Wednesday, December 5, 2018

Kamu bukan YDP AGONG?


1. Sekutu DAP, iaitu Pertubuhan PATRIOT menggesa agar tentera 'campur tangan' jika berlaku kekacauan ketika perhimpunan anti-ICERD nanti.

2. Apa jenis 'campur tangan' yang Patriot mahukan dari tentera? Tidak cukupkah anggota polis seperti FRU yang terlatih mengawal keadaan?

3. Adakah Patriot mahu tentera datang menembak peserta perhimpunan nanti jika berlaku kekacauan?

4. Ini adalah niat jahat disyorkan oleh Patriot yang jelas mahukan kekerasan dan keganasan digunakan kepada peserta perhimpunan anti-ICERD nanti.

5. Di mana suara Patriot ketika balaci-balaci Bersih membuat huru-hara dan kacau-bilau di ibu negara? Bukan sekali, malah 4 kali Bersih 'mengamuk' di Kuala Lumpur.

6. Adakah Patriot ada bersuara mahukan campur tangan tentera ketika perhimpunan Bersih itu? Jawapannya tidak, malah siap menyokong perhimpunan bodoh itu.

7. Kini, bila perhimpunan orang Melayu, terus mahukan tentera datang untuk menakutkan orang Melayu.

8. Mungkin pengerusi Patriot ini sudah lupa, kesetiaan tentera adalah kepada Raja, Negara dan Agama. Bukannya kepada ahli politik, DAP ataupun kamu sendiri.

9. Kamu tiada kuasa untuk mengarah tentera. Kerana kamu hanyalah khadam DAP, bukannya Raja.


http://mindarakyat.blogspot.com/2018/12/kamu-bukan-ydp-agong.html

No comments: