BAITULMAQDIS 11 Sept - Israel kemungkinan terlibat melakukan jenayah
perang di Gaza, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini,
sehari selepas tentera rejim Zionis itu mengumumkan lima siasatan
jenayah membabitkan beberapa insiden yang melibatkan pasukan tenteranya.
Serangan Israel ke atas Gaza selama 50 hari yang berakhir pada 26
Ogos lalu itu mengorbankan lebih 2,100 warga Palestin yang kebanyakannya
orang awam, dan 73 orang warga Israel termasuk 67 askar rejim Zionis
itu.
Badan pemerhati hak asasi manusia yang berpangkalan di New York itu
dalam satu kenyataan berkata, dalam tiga kes yang disiasat mendapati
Israel menjadi punca kematian ramai orang awam kerana mencabul
undang-undang perang.
Insiden itu termasuk pengeboman berasingan ke atas dua buah sekolah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza pada 24 dan 30
Julai lalu, serta serangan sebuah peluru berpandu ke atas sebuah lagi
sekolah PBB di selatan bandar Rafah pada 3 Ogos lalu.
HRW berkata, dalam serangan itu seramai 45 orang termasuk 17 kanak-kanak terkroban.
"Dua daripada tiga serangan itu yang disiasat HRW .... dilihat tidak
menjadikan ketenteraan sebagai sasaran atau dilakukan secara sengaja
menyalahi undang-undang.
"Serangan ketiga di Rafah adalah menyalahi undang-undang dilakukan
dengan sengaja. Serangan yang menyalahi undang dan dilakukan dengan
sengaja, kalau bukanpun secara melulu," katanya.
"Serangan yang menyalahi undang-undang dan dilakukan secara
sengaja... iaitu dilakukan secara tersusun atau melalu adalah melakukan
jenayah perang," katanya.
Seorang pegawai tertinggi undang-undang tentera semalam berkata,
tentera telah melancarkan penyiasatan jenayah ke atas lima insiden itu,
termasuk kejadian pada 24 Julai di mana serangan Israel ke atas sebuah
sekolah PBB di Beit Habum di utara Gaza yang mengorbankan 15 orang.
Tentera turut menyiasat berpuluh-puluh kes lain yang berpotensi
dikaitkan dengan jenayah perang, tetapi setakat ini tidak menyebut
langsung insiden pada 30 Julai dan 3 Ogos lalu.
Pegawai itu berkata, tentera telah pun menolak tujuh insiden yang
rujuk kepadanya untuk disiasat, termasuk kematian lapan sekeluarga dalam
serangan udara Israel ke atas kediaman mereka dan pembunuhan seorang
lelaki yang menurut laporan adalah seorang pekreja media.
PBB dan kumpulan hak asasi antarabangsa mengutuk Israel atas beberapa
serangan dan Washington turut mengecam serangan membabitkan sekolah PBB
pada 24 Julai itu, namun PBB mengelak daripada menyalahkan Israel
sepenuhnya.
Sementara itu, Palestin telah mengancam untuk mendakwa Israel di
Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kesalahan jenayah perang, dan Hamas
telah menandatangani satu cadangan untuk rakyat Palestin bersatu di
bawah satu badan bagi menyiasat Israel. - AFP
Sumber