Tuesday, December 25, 2018

Korban tsunami meningkat kepada 429 orang

Angka korban akibat tsunami yang melanda Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 429 orang.
Jumlah itu meliputi korban di lima daerah iaitu Serang, Pandeglang, Lampung Selatan, Pesawaran dan Tanggamus.
Jumlah mangsa yang terkorban di daerah Pandeglang mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 290 orang, lapor Kompas.
Menurut Ketua Data, Informasi dan Hubungan masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, daerah Pandeglang mencatatkan jumlah korban paling tinggi iaitu seramai 290 mangsa.
Ini diikuti Lampung Selatan 108 orang, Serang 29 orang, Pesawaran dan Tanggamus masing-masing seorang mangsa.
Sementara itu seramai 1,485 mangsa dilaporkan cedera manakala 154 orang masih hilang.
Menurut kenyataan dari Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gunung berapi Krakatau meletus kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lalu dan tsunami melanda setengah jam kemudian.
https://www.malaysiakini.com/news/457653

No comments: