subversif itu termasuk perlembagaan NII, kanun jenayah, pengisytiharan kemerdekaan dan bendera iaitu seperti bendera Indonesia merah dan putih yang ditambah dengan bulan sabit dan bintang.

Mereka akan didakwa cuba menjatuhkan kerajaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun penjara.

Polis sebelum ini telah membebaskan 18 anggota kumpulan ini setelah siasatan mendapati mereka hanyalah anggota baru pertubuhan itu.

- AFP

sumber

No comments: