Ia susulan pertempuran selama berminggu-minggu di wilayah Kurdish yang kaya dengan minyak, sekali gus memberi tamparan hebat terhadap cita-cita Barzani untuk mewujudkan sebuah negara Kurdish yang merdeka.
"Selepas 1 November, saya tidak akan meneruskan lagi tugas saya dan menolak sebarang usaha menyambung mandat saya.
"Tindakan meminda undang-undang yang menyentuh kuasa Presiden Kurdish atau memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan presiden adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. katanya.
"Justeru saya meminta Parlimen mengadakan satu persidangan bagi mengisi kekosongan jawatan ini dan bagi memenuhi misi serta mengekalkan kuasa yang dimiliki Presiden Kurdistan," kata Barzani dalam sepucuk surat yang dibaca di Parlimen di Arbil dan satu salinan surat itu diperoleh AFP.
Barzani yang menganjurkan pungutan suara pada 25 September lalu untuk mencabar Baghdad dan kuasa dunia, berkata beliau akan 'kekal seorang pejuang Kurdish' dan 'terus mempertahankan pencapaian rakyat Kurdistan. - AFP sumber