Sunday, May 11, 2008

Palestin: 5 Maut 6 Cedera

BANDAR GAZA 10 Mei - Lima penduduk Palestin terbunuh manakala enam lagi cedera semalam apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr. Muawiya Hassanein, serangan udara pertama ke atas sebuah balai polis di Rafah yang digunakan kumpulan Hamas itu, telah membunuh dua orang pejuangnya.

Katanya lagi, serangan kedua yang disasarkan ke atas pangkalan polis Hamas di bandar Khan Younis pula meragut tiga nyawa anggota separa tentera Hamas.

Pasukan perubatan menjelaskan, serangan ketiga pula menyebabkan dua orang pejuang dari pergerakan Jihad Islam cedera.

Jurucakap tentera Israel mengesahkan dua serangan udara ke atas bangunan Hamas dan satu lagi serangan ke atas kumpulan bersenjata yang menghampiri pagar sempadan di selatan.

Ujarnya, pejuang Palestin telah melancarkan kira-kira 10 serangan roket ke arah Israel dan tiga daripadanya mengenai bandar Sderot.

sumber

No comments: