BASHIQA, IRAQ: Sekurang-kurangnya 500,000 penduduk melarikan diri dari
Mosul apabila kumpulan militan terus mengukuhkan cengkaman mereka
selepas mengambil alih kawalan di bandar kedua terbesar di Iraq itu
semalam.
Militan jihad yang menggelarkan kumpulan mereka Negara
Islam Iraq dan Levant (ISIL) kelmarin, berjaya menawan Mosul, serta
wilayah bersebelahannya iaitu Nineveh dan Kirkuk serta wilayah
Salaheddin.
“Semalam, mereka cuba untuk menawan Baiji di wilayah Salaheddin tetapi
berundur apabila tentera dan polis sokongan tiba,” kata pegawai
kerajaan.
Kemaraan mengejut mereka memberi tamparan hebat dan menjadi
cabaran utama kepada pentadbiran kerajaan di Baghdad, manakala
penganalisis berkata kekuatan mereka akan dikukuhkan daripada tunai bank
di Mosul, perkakas daripada pangkalan tentera dan beratus-ratus lelaki
yang dibebaskan dari penjara.
Ia juga mencetuskan penghijrahan
besar-besaran, dengan keluarga menaiki kereta bersesak-sesak di pusat
pemeriksaan di luar bandar utara itu, yang kebiasaannya menjadi lokasi
dengan dua juta penduduk saja.
Perdana Menteri, Nuri al-Maliki
bertindak balas dengan meminta parlimen mengisytiharkan darurat dan
mengumumkan penduduk akan diberikan senjata untuk memerangi mereka.
Amerika Syarikat pula mengingatkan bahawa ISIL mengancam seluruh rantau itu.
Kelmarin, kumpulan bersenjata yang berpakaian tentera serta
pakaian serba hitam mengawal bangunan kerajaan dan bank di Mosul, kata
saksi yang dihubungi menerusi telefon daripada Bashiqa, sebuah pekan ke
di timur.
Mereka memanggil menerusi pembesar suara, supaya kakitangan kerajaan kembali bertugas.
“Saya tidak membuka perniagaan sejak Khamis lalu kerana keadaan keselamatan,” kata pemilik kedai berusia 30 tahun, Abu Ahmed.
Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata kira-kira separuh juta warga
Iraq melarikan diri dari rumah di Mosul selepas bandar itu kalah,
bimbangkan peningkatan keganasan.
Pertubuhan yang beribu
pejabat di Geneva itu berkata sumber menjangkakan keganasan sehingga
membawa kepada kejayaan pengambilalihan kumpulan jihad itu “menyebabkan
perpindahan 500,000 penduduk dari dalam dan luar bandar itu”.
“Keganasan di Mosul “menyebabkan ramai penduduk awam cedera,” kata IOM,
sambil menambah pertempuran mengehadkan akses kepada perkhidmatan
kesihatan daripada empat hospital di kawasan itu. “Sebaliknya, masjid
ditukar kepada klinik untuk merawat mereka yang cedera,” katanya. - AFP
sumber