Saturday, December 22, 2018

Tun M -Saya tidak tahu apa yang Lim Kit Siang cakap

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberikan sebarang ulasan terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh penasihat parti DAP, Lim Kit Siang bahawa pemimpin DAP akan keluar daripada Kerajaan sekiranya objektif Malaysia Baharu diketepikan.

"Saya tidak tahu apa yang dia cakap, saya tidak boleh komen!," kata beliau kepada media ketika hadir pada Majlis Makan Malam pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini hari ini.

Pada Rabu, Kit Siang dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar Kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia Baharu diketepikan.

http://mindarakyat.blogspot.com/2018/12/saya-tidak-tahu-apa-yang-lim-kit-siang.html

No comments: